Sejak berakhirnya 16 September dan pada esoknya, 17 September, saya telah membulatkan keyakinan bahawa presepsi saya terhadap kepimpinan DSAI berubah. Ucapan tegas dan manis DSAI yang konon akan mengumumkan nama-nama MP dari BN yang akan menyertai PR tiada satupun yang benar. Setelah itu, saya telah benar-benar yakin bahawa semua janji DSAI itu kosong belaka apabila tiada satu yang ditunaikan. Dengan demikian kredibiliti DSAI perlu dipersoalkan dan saya mendapat lesen untuk mempersoalkannya.
Siapapun boleh mengatakan bahawa kepimpinan Pak Lah itu lemah; orang UMNOpun kata demikian, dan lima negeri jatuh ke tangan pembangkang adalah menifiestasi kelemahan itu. Keperibadian Pak Lah memang baik; tetapi keperibadian sahaja tidak cukup untuk menjamin kemantapan urustadbir negara.
.
Saya juga tetap berpendirian bahwa DSAI sebenarnya berdusta mengenai "impiannya" mengambil-alih kerajaan persekutuan. Ini adalah kenyataan yang ada di hadapan kita. Jika ada sesiapa yang mempunyai alasan menegakkan kenyataan DSAI, tampillah dengan kenyataan dan elakkan sama sekali dari mengiakan sesuatu pembohongan. Berkatalah sebenar-benarnya benar. Jangan membohongi diri sendiri. Jangan putar belit.
Dalam kita merayakan Aidilfitri, yang kelihatan lebih memaksa sangat mengenai mengambil alih kuasa ialah LKS-DAP. Lihatlah blognya dan kemahuannya yang membuak-buak walaupun sempena kita meraikan Aidilfitri http://blog.limkitsiang.com/2008/09/30/selamat-hari-raya-speak-truth-to-power/. Rasanya, perutusannya tidak selari dengan semangat Aidilfitri, memuakkan dan tetap gelojoh. Kerajaan Yahudipun memberikan keamanan bagi Umat Islam merayakan Aidilfitri di Baithulmakdis dengan tenteram dan mengenepikan isu persengketaan sempena Umat Islam merayakan Aidilfitri.
.
Tidak keterlaluan dikatakan bahawa, sikap gelojoh sesetengah pihak yang menebal akan terbawa pada era dan kerajaan yang lain (jika ada). Adakah apabila DSAI menjadi peneraju #1 kerajaan, dia pula bakal diancam oleh orang-orang gelojoh politik ini?.
.
Hentikan politik berbohong dan hormatilah mandat rakyat. Ini adalah kerana PRU 13 kelak, ia mungkin tak laku lagi dan pemimpin yang berbohong dan mengamalkan tipu muslihat pasti akan ditolak. Insaflah dari perbuatan yang bertali arus menyalahkan orang lain ke atas perbuatan kita sendiri.
,
Hindarkan diri dari perbuatan memperjudikan negara dan keharmonian dan tindakan yang menghalau dan menakutkan pelabur asing tetapi dalam masa yang sama kita bersikap hipokrit dengan berkata bahawa orang lain pula yang menjadi penyebab. Jangan "lempar batu sembunyi tangan dan bersikap gelojoh merampas kerajaan jika anda sebenarnya adalah pihak yang kalah.
Sebenarnya kegagalan kita mengiktiraf kemenangan orang yang menang adalah sebuah kekalahan yang akan bakal berterusan dan berpanjangan. Takbir.
No comments:
Post a Comment