Translate

Saturday, March 28, 2009

DATUK HALIK ZAMAN..NO TEARS NO GOODBYE.. Kembalilah..


Datuk Halik Zaman.
.
"....Setelah saya diaibkan, dihina, dicerca dan dinafikan jasa dan kerja kuat saya kepada PKR Bahagian Sepanggar Kota Kinabalu dalam satu seminar/kursus semua Setiausaha Setiausa Kerja PKR Malaysia di Kuala Lumpur baru baru ini oleh Setiausaha Agung PKR Pusat Dato Salehuddin Hashim......."-Datuk Haji Halik Zaman
.
Saya juga pernah mendengar keluhan hati seorang mantan AJK Teringgi PKR Negeri Sabah, seorang graduan dan berpengalaman dalam perkhidmatan awam ; pernah nekad untuk merantai tangannya bersama-sama rakan-rakannya di pintu Ibu Pejabat PKR Pusat setelah tidak diberi peluang untuk menemui DSAI mengenai permasalahan kepimpinan PKR Sabah. Dia membelanjakan wangnya sendiri terbang ke Kuala Lumpur, menyeberangi Laut Cina Selatan, setelah membuat temu janji semata-mata untuk menemui DSAI bagi mendengar rintihan mereka. Namun tidak diberi peluang. Merasa terhina, tidak diperlukan, dan kecil hati; beliau meninggalkan PKR, meletakkan jawatannya dan menyertai perjuangan UMNO.

Datuk Halik seorang veteran politik yang menjadi popular, bukan sahaja dalam bidang politik, tetapi juga dalam bidang perfileman, perniagaan, perhotelan dan penulisan. Kegemilangan politiknya bersinar dalam era Kerajaan Berjaya. Dia seangkatan dengan mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Haris Salleh dan Datuk Sri Panglima Joseph Pairin Kitingan.
..
Sebagai seorang veteran, semangat patriotiknya amat relevant. Dia perlukan penghormatan sebagai manusia biasa yang istimewa. Tidak adil sama sekali dia dicerca, dihina dan dipandang rendah sebagai seorang veteran politikus.
.
Saya banyak mengikuti tulisannya mengenai kehebatan DSAI. Pun begitu dia dicerca....
.
Saya, atas kapasiti saya sebagai manusia biasa "kalau kiranya Datuk tidak diperlukan di sana..kami perlukan Datuk di sini. Kembalilah... Saudara sedarahmu masih di sini. No tears no goodbye.. kembalilah..ke marilah "Bersama Menakhodai Zaman"
.
Bagaimana nasib mereka dan para marahen biasa yang lain yang masih di sana? Adakah mereka akan diperlaku seperti Datuk?
.
Read more....
.
SUNGAI PETANI: A PKR division chief has pulled out from PKR, taking over 400 party members with him. Jerai PKR division chief B. Kalaivanar said his decision to leave PKR was due to his disappointment and frustration, as well as many other members’, with the party’s leadership that has ignored the voices of those who had struggled for the party.

“I am dissolving the Jerai PKR division, which has about 100 members; and the Kedah Indian Community Development Committee, of which I am also chairman.

Thursday, March 26, 2009

SAUDARA, TAK BERSAUDARA

Tok Guru Nik Aziz: Tak mungkin dia menyumpah orang lain supaya ke Nerhaka.
"Tok Guru, Benarkah semua manusia ini bersaudara? Saya cuma tahu bahawa Al Gore dan DSAI semacam bersaudara".....
.
1. Semasa Dato Seri Anwar Ibrahim memulakan kempen di Bukit Selambau, dia memetik peribahasa Cina berbunyi.. “Si hai zhi nei, Jie xiong di” yang bererti “Empat lautan terbentang luas, semua manusia bersaudara”. Ini kata-kata pilihan Anwar sebagai pemimpin.

2. Ini pula kata-kata penyokong DSAI khasnya dari DAP- "ya, kita akan terus berjuang hingga berjaya ....... go to hell UMNO". Menyumpah UMNO sama dengan menyumpah orang Melayu.

3. Seakan terusik budi bahasa kita. Seolah-olah DSAI memberikan anak kunci kepada awak-awaknya dari DAP dengan menggunakan “Si hai zhi nei, Jie xiong di” untuk menyumpah seranah supaya UMNO dan orang Melayunya ke "nerhaka jahanam".

4. Tidak pernah terjadi dalam sejarah normal rakyat negara Malaysia kecuali dalam sejarah 513 (May 13) di mana orang Melayu diherdik untuk "tinggal dihutan". Kini di sumpah "go to hell".

5. Dalam keadaan ini, di mana letaknya "“Empat lautan terbentang luas, semua manusia bersaudara”....? Tak nampak ada ciri-ciri persaudaraan. Yang saya nampak ialah tomahan:-
"...........kalau saya Melayu nak tumbangkan kerajaan yang ditunjangi Melayu, kenapa pula orang lain tak sokong saya. Saya kecewa....Najib jadi PM ke 6.".......

6. Siapa pula yang merobohkan jambatan perpaduan rakyat Malaysia yang majmuk, yang terbena sekian lama. Keamanan dan keharmonian telah mencipta kekayaan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi rakyatnya.?.....Survertif Barat telah lama mengenalpasti bahawa PERPADUAN di Malaysia yang kental perlu dirapuhkan bagi melemahkan sebuah negara Islam di Asia Tenggara, Malaysia, bersama-sama Indonesia.

7. Saya yakin usaha meniupkan kebencian antara sesama rakyat Malaysia MAMPU memiskinkan sebilangan besar rakyat negara ini jika perpecahan berlaku dan berpanjangan. Bila negara ini "kacau" dan miskin kelak, orang lain balik negara asal dan ke pangkuan saudara mara. Orang Melayu nak ke mana?

8. Anak-anak saya mungkin akan bersedih kerana "sepupu"/pupu sekali mereka berbangsa India, Cina, Bajau, Iranun, Kadazandusun, Brunei dan Bisaya (Beaufort Sabah). Mungkin mereka akan "pulang" ke Amerika..

9. Berapa ramai di antara rakyat negara ini yang percaya bahawa "kerana berahi dan ghairah politik dan kuasa semata-mata, ramai politikus berubah pendirian sehingga bahaya kehancuran negara hanya diletakkan sekelumit di pinggir minda.

10. "Mencegah dari mencetusnya perang lebih mudah dari menghentikan perang" So, jangan sekali-kali jambatan perpaduan yang ada di Malaysia , Negara kita, coba dirobohkan atau "gendang perang kita palu bertubi-tubi". Jangan kita hantar sesiapa ke nerhaka!!!!

Wednesday, March 25, 2009

Menahkodakan Zaman

Najib, Perdana Menteri Malaysia Ke 6 menjelang minggu pertama April 2009-Adakah yang berani memulas tangannya?

1. 25, Mar, 09 Najib is Set to Continue Mahathir’s Iron Fist Policy. Begitulah lontaran kata-kata "tulang besi" pada saat-saat Dato Seri Najib Tun Razak berada di ambang pintu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6. Andainya janji Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi itu benar, maka Najib akan menggantikan tempatnya. Saya meyakini janji Pak Lah itu akan dikotanya.

2. Nampaknya bagai satu rasa "cemburu yang teramat" bagi pihak dan pihak-pihak tertentu kerana "Perdana Menteri ke 6" bukan pemimpin idola mereka. Teori R.A.H.M.A.N akhirnya menjadi kenyataan. Apakah pula akan timbul theory N.A.M.H.A.R yang akan menyusul selepas ini di mana selepas "N-Najib" akan menyusul "A-Anwar atau Albar" dan disusuli "M-Muyihidin atau Manoharan atau Mukhriz"? Sayang sekali, kalau teori ini ada yang "membangun"nya atau "mengangkat"nya tentu Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng tidak akan tersenarai sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.

3. Walaupun ramai yang mengatakan bahawa Najib akan jadi "kuku besi" dan dibayangi skandal, namun semua tuduhan itu adalah "ciptaan manusia" yang awal-awal lagi meramal malah cuba menafikan keyakin bahawa Najib akan dan bakal jadi Perdana Menteri. Kepimpinan Najib sebagai PM belum dibuktikan dan belum diuji. Namun kepimpinannya sebagai TPM sudah menampakkan bahawa Najib bukanlah pemimpin lembik dan mudah menguap. Dia tidak mudah membiarkan sesiapa memulas tangannya. Najib adalah pemimpin yang sudah menampakkan dan membayangkan bahawa dia memiliki "tangan besi" yang mempunyai ketegasan dan berani mendepani cabaran. Kerana itu Najib digeruni pihak tertentu. Menifistasi dari kegerunan itu, maka Najib awal-awal lagi telah dan sedang dilempari dengan pelbagai cemuhan dan cacian yang lebih jelas bermotifkan nawaitu yang berbaur fitnah dan cemburu yang tidak dikawal dengan minda yang jernih.

4. Apabila Najib mengatakan bahawa azamnya adalah untuk "Menahkodakan Zaman, Melestarikan UMNO" seakan meberikan isyarat bahawa dia akan mengangkat sikap sebagai Nakhoda, "Pahlawan" dan berani melayari lautan politik Malaysia dalam melakukan perubahan. Kenyataan ini sudah cukup untuk "digeruni". Rasanya kecemburuan sudah hampir pasti tidak akan mendapat tempat dan ruang di mana jua dalam era Najib.

Cuti Elizabeth Wong dilanjutkan hingga 15 April- Khalid


Inilah bebanan Rakyat. Tapi gaji buta masih digalak!

Cuti Elizabeth Wong dilanjutkan hingga 15 April oleh MB Selangor. Kalo macam ini lebih teruklah dari gaji buta. Mengapa tidak diberi cuti tanpa gaji? Nampaknya MB Selangor "INDECISIVE" bila berkaitan dengan E.Wong. Kenapa pula seorang anak Melayu Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, letak jawatan tetapi takde sape nak peduli.... Tak ada pun YAB Lim Guan Eng berkata "cuti dulu".!!!. Kenapa boleh jadi begini?
Related........
LINGKARAN GELAP.....(MESTI BACA......JANGAN TAK BACA)

Monday, March 23, 2009

Cukup. Cukup! Jangan lagi berbohong..

Bila Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, meletakkan jawatan, Dato Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parliment Permatang Pauh dan Penasihat de facto Parti KeADILan Rakyat (PKR) mula berusaha menutup aib kerajaan pembangkang di Pulau Pinang.

Kata Anwar, Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang kononnya kerana hendak melanjutkan pelajaran. Sebaliknya Fairus dipetik sebagai mendakwa beliau mangsa konspirasi dalaman PKR.

Tan Sri Muhydin Yassin telahpun membuat kenyataan bahawa perletakkan jawatan Fairus adalah sebagai bukti kukuh bahawa PRK tidak memiliki kemampuan mentadbir Negeri Pulau Pinang itu.

Anwar sebaiknya janganlah berasa seronok bila terus berbohong dan berbohong lagi....Benarkah Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan kerana hendak melanjutkan pelajaran?

Monday, March 16, 2009

Kes Elizabeth Wong: kerja jahat Barisan Nasional?.

Siapa yang makan lada, dialah yang rasa pedasnya. Inilah kenyataan yang harus diterima oleh MB Selangor, TS. Khalid Ibrahim, bila terlalu bertangguh-tangguh dalam kes Elizabeth Wong yang gambar bogelnya tersebar meluas di dalam dan di luar negara.

Terkadang hati kecil kita bertanya, kenapa harus TS MB mesti menunggu keputusan Siasatan polis yang selama ini sering diragui integriti mereka oleh pimpinan PR? Apakah ikatan yang tersimpul sehingga "berat hati" TS MB melepaskan EW pergi dan tiada lain pemimpin PKR yang berupaya mengganti kehilangannya?

Dalam kes ini, soal penyebaran gambar bogel adalah soal yang lain. manakal soal moral dan integriti Elizabeth Wong sebagai YB, Pemimpin dan Exco adalah soal yang lain. Soal individu yang menyebarkan foto-foto bogel tersebut juga soal lain, bukan soal pokok, walaupun tidak asing.

Di mata umum, keputusan "menunggu" MB ini ternyata sebagai satu tindakan MB yang "indecesive" terutama dalam soal-soal yang berkaitan dengan maruah dan moraliti yang sudah terang lagi bersuluh.

Walaupun EW telah menyatakan bahawa keputusanya meletakkan jawatan adalah muktamad, TS MB seakan tidak mempercayainya. Apakah precedence dan rekod hendak dicipta oleh kerajaan PR di Selangor? Kerajaan bersih, telus bagaimana?

Umum telah mengetahui bahawa perbuatan EW adalah perbuatan "memakan lada". Dia telah menerima rasa pedasnya. Dalam hal ini, apakah kena-mengena dengan BN sehingga perbuatannya yang bertentangan dengan moral dan norma moraliti pemimpin Malaysia dicampakkan sebagai kerja jahat BN?. Adakah BN yang makan lada? Adakah BN berbogel?

READ MORE...

http://mindaaidc.wordpress.com/2009/03/21/skandal-foto-bogel-memahami-lingkaran-gelap-elizabeth-wong/

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

Saturday, March 14, 2009

"NGAM NDAK NGAM": Siapa Bapa Pengkutuk Malaysia?

Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, Speaker Dewan Rakyat.
"Tok Guru, saya nak berguru untuk menjadi pakar ngam dan ndak ngam"

1. MP Puchong, Gobind Singh Deo, anak kepada Karpal Singh yang pernah mengatakan "Singh is King", akan menghadapi Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul yang digariskan di bawah ini akibat keceluparannya menuduh MP Pekan selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak. Barangkali ini salah satu dari menifestasi "kekecewaan" Gobind kerana Najib bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia menggantikan Pak Lah April ini. Gobind dan PR tetap gerun kerana Najib "keras" dan "tidak Lembik". Najib BUKAN Perdana Menteri "April pool". Najib Perdana Menteri yang keras. Ngamlah.

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:

BAHAWA pada 12 Mac 2009, Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen kawasan Puchong semasa perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendakwa YAB. Timbalan Perdana Menteri, Ahli Parlimen Kawasan Pekan terlibat dalam kes pembunuhan.

BAHAWA Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Puchong juga telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat setelah diperintah keluar Dewan.

DAN BAHAWA kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Puchong adalah merupakan satu dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai Ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.

MAKA INILAH DIPERSETUJUI BAHAWA Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Puchong hendaklah digantung tugas dari jawatannya sebagai Ahli Parlimen selama dua belas (12) bulan dari tarikh keputusan usul ini diluluskan. Dalam masa penggantungan ini Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Puchong tidak akan dibayar kesemua bayaran elaun dan kemudahan sebagai seorang Ahli Parlimen.

2. Perkara di atas bakal diputuskan dan usul ini bakal diluluskan. Namun bagi orang DAP terutamanya, ini "ndak ngam". Keputusan Speaker DUN Perak, V.Sivakumar yang menggantung, bukan satu tetapi enam ADUN BN di Perak itu yang "Ngam" bagi mereka. Malah mereka awal-awal lagi sudah terus-terusan melemparkan tuduhan "undemokratic" dan hukuman "draconian government" terhadap kerajaan berhubung kes Gobind Singh. Andainya mereka rakyat Negara Komunis Ngamlah. Barangkali juga kerana mereka terlalu mengidamkan "Negara Republik" maka Negara yang mengamalkan Demokrasi Berperlembagaan sudah Ndak Ngam dengan selera mereka.

3. "Datuk Siringan Gubat, MP saya, bagaimana, Ngam atau ngam kah itu? Dua jam rehat untuk minum teh tarik dan makan nasi lemak sambal ikan bilis sudah Ngam. Tapi ndak berapa Ngam sebab tiada "Tuhau dan Hinaba".

Perubahan geopolitik Malaysia semakin berkecamuk dengan polimik. "Undermining" dan mempersoal secara berterusan keupayaan dan "credibility" pemimpin semakin menjadi kegemaran. Malah sebilangan rakyat bagai kecanduan mengutuk kepimpinan negara tanpa segan silu dan secara berterusan. Media asing dan negara asing mula menyusupi soal-soal dan hal ehwal dalam negara kita. Anehnya, sebahagian masyarakat kita lebih gemar mempercayai lapuran dan pandangan media dan orang asing dari apa yang sedang terpampang di hadapan mata mereka.

Hatta, kita perlu bertanya, kiranya negara ada Bapa Kemerdekaan, Bapa Pembangunan dan Bapa Perpaduan dan sebagainya; "siapakah yang layak mendapat gelaran "Bapa Pengkutuk Malaysia"?
NOTA:
"Ndak" (slang Sabah) maknanya "tidak"

Tuesday, March 10, 2009

Rekod PRU12-P50 Bukit Gantang, Perak

(KLIK GAMBAR UNTUK SIZE GAMBAR YANG BAIK).

Kawasan Parliment Bukit Gantang meliputi 3 DUN. 2 DUN di menangi PKR manakala 1 DUN dimenangi BN. Rekod ini berguna unuk menganalisa/infer mengenai kemungkinan keputusan Piliharaya Kecil Parliment Bukit Gantang.