Translate

Monday, April 19, 2010

Ketua Pemuda PKR keluar parti. Apa nak jadi dengan Zaid?



Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shah Alam, Nor'isham Manap (kanan) dan bekas timbalannya, Muhammad Ali Mukhtar (kiri) diiringi Ezam Mohd. Noor (tengah) selepas mengadakan sidang akhbar mengumumkan keputusan mereka untuk keluar dari PKR di Shah Alam, semalam. - BERNAMA

SHAH ALAM 18 April - Kecewa dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Hulu Selangor yang disifatkan mempunyai rekod moral memalukan, dua pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mengumumkan keluar parti serta-merta.

Mereka ialah Ketua AMK Bahagian Shah Alam, Nor'isham Manap dan timbalannya, Muhammad Ali Mukhtar.

Turut menyertai Nor'isham dan Muhammad Ali ialah lima lagi anggota AMK termasuk dua ahli jawatankuasa cawangan masing-masing dari Shah Alam dan Padang Jawa.

Menurut Nor'isham, pemilihan Zaid sebagai calon PKR pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor jelas merupakan pengkhianatan terhadap semangat dan cita-cita perjuangan reformasi yang disertainya bersama rakan-rakan pada tahun 1999.Paparan Penuh di sini.

RELATED:
-Dr-Halili-keluar-pkr-yang-lain-pun nak ikut...

3 comments:

DATU SULAIMAN said...

biarlah mereka terjun dengan labu-labunya..nak keluar, keluarlah dan UMNO ambillah..,sebanyak manapun..Mana tau Ezam nak bertanding Ketua Pemuda UMNO nanti..?

Media Cyber said...

bagus. keluar ramai2.

nalapambu said...

Perjuangan PR akan tetap diteruskan bersama PKR. PKR sedikit pun tidak tergugat kerana terkeluarnya pemimpin2 yang lemah semangat tanpa pendirian tetap.

Jangan perkecilkan PKR kerana pengkhianat yang sudah keluar parti.

PKR tetap kuat dengan penyokong tegar nya dari PAS dan DAP.

Pencacai UMNO jangan lupa bahawa sokongan kaum bukan melayu terhadap PR masih kukuh dan bertambah kukuh dengan ujud nya PERKASA yang di taja oleh UMNO.