Translate

Tuesday, September 8, 2009

PKR Menuju Kehancuran? SIRI ULANGTAHUN 916-I

JPD Politik Malaysia

Menjelang 16 September, hari ulang tahun janji terang bulan yang berkesudahan dengan gerhana penuh, sekali lagi satu episod baru dalam dunia politik Malaysia berubah. PKR benar-benar berada dihujung tanduk dan bakal jatuh. Raja PKR, DSAI, pernah mengatakan bahawa lebih kurang "selepas Mohamad Radzhi ,tidak akan ada ADUN PKR meninggalkan PKR, ini final". Perkataan inilah yang mengingatkan saya tentang janji 916.

Janji 916 merupakan Janji Politik Paling Dusta (JPD) dalam sejarah politik Malaysia. Tinggal beberapa hari lagi merupakan hari ulang tahun JPD ini. Barangkali perlu juga disambut dengan bakar lilin dihalaman rumah sebagai simbolik bulan gerhana penuh JPD.

Bila diberitakan 3 ADUN PKR Selangor telah menjauhkan diri dari kepimpinan PKR, perkara ini tidak lagi satu kejutan atau excitement yang amat memeranjatkan. Kita sudah biasa dan masak dengan keadaan ini. Bila Radzhi mengatakan bahawa dia sudah lama hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan PKR, rasanya kebenarannya sukar ditolak.

Di Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan sudahpun menerima jemputan terbuka dari Naib Presiden PBS untuk kembali ke PBS. Maknanya ini adalah isyarat awal dari Presiden PBS iaitu Abang Kandung Dr Jeffrey sendiri yang sudah tidak percaya bahawa keberadaan Jeffrey dalam PKR sebenarnya dihargai. Sebagai abang dia rasa bertanggungjawab membela adiknya yang dianiayah. Ini ada kaitannya dengan pelantikan Azmin Ali dari Gombak sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah menggantikan DSAI. saya lihat Tuan Haji Ansaripun sudah dingin dengan sikap pucuk pimpinan PKR yang sering membelakangkan perjuangannya.

Sekiranya Sabah dan Sarawak yang memangnya penyelamat Politik Barisan Nasional diketepikan pucuk pimpinan PKR, adakah ini dilihat sebagai tindakan kesinambungan PKR?. Rakyat Malaysia perlu tanya, kenapa DSAI menemui Najib? Kenapa kes Anwar mudah saja ditangguh-tangguh?. Kenapa mulut DSAI terkunci menyerang Najib?

Kemudian, bila kes 3 ADUN PKR Selangor menjauhkan diri dari pucuk pimpinan PKR, apakah yang anda dapat bayangkan?. Pertama Selangor akan jadi Perak kedua. Hampir pasti! Apakah dahan harapan yang kukuh untuk PKR berpaut lagi?

Barangkali inilah "HUKUMAN KEPADA JPD yang diciptakan bagi menginduktrinasi pemikiran rakyat. Bila rakyat secara majoriti menyedari bahawa mereka sebenarnya tidak lagi dapat mempercayai pucuk pimpinan PKR maka malam yang malap menanti di hadapan bagi PKR. Rakyat pasti menghukum pengamal JPD, terutama empena Hari Ulang Tahun JPD yang pertama menjelang 16 September.

2 comments:

YANG GAMBI said...

Salam, kalau masyarakat tahu bahawa perjuangan PKR adalah semata-mata untuk menyelamatkan Anwar dari penjara, kemudian menjadi Perdana Menteri yang hanya unuk membalas dendam kepada UMNO.

Sebab itu, Anwar sedia menjadi 'pengkhianat bangsa dan agama' bersama dengan DAP asal dapat melihat UMNO berkubur......

hidup-melayu said...

Salam,

Sebenarnya Anwar sendiri yang menggagalkan Projek Sept 16 Dari Permatang Pauh ke Putrajaya beliau.

Setelah dimaklumkan kejayaan Orang Utusan Anwar dan Pengarah Projek Sept 16 PKR mendapatkan seramai 18 orang ahli parlimen UMNO bersetuju meninggalkan kerajaan BN Anak Beranak Pak Lah-KJ, Anwar dengan bangga mengumumkan keseluruh dunia bahawa beliau bakal mengambil alih Putrajaya.

Malangnya semuanya bertukar angin 2 hari selepas YB Ibrahim Ali menyatakan di dalam parlimen bahawa sekiranya berlaku Sept 16 beliau yakin yang akan jadi PM bukanlah Anwar tetapi Presiden PAS YB Ustaz Hadi Awang.

Pada hari tersebut Orang Utusan Anwar bertemu buat kali terakhir dengan ketua Kumpulan 18 dan telah dimaklumkan 18 Ahli Parlimen UMNO itu memilih untuk menyertai PAS dan bukan PKR.

Apabila hasrat mereka ini disampaikan kepada Anwar, Orang Utusan Anwar tersebut telah dimaki hamunnya kerana tidak membuat kepastian kemasukan mereka ke dalam PKR semasa bersetuju untuk meninggalkan kerajaan BN Anak Beranak Pak Lah-KJ.

Syabas pada Kumpulan 18 ini. Bijak membaca permainan Anwar dan pandai berlakon konon-konon nak masuk PAS.

"Kalau tak boleh jadi PM aku tak nak Sep 16"

Anwar Anwar.

Barisan Penggaram.