Translate

Thursday, February 5, 2009

Sia-sia cabar keputusan SPR - Karpal

(Dari-email seorang sahabat)

Percaturan Politik Di Perak......
Sia-sia cabar keputusan SPR - Karpal
.
KUALA LUMPUR 3 Feb. - Adalah sia-sia untuk mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Jamaluddin Mohd. Radzi dan Mohd. Osman Jailu, masing-masing sebagai wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Behrang dan Changkat Jering di mahkamah, kata Pengerusi DAP, Karpal Singh.
.
Karpal Singh, yang juga seorang peguam kanan berkata, ia "akan hanya membazirkan usaha dan masa" untuk mencabar keputusan SPR itu yang diumumkan hari ini, kerana ia terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1982 dalam kes serupa.
.
Pada 1982, Mahkamah Persekutuan dalam kes membabitkan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Datuk Ong Kee Hui lawan anggota parti ketika itu, Sinyium anak Mutit, memutuskan tindakan menyerahkan surat peletakan jawatan tanpa tarikh kepada speaker adalah bercanggah dengan kepentingan awam dan dengan itu adalah tidak sah.
.
"Dalam kes ini, saya pasti SPR telah dinasihatkan oleh pejabat Peguam Negara dan agensi berkaitan yang lain. Ini merupakan keputusan yang jelas di pihak SPR yang terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
MORE...

1 comment:

Anonymous said...

Salam kembali sis...
Kemana lama menghilang ni?? Dah bosan ke menulis atau terlalu asyik tengok sunset...hingga terlalai!!