Translate

Friday, March 25, 2011

Bab Politik Menguasai Kebenaran.

 Siapa yang tahu Perut DSAI tak buncit? Adakah mereka pernah membogelkan DSAI?
Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata beliau telah menyerahkan rakaman asal video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang, untuk siasatan polis di Bukit Aman hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas selesai disoal siasat, Rahim berkata beliau juga menyerahkan kepada polis seutas jam tangan, yang dikatakan diambil dari bilik hotel di mana adegan seks itu dirakam. di sini
Hukum logik untuk sementara waktu belum dapat diterima untuk menganalisa "pelaku" adegan xxx yang dikatakan membabitkan DSAI dalam video yang sedang hangat diperkatakan.

Ramai yang telah mengambil keputusan dengan tindakan "taking the law in their own hands" dan membuat keputusan "hero" itu ialah DSAI dan "hero itu bukan DSAI. Ada juga pihak yang mengatakan menyerupai DSAI. Masing-masing telah membuat andaian lalu terus memaki-hamun dan menyumpah agar sipolan dan sipolan "ke nerhaka jahanam" dab berbagai lagi caci maki yang tidak sepatutnya, walaupun sesungguhnya mereka tiada menonton klip video itu.. 

"Hukum politik" sudah dijadikan "hukum agama" dengan andaian masing-masing. Kata seorang sahabat "Keputusan di tangan Allah SWT..jangan sesekali diambil alih oleh manusia. Samada ke Syurga atau ke nerhaka tiada kuasa bagi manusia menentukannya. Kenapa bila sampai ke bab politik, ramai yang merampas kuasa Allah ini?"

Kita masih teringat Video Linggam yang sering disebut DSAI 'Correct..correct'. Belumpun pengesahan ketulinan video itu disahkan, video itu telahpun tersebar di alam cyber, Bagaimana kalo Video Panas XXX yang hangat diperkatakan ini juga tersebar di alam cyber?

Kini video panas itu telah berada ditangan pihak berkuasa/berwajib untuk membuat penyiasatan. DSAIpun sudah membuat laporan polis. Lalu bab politik DSAI menguasai agenda dan road show Pakatan Rakyat. Now persoalannya, bagaimana kalo yang satu pihak lagi melakukan road show dan menayangkan video itu di publik? Fair?

Apakah "road show" video panas ini sekadar untuk "political survival" atau kunci untuk mencari kebenaran?.

Kebenaran itu sedang disiasat dan bakal ditemui. Hormatilah ia atau kita perlu tinggal dihutan dengan undang-undang rimba. Atau jika undang-undang negera ini sudah tidak dihormati lagi...dunia ini luas untuk  dijadikan tempat tempat berhijrah!

RELATED
-Rahim insists Wan Azizah wanted to see sex video

2 comments:

Senjaliza said...

"Kita sendiri hendak tahu apa yang telah berlaku dan banyak isu lagi, justeru hentikan semua spekulasi dan beri peluang kepada pasukan polis untuk jalankan siasatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Peringatan Hari Polis ke-204 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini.
-Kata Ketua Polis Negara..

Anonymous said...

basics replica bags china check out here have a peek here get more Dolabuy Hermes