"Saya Tak Nak Bertuankan Melayu"
Mengacau Ketuanan Melayu!. So Orang Melayu Tak Perlu Undi PKR!!? Benarkah Kan Wan pun BUKAN Melayu? Kita tahulah Zaid itupun Anak Melayu Juga!
Mengacau Ketuanan Melayu!. So Orang Melayu Tak Perlu Undi PKR!!? Benarkah Kan Wan pun BUKAN Melayu? Kita tahulah Zaid itupun Anak Melayu Juga!
SHAH ALAM, 30 Nov — Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Pakatan Rakyat memperluaskan mesej konsep “Ketuanan Rakyat” di kalangan pengundi di negeri-negeri dikuasai perikatan tiga parti itu ekoran serangan Umno mengenai isu itu sejak Sabtu lalu.Zaid kata, PKR hanya sekadar mengundi memancing pengundi Bukan Melayu dalam segenap tindak tanduk mereka terutama dalam menghancurkan melayu dan konsep "Ketuanan Melayu". Tetapi mpnyokong Hindraf sudahpun dinafikan layanan yang adil oleh PKR semasa persidangan Perwakilan PKR yang baru berakhir. Bukankah ini adalah BUKTI jelas bahawa HANYA SOKONGAN yang diperlukan oleh kepimpinan keluarga dalam PKR, BUKANNYA perjuangan untuk rakyat Malaysia. Untuk Pangkat dan kuasa by hook or by crook!
Mengambil pendirian isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail iaitu Presiden PKR, yang dilontarkan Sabtu lalu, Ketua Umum Pakatan Rakyat ini mendakwa konsep “Ketuanan Melayu” telah diputarbelitkan oleh beberapa pemimpin elit dari Umno-BN.
“Tanggungjawab negeri-negeri (pimpinan Pakatan Rakyat) ialah untuk menegaskan pendirian dalam soal konep Ketuanan Rakyat,” kata Anwar dalam ucapan penutup Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri kerajaan negeri Pakatan Rakyat di sini malam tadi.
“Ungkapan Ketuanan Melayu telah diputarbelitkan oleh satu kumpulan yang kaya raya dan orang Melayu yang berkuasa. Mereka kaya kerana dasar-dasar pro-Melayu,” katanya. - Promo ‘Ketuanan Rakyat’ bukannya ‘Ketuanan Melayu’, Anwar nasihati Pakatan
Benarkah PKR dapat menjamin keutuhan rakyat Malaysia yang Bukan Melayu? Atau sekadar retorik dan instigate dan indoktrine rakyat Bukan Melayu untuk meletakkan "Seseorang supaya jadi PM". Selain itu- "ke pinggir" atau akan dipinggirkan!!-walauipun terpaksa merobohkan jambatan emas perpaduan yang telah dibina dan terbena atas nama keharmonian oleh Kerajaan Malaysia selama ini. Atau PKR persetankan dengan keharmonian asalkan tercapai pangkat PM!!!?
Benarkah Orang Melayu mendabik dadanya kepada rakyat Malaysia kerana dia merupakan "Tuan" di Tanah bertuah ini? Bukankah perkataan "Tuan" itu adalah warisan dari Penjajah?
Benarlah Sibaji, the boss...POORRAAHHH.
SHHHHHHT! Kak Wan tak mahu bertuankan Melayu.....(diam-diam jangan bagi tahu orang lain)...Barangkali dia mahu Obama jadi PM Malaysia!!
RELATED:
-Kenyataan Dr Wan Azizah Mengenai Ketuanan Melayu Memalukan Orang Melayu-GEMPAR! ANWAR TOLAK KETUANAN MELAYU DAN HINA TUN DR M!
-ANUAR LEPAS JAWATAN
-HARUN TAIB SAHKAN ANWAR IBRAHIM GILA KUASA DAN PEMBOHONG BESAR!
11 comments:
Rakyat sendiri perlulah tahu bagaimana menilai isu ini.
Penting betulkah ketuanan melayu ini? Sebab saya ingat Malaysia mengamalkan "1Malaysia".
PKR adalah parti orang melayu, tp dia sendiri menolak ketuanan melayu. bagaimana orang melayu nak menyokongnya.
titah Paduka Tuanku Sultan Selangor baru2 ini melahirkan perasaan dukacita dengan sikap biadap segelintir orang Melayu yang mempertikaikan institusi Ketuanan Melayu dan Kesultanan Melayu dalam negara ini. Institusi yang sudah dimartabatkan didalam Perlembagaan Negara itu tidak sepatutnya menjadi bahan cemuhan dan diperkecilkan oleh segelintir pihak lebih2 lagi dikalangan bangsa Melayu sendiri.
Kenyataan Azizah telah menyebabkan beliau dikritik oleh banyak pihak.
rakyat kena bijak membuat penilaian dan jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata politik.
Semasa didalam UMNO, Anwarlah antara pelopor kepada konsep Ketuanan Melayu, dialah juaranya. Konsep Ketuanan Melayu dicanang dan dikompang sebegitu rupa, sehingga ianya menjadi agenda besar mereka semasa bersemayam dipuncak kuasa. tidak cukup dengan mempertikaikan ketuanan melayu, beliau menyuarakan angan2nya di Sin Chew Daily kononnya beliau akan menyandang jawatan Perdana Menteri dan orang yang bakal menyandang jawatan TPM adalah Lim Kit Siang. lebih parah lagi apabila Azizah mengisytiharkan Anwar sebagai "anugerah Tuhan" untuk memimpin negara. pendek kata mereka sudah hilang kewarasan akal fikiran dan semakin gilakuasa dalam menghadapi kemelut parti yang kian hancur.
maybe PKR not all melayu..that why the ketuanan melayu have been distributing. PKR pelase give the benefit issue..
Kenapalah konsep ni semakin dipolitikkan. huhuhu
Semoga perkara ini dapat ditanggani dengan bijak dan jangalah perbesarkan/politikkan konsep ni lagi.
Jika inginkan berjaya, usaha sendiri. Ketuanan @ x bukan menjadi ukuran, mana2 pun kita akan berjaya jika kita berusaha!
Post a Comment