Translate

Thursday, January 13, 2011

PKR Sabah Tukar Kepala lagi...

Thamrin Haji Jaini dan Dr. Jeffry Kitingan: Selepas PRK Batu Sapi, Dr. Jeffrey pula yang meninggalkan PKR. Kenapa BUKAN Thamrin sebagai anak jati Sandakan dan Pengerusi Perhubungan PKR, Sabah?

Bila Thamrin Tidak di Calonkan di PRK Parlimen Batu Sapi Sandakan, nyata dengan jelas, sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah yang berasal dan berakar umbi di Sandakan sudah tidak diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan PKR Malaysia. Kecil hati Thamrin hanya dia dan Tuhan sahaja yang tahu.

Sahabat rapat SL yang berjuang dalam PKR sebagai 'tank-tank" secara diam-diam, tanpa mengumumkannya di media, telahpun awal-awal meninggalkan PKR. Katanya kerana "kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan PKR yang tidak menghargai SUARA AHLI DAN KEHENDAK BAHAGIAN". Puncanya kerana DSAI tetap berdegil mencalonkan Haji Ansari Abdullah di Parliment Batu Sapi.  Kenapa BUKAN Thamrin sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah dan anak jati Sandakan masa itu yang dicalonkan?.

Adakah "suara rakyat biasa" akan didengar oleh pucuk pimpinan PKR jika mereka sendiri mentah-mentah menolak suara ahli parti dan pemimpin mereka di peringkat Bahagian?

Dr. Jeffrey telah membuat keputusan, entah keputusan yang keberapa, mengubah haluan politik meninggalkan PKR diikuti oleh ramai "tank-tank" dalam PKR meninggalkan parti yang mendapat jolokan Parti Kencing Rakyat masa itu.

Pemimpin KDM telah meninggalkan PKR. Pemimpin suku kaum Bajau-Brunei seperti Awang Ahmad Sah  Datuk Haji Ag Sahari telah juga meninggalkan PKR.

Terkini Thamrin Haji Jaini, sebagai Pengerusi Perhubungan Sabah telah pula digantikan pemimpin baru,  Encik Pajudin Nordin, BUKAN Ketua Bahagian, tetapi didokong oleh kemp tertentu. Ramai pemerhati politik menyatakan bahawa Azmin Ali dan Tn. Haji Ansari Abdullah adalah antara individu di belakang tabir penstrukturan ini.

Kempimpinan Thamrin yang didokong oleh Datuk Kong Hong Ming sudah goyah dalam PKR. Apakah suku Kaum Cina yang diketuai Kong Hong Ming akan meninggalkan PKR...? Apakah Pajudin Nordin dapat menyekat mereka yang meninggalkan PKR kali ini? Apa jadi dengan Datuk Kalakau Untol yang kini kehilangan pemimpin KDM dalam PKR? Adakah Kalakau selesa dalam PKR atau semakin kepanasan?

Penstrukturan ini menampakkan lagi "Sistem Kuku Besi"  yang diamalkan pucuk kepimpinan PKR. Jika beberapa ketika yang lalu 30 Pemimpin suku kaum bumiputera KDM meninggalkan PKR dan dikuti beberapa pengikut suku kaum Brunei dan Bajau yang sehaluan dengan Ahmad Sah, apakah pandangan pucuk pimpinan PKR Pusat terhadap pemimpin dan rakyat Bumiputera Sabah? Thamrin dari Bumiputera suku Kaum Suluk dilucutkan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah. 

Apakah Baru Bian sebagai pemimpin bumiputera Sarawak tidak akan diperlaku seperti  pemimpin bumiputera Sabah oleh pucuk pemimpin PKR pusat?  PKR..Janganlah jadi Parti Kepimpinan Rakus-PKR.

RELATED
-Alamak! PKR Sabah Tukar Kepala Lagi..
-Perpecahan inilah Yang PKR Akan Bawa Ke Sarawak.

14 comments:

Anonymous said...

PKR Sabah amat mengecewakan.

lin said...

krisis kepimpinan yang berlaku dalam PKR Sabar hanya merugikan parti itu sendiri.

Ace said...

sedangkan suara ahli sendiri ditolak oleh pucuk pimpinan mereka inikan pula suara rakyat.. patutlah ramai yang keluar parti kerana hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan, dan patut juga la PKR sering berhadapan dengan pergolakan dalaman.

lin said...

jika masalah dalaman PKR Sabah berterusan walaupun sudah mempunyai ketua baru, pasti parti ini akan menjadi semakin lemah dan lebih ramai ahli yang akan keluar parti.

Ace said...

bagaimana agaknya mereka mahu merealisasikan janji 100 hari sedangkan parti sendiri tidak mampu diurus dengan baik...

mantra said...

jika begini sikap kepimpinan PKR, makin ramai yng akan keluar dari PKR selepas ini.

Unknown said...

Mungkin inilah kehidupan bagi PKR. Bermacam-maccam masalah yang timbul.

Anonymous said...

inilah janji autonomi utk Sabah dan sarawak yang anu_war janjikan dulu. hebat dan sungguh mantap...lawan tatap lawan biarpun kalah tungganglanggang.

demi said...

Saya rasa tiba masanya untuk mendapatkan khidmat orang baru.

Hamos said...

Tukar Kepala? tidak habis2 dengan kerenah mereka!

Anonymous said...

mohon link
http://wicararumi.blogspot.com

Anak Sabah said...

Tukar-tukar tapi masih tiada satu kepala yang betul-betul sesuai untuk Sabah. Ahli PKR sendiri pun enggan bekerjasama.

Mohd Ishak said...

Tak guna tukar-tukar kepala, semua pun sama saja.

Anonymous said...

Tukar lagi. Pajudin ini lagi best, tak sampai satu bulan sudah resign. Tidak tahulah bagaimana PKR boleh bertahan?