Translate

Wednesday, May 26, 2010

Tuduhan Anak Samy Vellu Terhadap Umno Adalah Biadap

 Tuduhan Anak Samy Vellu Terhadap Umno Adalah Biadap - Muhyiddin

MUAR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh S.Vell Paari, anak Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu, kononnya Umno menjadi punca kepada masalah dalam MIC, sebagai sesuatu yang biadap.

Timbalan Perdana Menteri menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan meminta Vell Paari supaya menghentikan tindakan tidak bertanggungjawabnya itu.

"Umno ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan oleh anak Samy Vellu itu. Ia adalah sesuatu yang biadap," katanya ketika ditanya mengenai tuduhan yang dibuat oleh Vell Paari terhadap Umno menerusi sebuah laman web Free Malaysia Today.

Dalam laman web itu, Vell Paari mendakwa Umno menggunakan pendekatan "pembunuhan politik" untuk memecahbelahkan MIC.

Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Di PUTRAJAYA, Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata tuduhan Vell Paari tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ia sangat tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, telah wujud satu trend di kalangan parti komponen BN untuk meletakkan kesalahan kepada pemimpin kerajaan apabila timbul sesuatu masalah dalam parti mereka.

"Mereka cenderung untuk menutup kelemahan serta kesalahan sendiri dengan menyalahkan pemimpin kerajaan yang dipimpin oleh BN. Dalam hal ini pemimpin MIC langsung tidak mahu mengakui kelemahan mereka sebaliknya menuding jari kepada pihak lain," katanya dalam satu kenyataan.Berita Penuh di sini

2 comments:

azman said...

Assalamualaikum

Apelagi orang bagi bola tanggung libas saja lah..hentam cukup cukup..anak beranak nak jadikan MIC dia punya ke..

YANG GAMBI said...

Kebiadapan yang sengaja ditonjolkan apabila sudah merasa mereka tidak memerlukan UMNO-BN lagi.... sedangkan mereka sendiri yg tidak pandai menjaga kepentingan parti dan kaum India....