Translate

Saturday, February 5, 2011

Buku Jingga baru muncul..PKR Sabah pula "Hilang Kepala"

PKR Sabah "Hilang Kepala" ..Titanik PKR semakin Tenggelam.


PKR Sabah yang baru beberapa minggu "tukar kepala" kini "kehilangan kepala lagi". Khabar terbaharu PKR Sabah-Pajuddin Nordin yang dilantik pucuk pimpinan PKR sebagai pengerusi Perhubungan PKR Sabah kini meninggalkan PKR dan menyertai UMNO.

Semalam SL memerhati perbahasan Suara Rakyat mengenai Buku Jingga. Agak pelik kerana buku jingga cuba menasionalkan perkhidmatan yang telah diserahkan kepada pihak swasta, satu gerakan yang tidak biasa dilakukan di negara maju. Ianya cuma dipraktikkan di Negara komunis dimana segala-gala milik kerajaan. konon merakyatkan kekayaan negara. Cubaan untuk membeli hati rakyat dengan "subsidi" tidak lebih dari janji manis sama manisnya dengan janji 16 September.

Asas buku jingga ialah "Kuasa Politik" yang dikemarukkan Pakatan Rakyat. Samada "plagiat"  program kerajaan seperti kata YB Kamalanathan MP Ulu Selangor, PKR cuba mengisi "kehabisan isu" dengan Buku Jingga.

Jika Buku Jingga yang baru seketika dilancarkan benar dan memantapkan PKR, kenapa pengerusi  perhubungan PKR Sabah yang baru dilantik meninggalkan PKR? Jika DSAI benar dengan Buku Jingga ciptaanya, kenapa Ketua perhubungan PKR Sabah yang baru dilantik, Pajuddin Nordin, meninggalkan PKR  lalu menyertai UMNO dan mengatakan bahawa DSAI adalah pemimpin yang amat dan paling "inconsistance?.

RELATED
Ucapan Anwar bercanggah dengan aqidah Islam

21 comments:

mandau said...

PKR mmg byk masalah.

len said...

apa yang berlaku dalam PKR ini menunjukkan parti itu sudah semakin lemah di Sabah.

len said...

jika masalah dalam PKR berterusan, tidak hairan jika ada lagi pemimpin mereka yang akan keluar parti.

Anonymous said...

PKR Sabah semakin lemah sekarang. Tidak kira rakyat ataupun ahli PKR Sabah pun dah semakin hilang keyakinan terhadap mereka.

Anonymous said...

Lebih baik PKR jangan harap nak merampas Sabah.

Nicci said...

Itulah akibatnya jika selalu mencari kesalahan parti lain. Selalu sibuk dengan hal parti lain, tapi lupa untuk memperbaiki parti lain. Semua ahli sudah tidak terurus.

mike said...

kelangsungan politik PKR sabah makin pudar..PKR sudah tidak relevan untuk sabah.

mike said...

'buku jingga' hanya penuh dengan janji kosong dan tidak relaistik..kerap kali anwar akan berjanji manis tiap kali kemelut PKR terdedah..dan belum tertunai pun walau satu janji manis beliau.

mike said...

anwar harus akur bahawa PKR sudah hilang pengaruhnya di sabah sejak Jeffery meninggalkan parti tersebut..PKR harus angkat kaki dari sabah, sekurang-kurangnya ianya adalah tindakan yang betul untuk dilakukan.

mike said...

yang pasti, kini PKR sabah sudah hilang kepimpinan..tanpa pemimpin,mereka tidak akan dapat bergerak..apakah PKR sabah akan menjadi sejarah selepas PRU 13?

mike said...

apa pun, kita lihat sejauh mana PKR sabah dapat bertahan..

albet wong said...

Macam-macam sudah jadi dengan PKR Sabah. Sehinggakan Ketua PKR sendiri turun ke Sabah untuk menyelesaikan masalah mereka.

karulnaim said...

Mungkin buku jingga yang dibangga-banggakan oleh pemimpin PKr ini tidak bermakna langsung. Susah untuk diterima oleh penduduk Sabah. Sehinggakan politik PKR Sabah semakin bermasalah.

Ace said...

macam mana mahu percaya dengan kemampuan pembangkang dalam merealisasikan buku jingga sedangkan janji2 semasa PRU12 masih banyak yang belum ditunaikan. malah dalam buku jingga itu juga lebih banyak perbelanjaan berbanding dengan pembangunan ekonomi.

Ace said...

Anwar patut sedar semua masalah yang timbul dalam PKR adalah disebabkan oleh beliau. kalau parti sendiri tidak mampu diurus dengan baik, jangan berangan2 hendak mentadbir negara.

Ace said...

mungkin hanya jika Anwar, Azizah dan Azmin bersara atau keluar dari PKR barulah kepimpinan PKR kukuh semula.. terlalu malang untuk PKR, ketika parti lain sibuk membuat persiapan untuk menghadapi kedatangan PRU, PKR pula tidak henti2 berhadapan dengan masalah kepimpinan.

Anonymous said...

Macam mana dengan PKR ni?

Paquin said...

Terlalu obses dengan buku jingga pun susah juga. Tengok muncul saja, ada lagi yang keluar parti. huhu

Paquin said...

Entah apa mahu jadi dengan dunia politik sekarang ni. Ada2 saja yang timbul.

Paquin said...

Semoga perkara ni dinilai sebaik mungkin oleh rakyat.

Mohd Ishak said...

Susah nak mendapat kepercayaan rakyat kalau ini berterusan.