Translate

Saturday, August 30, 2008

KEBEBASAN MEDIA

Kebebasan Media
Tun Dr. Mahathir Mohamad: chedet.com

1. Selepas pengumuman Barisan Nasional kalah di Permatang Pauh pemberita datang ke Yayasan Kepimpinan Perdana dan mendesak supaya saya adakan satu sidang akhbar.

2. Dalam sidang akhbar itu saya secara terus terang berkata sidang akhbar tidak berguna kerana mereka tidak akan dibenar melaporkan jawapan-jawapan saya melainkan yang boleh diputar supaya ternampak saya menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Kerajaannya.

3. Seperti yang saya jangka laporan yang dibuat berlainan dengan apa yang saya perkatakan.

4. Ditanya berkenaan dengan penurunan harga minyak, saya jawab yang ini ada kaitan dengan Permatang Pauh. Kita patut ada lebih banyak pilihanraya kecil supaya harga minyak dikurangkan lagi.

5. Yang dilapor ialah saya berkata penurunan harga minyak adalah baik untuk rakyat. Itu sahaja.

6. Saya juga ditanya tentang apakah perancangan saya selepas Permatang Pauh. Apakah saya akan kembali ke UMNO?

7. Saya ingatkan mereka bahawa saya keluar UMNO dengan bersyarat. Saya akan mohon kembali ke UMNO jika Dato Seri Abdullah tidak lagi menjadi presidennya, iaitu jika dibenar.

8. Apabila saya kembali saya akan turun padang dan bekerja keras untuk menarik balik bekas-bekas penyokong UMNO dan BN yang telah sokong parti lawan dalam Pilihanraya Umum ke-12.

9. Saya juga jelaskan yang kerja ini memerlukan masa. Kalau kepimpinan bertukar pada Jun 2010, tidak ada masa untuk pulih parti sebelum Pilihanraya Umum ke- 13.
10. Semua ini tidak sedikitpun dilapor dalam mana-mana akhbar atau televisyen. Inikah yang dikatakan kebebasan media yang dijanjikan oleh Dato Seri Abdullah?

READ MORE....
SENJALIZA.
Melupakan pengorbanan dan jasa pemimpin seperti Tun adalah satu yang malang bagi UMNO. Menafikan kebenaran yang Tun katakan adalah sesuatu yang malang buat Negara.

1 comment:

Ajin b. Gagah said...

KEBEBASAN MINDA ? – KEBEBASAN MEDIA
Liza, setelah membaca isi blog mu, saya rasa terkilan lagi keliru bilamana menghayati keluhan suara hati Tun M dalam kontek kebebasan untuk menyuarakan pandangan terhadap kerajaan pimpinan Pak Lah.
Sedih juga bilamana mengingatkan perasaan sesaorang wira negara yang merasakan khidmat nya seakan-akan telah tidak di hormati.
Sedang kan Negara Singapura maseh memerlukan khidmat bekas Perdana Menteri mereka; Lee Kwan Yu.
Mungkin teguran Tun M agak terlalu tegas lagi berbisa untuk di terima oleh pucuk Pemimpin masa kini. Namun di sebalik ayat-ayat beliau, terselit kebenaran yang dijangka boleh memperbaharui semangat juang untuk terus maju kehadapan.
Orang kata, untuk mengubati penyakit malaria kita terpaksa menelan ubat Quinine yang pahit itu.
Sebagai seorang Pemimpin Agong yang pernah berjasa untuk membawa Malaysia ke era baru disamping berjaya merintis kegawatan ekonomi Negara; seharus nya beliau patut di bagi ‘second chances’ untuk membantu kerajaan BN mengharungi keadaan yang tenat kini.
Antara Muslim to Muslim, Seharus nya perundingan diantara Tun M dan Pak lah perlu di teruskan. Perselisihan faham yang remeh lagi konyol patut di ketepikan. The nation needs them both.
Thanks Senja Liza