Translate

Thursday, January 6, 2011

Goodbye PKR: 30 Pemimpin KDM-Kadazan Dusun Murut Tinggalkan PKR

PKR yang bernafsu menguasai Sabah sebaiknya kini sudah tahu tinggi rendahnya langit. DSAI dan Kak Wan kini perlu belajar politik Sabah. Bila Jambatan Terbakar..janganlah cuba merentasi jambatan itu....Goodbye PKR dari 30 pemimpin KDM Sabah.

Saturday, January 1, 2011

Jangan Lagi berperangai seperti Binatang pada tahun baru ini..Insaflah.

Tinggalkan segala perangai buruk yang seperti kebinatangan mulai pada tahun ini. Rakyat semakin bijaksana dan semakin mendambakan pembangunan dan kemajuan progresif. Jika kita kehilangan sebuah keamanan terlalu sukar untuk mengembalikannya kendatipun  bermandi darah.

Salam 1MALAYSIA dan Selamat Tahun Baru, 2011, Selamat Maju Jaya.

Tuesday, December 28, 2010

PEMIMPIN SENJA: BILA YANG BERJUANG DENGANNYA MUAK

 Pemimpin senja: Bakal dimamah malam...
Berjuang bersama dsai. Kini muak dengan perangai dan tindakan dsai..

Rata-rata yang meninggalkan Parti KeADILan Rakyat mengatakan bahawa mereka MUAL DENGAN PERANGAI dsai. Mereka yang pernah berjuang dengan dsai kini MUAK dengan DSAI. Malah mereka yang sednag berjuang dengan dsaipun masih muak membuak-buak dengan dsai namun belum memuntahkan lahar kemuakan mereka. Karpal Singh sendiri pernah memuntahkan muaknya dengan dsai sehingga pada satu ketika meminta supaya dsai  digantikan dan bertaubat kenana telah banyak melakukan kemusnahan kepada Pakatan Rakyat...DS Zaharin, YB. Zul, Dr. Jeffrey Kitingan, Awang Ahmadsah...terlalu ramai untuk disenaraikan...rata-rata mengatakan bahawa mereka muak dengan sikap dan cara kepimpinan dsai.

Lihatlah keratan akhbar dari BH 27 Disember ini..Semua mereka mengatakan "KERANA MUAK DENGAN PERANGAI DAN TINDAKAN KETUA UMUM PKR @ dsai" yang bejuang demi kepentingan peribadi...SL dah cukup menduga bahawa dsai adalah pemimpin senja nan merah, dsai kian malap bak mentari kian terbenam......Ke Puterajaya..bolehlah datang nanti ..pakai wheelchair..

RELATED:
-Anwar DiTempelak Lagi : Amal Kronisme & 'Pecah dan perintah' ! 
-Gobala: Anwar Pilih Kekasihnya Azmin Ali.
-Wee Choo Keong Sifatkan Karpal Anggota Parlimen 'Flip-flop' 

Saturday, December 25, 2010

SUDAH DI DUGA. KAPAL TITANIC PKR AKAN MENYEMBAH DASAR LAUT CINA SELATAN.

Titanic PKR: Bukan sekadar Self destruct tetapi tenggelam kerana nahkodanya yang "ganas".
Bekas Timbalan Pengerusi PKR Sabah Keluar Parti

Bekas Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Awang Ahmad Sah Awang Sahari, pada Selasa mengumumkan keputusannya untuk keluar daripada parti itu yang didakwanya tidak mengamalkan demokrasi. Awang Ahmad Sah, 51, berkata beliau sudah bosan dengan masalah dalaman parti itu yang tidak sepatutnya berlaku jika kepimpinan PKR mendengar keluhan rakyat. "PKR bukannya satu platform yang baik untuk memperjuangkan hak penduduk Sabah,"- Awang Ahmadsah.  Turut mengumumkan keputusan untuk keluar PKR ialah bekas ketua cabang Beaufort Lajim Yusof. -di sini
Ketakutan Pakatan Rakyat  terhadap lambang 1malaysia sudah jelas mempercepatkan lagi tenggelamnya kapal titanik PKR buatan Pakatan Rakyat. Ronnie Lieu (RL) yang mengatakan lambang 1Malaysia adalah "lambang politik" menunjukkan Ronnie Lieu gagal melihat dirinya.

Pemimpin yang gagal melihat dirinya PASTI gagal melihat aspirasi rakyat. RL adalah antara pemimpin "excess barrages" Pakatan Rakyat. Gerak politik RL sering membunuh partinya dan Pakatan Rakyat.  Dia sudah menghala ke pemimpin Anti Rakyat bila kedai-kedai berpelakat 1Malaysia di arahnya membuka logo 1Malaysia. Kenapa selangor ini RL seorang yang punya kee?

Kita fahamlah dsai amat "menggeruni" DS Najib Tun Razak. dsai pernah mengatakan bahawa Najib adalah satu-satunya pemimpin yang beliau kagumi dan geruni sebab Najib itu pintar dan bijak orangnya. dsaipun anti 1Malaysia.

Semakin pemimpin PR anti 1Malaysia, semakin rakyat 1Malaysia gembira dengan tenggelamnya Titanic PKR dan Pakatan Rakyat.

Ke mana perginya slogan "Malaysian Malaysia" rekaan DAP buat Pakatan Rakyat?

RELATED:
-Kerajaan Selangor Gentar Populariti 1Malaysia:
-PKR SABAK BERNAM GELAR BADRUL AMIN BAPAK SETAN !! (Ombak semakin besar...arus semakin deras...tenggelam..tenggelam lagi..) 

Tuesday, December 21, 2010

Gerhana

 Hampir tiap hari nak ajak pilihanraya. Tapi Gerhana PKR kini tak nampak senarai calon PRK Tenang. Sampai kini PR tak tahu sapa nak calon. PAS memang nak..tapi DAP nak juga...PKR Pun nak juga..Letaklah Chua Jui Ming. Baru dia tahu tinggi rendahnya langit..
"Pengikut PAS kini sudah mula hilang keyakinan terhadap pemimpin PKR itu dan saya rasa jika PAS terus bersama PKR, lebih ramai pemimpin sama ada dalam PAS atau PKR akan berundur kerana telah sedar perkara sebenar.

"Lihat sahaja dalam PKR sudah ramai pemimpin mereka terutama kalangan Anggota Parlimen telah keluar parti dan keadaan ini akan menyaksikan lebih ramai lagi yang akan keluar parti,". -klik di sini
Pengikut dan para pesimpati PKR sudah lama menyedari PKR memang parti yang "gerhana". Mereka minta PKR janganlah jadi parti "self destruct".....Inilah pertandanya bahawa PKR sedang begelut sekadar untuk terapung dalam dunia politik Malaysia.

PKR memang disedari oleh pemimpin PKR sendiri bahawa PKR sudah gerhana sejak 916 terbukti satu pembohongan politik terbesar dalam abad ini yang tiada tolok bandingnya.

DAP sudah lama mengintai kelemahan PKR..dsai tak layak dilantik sebagai ketua pembangkang dalam parliment Malaysia. Tapi kerana memperkuda dsai sesuatu yang menguntungkan DAP, maka apalah kelebihan menjadi ketua pembangkang jika tidak dapat mempergunakan kerusi itu untuk kelebihan. Tong..tong...Now selepas kuasa asing sudah menyedari dsai sudah tidak reliable..malap dan gerhana pengaruh, DAP mula mengintai kerusi itu.

Tidak gerhana kee PKR..?. Pemimpin PKR sudah tiada yang berkalrisma besar selepas dsai...tapi dsai dah tua...Gerhanalah PKR.

Melihat kepada barisan kepimpinan PKR dan hubungan Pakatan Rakyat, walaupun selepas konvensyen Pakatan di Kepala Batas, kesatuan dan kepaduan sebenar Pakatan Rakyat semakin jelas hampir tidak wujud...Gerhana.

dsai sepatutnya sudah lama direhatkan..gerhana.

RELATED:
DAH GERHANA..BUAT YANG INI PULA: -ANWAR ARAH MALAYSIAKINI SERANG HINDRAF.

Clip Video Pilihan



RELATED:
-BAHLOL SANGAT KE NIK AZIZ NIH?

Sunday, December 19, 2010

SERUAN "UBAH SEKARANG" MEMUALKAN.

 Kalo sekadar "Maruah" seperti ini, kerana "Kuasa" dsai tak akan kisah!!
Nak tunjuk kertas "photocopy"..kan sekeping harganya RM0.05 sahaja. Jangan bodohkan rakyat dengan publisiti murahan.

Dulu dsai kata "we have the number". dan "916 is real". Now dia  meminta dan merayu  serta melutut dengan dramatis mandat rakyat dengan sekeping kertas photocopy yang bernilai RM0.05. Sedangkan dsailah yang amat rapat dengan konco konco Israel, secara intim. Hanya kerana Konco-konco  isreal ini sudah tidak yakin  lagi dengan kemampuan dsai untuk mereka peralat bagi mencapai impian mereka melemahkan, meruntuhkan negara Islam dan yang menyokong perjuangan Islam, maka konco-konco isreal tarik "handbreak" dan mula meragui kemampuan dsai dan partinya.

Bolehkah kita meletakkan maruah bangsa, agama dan negara ke atas bahu manusia yang "PEMBOHONG"?. Kerana inilah seruan dsai "Ubah Sekarang" amat memualkan.

Saturday, December 18, 2010

PENCABULAN KUASA ATAU PENCABULAN MARUAH!

 Mana lebih utama kepada dsai..Maruah atau Kuasa?

Rakyat Malaysia sudah menerima hakikat dengan nyata dan jelas bahawa DSAI sudah tidak lagi menghiraukan MARUAH BANGSA, AGAMA DAN NEGARA. Jauh sekali mempertahakan kepentingan nasional berbanding memperjuangkan dan mempertahankan kemaruk dan nafsu kemahuannya mendapat kuasa. (SL melihat slogan "melaksanakan agenda rakyat" itu satu kepalsuan besar"

Arakian, bila DSAI katakan bahawa penggantungnya dari menghadiri Sidang Parliment bersama geng-gengnya adalah pencabulan kuasa..kita tak hairan sebab sudah menjadi sebati dan menjadi budaya politik DSAI bahawa dia "hanya maukan kuasa" hatta, walau terpaksa menggadai maruah negara, bangsa dan agama" di dalam atau di luar negara. Inilah sebabnya dsai kata pencabulan kuasa. Siapa sebenarnya yang menyalahgunakan kuasa atau mencabul kuasa di Dewan Rakyat.? Jawabnya siapa yang bersikap seperti gorilla dan monyet di Dewan Rakyat..merekalah yang mencabul maruah dan meliwat demi kuasa!. Tangguh tangguh bahas usul dan tangguh tangguh sodomi II..

Related:
-Pakat Dulu Balah Kemudian..
-PR Disyor Pulau Pandikar Amin Sebagai Speaker
(Cukup baguslah begini..so, tak perlu gantung-gantung lagi...)