Translate

Wednesday, September 1, 2010

LDP berkocak lagi. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Naib Presiden LDP Tinggalkan Parti itu.

 Jika ada "dalang" di sebalik tentangan terbuka Timbalan Presiden LDP, Chin Su Phin terhadap kepimpanan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Datuk Peter Pang En Yin lebih arif mengenainya.
Sejak Kong Hong Ming menentang Chong Kah Kiat, (CKK), LDP sering saja berkocak.Kong Hong Ming meninggalkan LDP dan menyertai PBS kemudian menyertai PKR dalam gerakannya memburu pangkat dalam politik. Kong dulu memang selesa dengan rakan-rakan dalam BN tetapi bertentangan dengan Presidennya, CKK. Kong dikatakan "lawan taukee". Dalam PKR Kong masih tidak selesa kerana berkongsi kawasan yang disasarkan dengan DAP di DUN Sri Tanjung dan SAPP di Parliment Tawau.

Kini bercakap dan berdebat pasal "DALANG" di sebalik tentangan Timbalan Presiden LDP, orang ramai tidak perlu main teka-teki dan membuat andaian (spekulasi). Tanya saja Datuk Peter Pang.

Apakah LDP akan meninggalkan BN?. SAPP sudah meninggalkan BN tetapi SAPP juga berpecah. Raymond Tan masih menjadi menteri Kabinet Negeri dan menyertai Gerakan. Datuk Peter Pang sudahpun diandaikan akan menyertai Gerakan. Apakah LDP tidak membaca keadaan bahawa LDP juga akan berpecah jika meninggalkan BN dan terpeksa bersaing dengan DAP, SAPP dan PKR serta parti parti lain yang pernah melawan "taukee" mereka.

SL BUKANnya DALANG. Jangan sembarangan menuduh dan menjadi dalang sebab bila tabir tersingkap dalang sudah menjadi species yang tidak dihargai....


Related:
Timbalan Ketua Menteri Sabah Tinggalkan LDP

13 comments:

mantra said...

Apa yang berlaku dalam LDP dan BN adalah salah faham sahaja, LDP akan terus bersama BN. masalah mereka boleh diselesaikan dgn cara baik.

Anak Sabah said...

Nampaknya Datuk Pang meninggalkan LDP kerana tidak bersetuju dengan tindakan LDP yang enggan bekerjasama dengan KM. Sebenarnya, semua parti komponen BN patut bekerjasama untuk memastikan pentadbiran negeri berfungsi dengan baik.

Unknown said...

Sebagai komponen BN haruslah bersatu dan akan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Datuk Peter Pang mengambil tindakkan ini kerana kenyataan Datuk Chin kepada Datuk Musa Aman yang tidak dapat lagi berkerja dengan Datuk Musa.

Unknown said...

Tidak mustahil LDP akan berpecah sekiranya mereka keluar BN. Macam apa yang berlaku sebelum ini kepada SAPP. Oleh itu cara yang senang cuba selesaikan masalah parti yang dihadapi dan janganlah bertindak ikut suka hati seperti yang dilakukan oleh Datuk Chin Su Phin.

john said...

Chin patut ubah pendiriannya untuk kebaikan LDP dan semua parti komponen BN di Sabah. beri kerjasama dalam menyelesaikan masalah2 yang dihadapi oleh rakyat Sabah dan hentikan sebarang konflik yang boleh meretakkan kepimpinan BN di Sabah.

john said...

saya harap konflik ini tidak berterusan lebih lama kerana masih banyak masalah2 rakyat yang perlu diberikan perhatian. dalam kesibukan semua parti di Malaysia membuat persediaan bagi menghadapi PRU13, konflik seperti ini tidak patut berlaku, lebih2 lagi sebagai sebuah parti yang berjaya membentuk kerajaan.

Anonymous said...

datuk Peter Pang keluar dari LDP kerana tidak setuju dgn pendirian LDP untuk tidak mau bekerjasama lagi dgn Musa Aman. LDP seharusnya bekerjasama semula dgn KM Sabah dalam membentuk jentera BN yang kukuh di Sabah.

Paquin said...

Punya popular ni isu, macam selebriti punya gosip oo kan. hahhaa

Paquin said...

Tindakan Pang untuk keluar parti jelas menggambarkan beliau teguh dengan pendiriannya utk menyokong kepimpinan Musa :)

Paquin said...

So tak perlulah perbesarkan hal ini lagi. Yang penting kita tahu pendirian Pang utk terus bekerjasama dan memberi sokongan pada Musa Aman :)

Paquin said...

Semoga LDP menyedari kesilapan yang mereka lakukan. Lebih baik bekerjasama daripada asyik memikirkan kepentingan diri.

Paquin said...

Meluahkan ketidakpuasan hati memang perlu, tapi luahkan secara matang dan jangan sampai ia mengundang kontroversi sehingga memberi tempias kepada nama baik parti.
So agak-agak lah ya.

zak said...

Siapa yang akan dilantik Timbalan Ketua Menteri nanti?