SEPATAH DUA KATA DARI PERAK
Gambar: En.Hamdan Taha
Saya menerima satu pesanan daripada Pegawai Khas MB Perak,En.Hamdan Taha yang mewakili MB untuk dihebahkan kepada kepada umum.
Assalamualaikum wbt.
Saya bagi pihak Datok Seri Dr.Zambry Bin Abd Kadir,Menteri Besar Perak serta Ahli Exco,Ahli Dewan BN dan Ahli Dewan Bebas yang menyokong BN ingin merakamkan rasa terima kasih kepada rakyat Perak dan seluruh rakyat Malaysia kerana turut sama mendoakan kejayaan Sidang Dewan yang bersidang pada hari ini (7/5/09). Walaupun ada usaha terancang dari pihak DAP, PAS, dan PKR untuk membatalkan Sidang DUN pada hari ini.
Mereka membuktikan diri mereka adalah kelompok yang terdesak dan tidak mempunyai etika sebagai sebagai ahli yang mewakili rakyat.Hasrat mereka jelas untuk membatalkan Sidang DUN dengan pelbagai kaedah termasuk menyekat Duli Yang Maha Mulia Raja Muda Perak untuk bertitah.Tetapi mereka terlupa kekuasaan ini adalah hak ALLAH SWT dan ALLAH yang menentukan kepada siapa untuk diserahkan amanah menjaga Rakyat,Negeri dan Negara.Selama lebih lima jam Ahli DUN BN bersabar walaupun mereka memaki hamun,menghina dan mencerca termasuk menyentuh soal peribadi dan kaum.
Dalam keadaan tegang begitu pun Datok Seri Menteri Besar tetap tenang. Hari ini juga membuktikan kesemua Ahli Dewan BN juga Ahli Dewan Bebas bersatu,bekerjasama senada dan seirama. Mereka berpadu tenaga untuk menjayakan Sidang Dewan terus berjaya.Walaupun kita berjaya bukanlah bermakna perlu diraikan secara berlebihan. Ambillah sejarah hari ini sebagai pengajaran betapa sukarnya kita mempertahankan kuasa jika ia pernah hilang.
Kita perlu terus bersatu,kuatkan jentera, teruskan kerja ,beri kesedaran kepada keluarga dan teman-teman. Kejayaan hari ini bukan kejayaan Umno atau BN dan bukan juga kejayaan Ahli Dewan BN,tetapi kejayaan kita semua, yang cinta kepada keamanan.
Terima kasih atas doa rakyat sekalian.
T.T.
Hamdan Taha
Mohon rakan-rakan bloggers menyebarkan pesanan ini.
No comments:
Post a Comment