Translate

Monday, March 16, 2009

Kes Elizabeth Wong: kerja jahat Barisan Nasional?.

Siapa yang makan lada, dialah yang rasa pedasnya. Inilah kenyataan yang harus diterima oleh MB Selangor, TS. Khalid Ibrahim, bila terlalu bertangguh-tangguh dalam kes Elizabeth Wong yang gambar bogelnya tersebar meluas di dalam dan di luar negara.

Terkadang hati kecil kita bertanya, kenapa harus TS MB mesti menunggu keputusan Siasatan polis yang selama ini sering diragui integriti mereka oleh pimpinan PR? Apakah ikatan yang tersimpul sehingga "berat hati" TS MB melepaskan EW pergi dan tiada lain pemimpin PKR yang berupaya mengganti kehilangannya?

Dalam kes ini, soal penyebaran gambar bogel adalah soal yang lain. manakal soal moral dan integriti Elizabeth Wong sebagai YB, Pemimpin dan Exco adalah soal yang lain. Soal individu yang menyebarkan foto-foto bogel tersebut juga soal lain, bukan soal pokok, walaupun tidak asing.

Di mata umum, keputusan "menunggu" MB ini ternyata sebagai satu tindakan MB yang "indecesive" terutama dalam soal-soal yang berkaitan dengan maruah dan moraliti yang sudah terang lagi bersuluh.

Walaupun EW telah menyatakan bahawa keputusanya meletakkan jawatan adalah muktamad, TS MB seakan tidak mempercayainya. Apakah precedence dan rekod hendak dicipta oleh kerajaan PR di Selangor? Kerajaan bersih, telus bagaimana?

Umum telah mengetahui bahawa perbuatan EW adalah perbuatan "memakan lada". Dia telah menerima rasa pedasnya. Dalam hal ini, apakah kena-mengena dengan BN sehingga perbuatannya yang bertentangan dengan moral dan norma moraliti pemimpin Malaysia dicampakkan sebagai kerja jahat BN?. Adakah BN yang makan lada? Adakah BN berbogel?

READ MORE...

http://mindaaidc.wordpress.com/2009/03/21/skandal-foto-bogel-memahami-lingkaran-gelap-elizabeth-wong/

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

3 comments:

Anonymous said...

Salam Sis,

Wah...nampak cantik je cili padi tu, tanam sendiri ke atau beli dipasar Ranau???

Khalid `The Flinstone' memang tak boleh buat keputusan, kerana `dikuasai' oleh DAP. Beliau ni hanya bertindak sebagai `penghubung atau penyampai' sahaja pada DAP. Biar apapun yang dibuat oleh pemimipin Pembangkang Selangor.. beliau akan bertindak sebagai `moderator' mereka untuk menjernihkan keadaan... biarpun dalam keadaan yang `tergagap atau penyakit Muhammad Alinya itu'.

Taminsari said...

Salam sdri. Senja Liza..

Mungkin ada udang disebalik batu dan sebab itulah Khalid agak sukar untuk membuat keputusan sekarang. Lagipun Pok Nik Aziz dan muslimah PAS pun dah bagi sokongan pada ELI. Maka berbelah bagilah Khalid nampaknya? Bagi saya elok lah Eli letak jawatan sebagai MP supaya PRU dapat diadakan semula. Tetapi tak tahulah jika Eli begitu " tebal muka " untuk terus nak jadi wakil rakyat? Peristiwa yang " memalukan" itu akan terus menjadi bualan rakyat kerana boleh dikata hampir semua orang telah mengetahui akan hal sebenar dan Eli pun sudah mengaku. Yang pelik mengapa Pok Nik Aziz dan muslimah PAS tidak membela " Nasha Aziz " dalam kes yang sama..sama-samalah kita fikirkan..wallahuallam..

Salam perjuangan

Anonymous said...

IPOHKIAUSU....

You said "the whole BN lineup...instinct of animals..". Wahh... so good la you...what about the instinct of animals in ANWAR IBRAHIM...??? What do you say about it..??? Are you one of them...???

You have no right to talk about BN because you are not in the line-up...!! Just sticks with your PKR and watch out your back when ANWAR around...!!