Translate

Friday, October 8, 2010

STRATEGI HALUS ZAID MENAWAN KERUSI TIMBALAN PRESIDEN PKR

Zaid menyedari bahawa Azmin pernah bergeser dengan MB Selangor. Dengan bertindak awal mengumumkan akan menarik diri jika Nurul Ezzah bertanding Kerusi TP, "Anak Emas" pasti tergugat! Pandai Zaid!!-Political move or real one?
Zaid faham sangat bahawa Azmin pernah bergeser dengan MB Selangor. Harapan Azmin bergantung besar kepada sokongan dan pengaruh keluarga DSAI kerana Azmin memang telah serasi dengan gelaran "Anak Emas" DSAI.

Apabila Zaid mengumumkan akan menarik diri dari bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR, jika Nurul Ezzah mengesahkan bertanding TP, dalam pemilihan parti semalam, ini sudah menampakkan bahawa Zaid sudah memulakan strategi untuk menembusi dan mencabar gelaran "Anak Emas" dalam lingkungan Keluarga DSAI.

Bagi DAP, rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat, Zaid memanglah favorite mereka kerana Zaid pernah menyatakan "Sayapun Anak Melayu Juga". Kini barulah PKR sedar bahawa pertembungan dalam perebutan kuasa sentiasa berlaku. "Anak Melayu Juga" VS "Anak Emas"! Jangan nanti Zaid menyatakan bahawa Azmin mesti dipecat dari PKR seperti dia pernah mengsyorkan TS Muhyidin Yassin (kini TPM) dipecat dari UMNO!. Azmin tak menyesal kee menganjung dan menyanjung Zaid dalam PKR?

Kalo MB Selangor tanding Kerusi Timbalan Presiden dan Nurul Ezzah tarik diri, pergelutan kerusi TP itu jadi semakin panas...Siapa tak selamat kedudukannya?

RELATED
- kaum-india-harus-tahu-azmin-seorang yang RASIST
-Anwar-Azmin bakal terjerat oleh Zaid-Khalid
-Lepas Azmin menang, Wan Azizah akan disingkir 
-Timbalan presiden: Nurul respons tawaran Zaid Ahad ini 

No comments: