Silat Cakar Biawak Tasik!
Silat Tepis Belalang Rumput Hijau!
PKR Tak Pernah Lantik Zaid Penyelaras Parti, Kata Anwar
BUTTERWORTH, 18 Nov (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Datuk Zaid Ibrahim tidak pernah dilantik sebagai penyelaras parti itu.
"Jika dia mendakwa memegang jawatan itu, itu soal lain, saya tidak mahu berbalah dengannya dalam soal ini (kerana) sehingga hari ini semua mesyuarat parti masih lagi dipengerusikan oleh saya sendiri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis korban di Masjid Tok Kun di Permatang Pauh di sini pada Khamis.
Anwar berkata PKR sudah berulang kali menjelaskan mengenai perkara tetapi media masih menggunakannya.
"Dia juga menggunakan rakan-rakan medianya untuk mempromosikan dirinya sebagai penyelaras PKR tetapi sebulan yang lepas apabila Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali, membuat semakan, tiada lantikan jawatan itu kepadanya," kata Anwar. di sini
Yang selalu puji dan puja dengan kata-kata manis bermadu itu "Playboy" atau "Sweet talker" @ Don Juan. Anwar memuji memuja Zaid seperti menganjungnya ke langit setelah Zaid meninggalkan UMNO. Zaid terkenal dengan "Sayapun Anak Melayu Juga" sebagai langkah pertama diterima DAP sebagai rakan. Konon Zaid bukanlah "ultra Malay" yang menjadi pra syarat Pemimpin Melayu diterima dalam Pakatan Rakyat terutama oleh DAP. Mana-mana pemimpin Melayu yang Murtad Bangsanya datanglah kepada DAP..pasti akan disambut dengan mesra, dengan waspada, dengan ramah oleh DAP.
Kelebihan Zaid ialah dia handpicked oleh DSAI sendiri untuk menjadi Pengerusi Penaja Parti Pakatan Rakyat dan dipersetujui PKR, DAP dan PAS.
Maka jadilah Zaid bin Ibrahim sebagai Pengerusi Penaja Parti Pakatan Rakyat yang dipersetujui DAP. Bersilatlah Anwar mengatakan bahawa Zaid tidak pernah dilantik sebagai penyelaras parti..Betullllllah tu, tetapi Zaid kini Pengerusi Penaja Pakatan Rakyat vs Anwar DeFacto Leader sahaja.
Pengaruh Anwar dan Zaid sudah dua kali lima....runtuh dan ranap. Rakyat sudah muak dengan kedua-duanya. Anwar biawak tasik VS Zaid Belalang hijau. Bila mereka behentap dengan silat masing-masing. Lidah bercabang dan sipenyamar yang sering mencari rumput menghijau. Bila Anwar VS Zaid...siapa antara mereka yang tercampak ke pelacaan?
RELATED
-Zaid Dah Keluar Tong Taik. Mustapa Kamil bila lagi?
-Gempar-zaid-akan-adakan-sidang-media......
RELATED
-Zaid Dah Keluar Tong Taik. Mustapa Kamil bila lagi?
-Gempar-zaid-akan-adakan-sidang-media......
No comments:
Post a Comment