Translate

Wednesday, August 5, 2009

Amarah Demonstrasi

Sedih bila orang kata business mineral water, mask dan tuala kecil maju bila demo diadakan.

Domonstarsi menuntut hak dan keadilan biasa lakukan di mana-mana negara bila belaku kezaliman dan pihak berkuasa terus menerus menafikan hak itu atau isu itu hanya sampai ke telinga bisu atau tuli pihak berkuasa. Demonstrasi ini, biasanya disertai oleh pihak, samada yang menyokong atau tidak menyokong kerajaan. Lalu mereka mendesak perubahan polisi dan tindakan dituntut supaya penyelesaian dicapai.

Demonstrasi di Malaysia sejak akhir-akhirnya lari dari matlamat demonstrasi yang disebutkan di atas. Demonstrasi di Malaysia ini ”hanya bermatlamat menjatuhkan kerajaan” supaya parti yang mereka sokong mengambil alih tampuk kuasa. Sekurang-kurangnya dapat melemahkan kerajaan, merugikan rakyat dan dapat menginduktrinasi pemikiran rakyat bahawa kerajaan yang ada, zalim. Rakyat rugi, patah kaki, luka, terabai tanggungjawab terhadap anak-anak dan dan keluarga kerana demonstrasi ”none of their business”. Dah tu polis dan pihak keselamatan yang melindungi hak awam yang lain dicap "ganas". Coba kalo tidak demo haram!

Alasan demonstrasi hari ini demi keadilan dan menjamin hak asasi anak bangsa dan masa depan mereka semua cerita yang mendustai diri sendiri. Ianya kerana "bujukan".

Bagaimana kalu dia pula kerajaan orang lain pula demonstrasi? So, saban hari demonstrasi kerana budaya demonstrasi ditanam di jiwa rakyat!. Mampukah negara kita maju mencapai wawasan dengan pendekatan demonstrasi ini?.

"...Dia kerajaan tak bagus, tak adil, tak progressif, rasuah, kronisma, pembunuh, perogol, perampas, penggalak jenayah dan pengedaran dadah, VCD haram, pelacuran, kaki arak, penyangak harta rakyat, pemeras ugut, penggalak pendatang tanpa izin, penindas pekerja asing, tol naik, minyak naik, harga barang naik, pengamal ISA, pelindung SPA haram, rumah urut dan banyak lagi. Aku kerajaan baru cun lalu berilah ako kuasa. Aku dapat kuasa hari ini ESOK hanga minyak turun. Esok BERUBAH!".
.
Berubah tahi babi ....!. Lihatlah sekeliling anda. Apa yang berubah di Selangor tempat anda berdemonstrasi? Judi haram, 4D haram, pelacuran, arak, peruntukan ADUN, Zakat, Along...penat nak sebut satu demi satu.

Kerugian yang dituntut oleh tiga persatuan peniaga di Jalan Masjid India yang mewakili 1000 peniaga menuntut ganti rugi RM10 juta daripada penganjur perhimpunan haram gerakan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Sabtu lepas adalah kerugian yang mungkin dianggap remeh oleh mereka yang beranggapan bahawa business air mineral, mask dan tuala kecil maju kerana demo. Bukankah mereka yang beranggapan demikian lebih layak digelar sebagai musuh negara! Atau sekurang-kurangnya dungu kerana tak pandai tekan butang calculator. Di atas segala-gala tidak prihatian terhadap kerugian orang lain kerana meladeni serakah politiknya.

Jadi esok demolah lagi. Tuntulah supaya Datin Sri Rosmah Mansur tutup websitenya. Bukankah itu budaya anda? Baju warna apa nak pakai?. Tuntutlah keadilan kerana dengan website itu kerajaan Malaysia Bankrupt!. Atau siapa lagi yang mindanya terlalu muflis?

1 comment:

YANG GAMBI said...

Salam,

Demonstrasi hanya sebagai alasan pakatan rompak nak buat huru hara dalam negara. Inilah cara komunis bertindak semasa zaman darurat dulu.... siapa kepala pendemo-pendemo ini ?

Lim Kit Siang, komunis.....