Translate

Sunday, March 27, 2011

Yang Rapuh dan Yang Reput Mengaku Teras.

Bila PKR ditinggalkan ahlinya, tambah berkerutlah dahi orang tua ini!
200 ahli PKR Bayan Baru keluar parti

2011/03/27 GEORGETOWN: Seramai 200 anggota Persatuan Sami-sami Hindu Pulau Pinang yang menganggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bayan Baru di sini, mengisytiharkan keluar parti hari ini.

Pengerusi Persatuan Sami-sami Hindu Pulau Pinang, S Dhinabalan, berkata keputusan meninggalkan perjuangan mereka bersama PKR dibuat kerana kecewa terhadap parti itu yang gagal membela nasib dan kebajikan kaum India di negeri ini.

"Mereka membuat keputusan keluar parti itu selepas hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung dakwaan video seks Anwar di Balai Polis Bayan Baru di sini.
Siapa lagi rakyat biasa yang mampu bertahan dengan parti yang sering bergelomang sengan krisis ini?. Rasanya PKR ini sudah sepatutnya mengenalpasti SIAPA YANG BAKAL MENGGANTI orang tua ini. Selagi orang tua ini mengepalai PKR, selagi itu PKR tidak akan mampu berada dil andasan perjuangannya. Orang tua ini terlalu "long footed". Belum apa-apa nak jadi PM. nak rampas Putrajaya. Kegagalannya mengawal hawa nafsunya nak jadi PM semasa dalam UMNO menyebabkan dia tergelincir.

Dalam PKR dan Pakatan Rakyat, kegagalannya mengawal nafsu nak jadi PM sekali lagi mengelincirkannya. kali ini lebih jauh dan semakin jauh dari Puteajaya. Rakyat semakin meninggalkan PKR.

Hanya mereka yang kemaruk nak bertanding dan mengintai peluang UNTUK BERTANDING PILIHANRAYA sahaja yang kini masih bertahan dalam PKR. Kalo di Sabah, siang-siang boleh diramal. Tak mampu untuk memenangi sebarang kerusi dan majoriti calonnya akan "hilang wang pertaruhan". Tak percaya tak apa..masa akan menentukannya. Kalopun ada, pastinya mereka yang mempunyai agenda peribadi yakni "UNTUK DAPAT BERTANDING @ MENJADI CALON DALAM PILIHANRAYA.

Di Penang tu kerajaan Pakatan Rakyat..kenapa agaknya 200 ahli PKR dari Kaum India  meninggalkan PKR itu. Jawabannya ringkas...klik di sini. Sukar mencari alasan untuk rakyat biasa menyertai PKR di negeri-negeri yang TIDAK diperintah PKR!

Di Sarawak, PKR sudaha berkrisis dengan DAP mengenai pembahagian kerusi untuk ditandingi. Kenapa berkrisis? Jawabnya kerana mereka yang menyertai PKR hanyalah bermatlamat untuk dapat bertanding pilihanraya.  Untuk membela nasib rakyat, jauh panggang dari api. Di Negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, kemakmuran rakyat terabai dan semakin kabur. Di sarawak, cerita mengenai PKR HANYA ALAT memecah belahkan kaum bumiputera semakin memuncak. Nak tahu cerita ini...datanglah ke Bumi Kenyalang. DAP Sarawak kata "PKR diberi betis nak paha. paling tepat dikatakan bahawa PKR di Sarawak "Rapuh dan reput tetapi mengaku TERAS kepada Pakatan Rakyat di Sarawak!

RELATED.
-PKR Tidak Boleh Menjadi Teras Kepada Pakatan Pembangkang:Daim
-NGO desak Anwar, Khalid letak jawatan
-Perebutan 71 kerusi DUN bukti Pakatan Rakyat gila kuasa 
-Razaleigh yakin BN kekal perintah Sarawak 

1 comment:

Anonymous said...

PKR ditubuhkan supaya dia dapat jadi PM kita...Waliyazubillahminzalik!!!!