Translate

Sunday, June 26, 2011

Isu Moral dan Isu DSAI Letak Jawatan.

 Didesak letak jawatan, Letak Jawatan atau membawa rebah!
Pas dicabar desak Anwar letak jawatan
Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN
zaid.adnan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 25 Jun - Pemimpin Pas dicabar mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melepaskan jawatan Ketua Pembangkang selepas rakaman video seks yang menyerupai pemimpin pembangkang itu disahkan tulen oleh pakar. Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, Pas perlu lebih tegas dengan menolak Anwar dan memilih wakil yang lebih bermoral serta tidak mengambil pendekatan berdiam diri.

Katanya, Pas sebelum ini menolak 'bertuankan' pemimpin yang tidak bermoral namun parti itu tidak mengambil tindakan serupa terhadap Anwar.

''Di mana pemimpin Pas yang dipanggil ulama dan apakah pendirian mereka mengenai isu moral Anwar ini? klik di sini

Jika dinilai dari segi PRINSIP politik, DAP sudah lama mengkhendaki DSAI untuk meninggalkan politik dan seterusnya bertaubat. DSAI memang benar telah banyak membawa kemusnahan dan kerosakan dalam negara terutama ke atas perpaduan kaum dan politik negara. Karpal Singh sudah lama menyuarakan keperluan untuk DSAI meletak jawatan politik.

Bagaimanapun, apabila meneliti bahawa DAP tidak akan mengalami kerugian  dengan mendesak DSAI berhenti dari politik, PENYINGKIRAN DSAI DITANGGUHKAN. Seterusnya, isu mendesak DSAI meletak jawatan kerana PRINSIP tidak perlu ditimbulkan buat sementara waktu. Dengan kata lain DAP masih menikmati keuntungan dengan keberadaan DSAI dalam arena politik pembangkang. Sekaligus, bermakna DAP sudah tidak mementingkan PRINSIP dalam konteks DSAI dan maruahnya berkait SODOMI II dan VIDEO SEX. Dalam soal ini DAP lebih utamakan "untung" dari prinsip. Bagi DAP PRINSIP TAK PENTING!

Bagi PAS yang sekian lama memperjuangkan Negara Islam, yang tiba-tiba meninggalkan PRINSIP perjuangan asal itu masih menjadi tanda tanya. Apakah dalam soal DSAI yang sudah tidak lagi bermaruah masih menjadi pemimpun yang disanjung sanjung PAS a.k.a. 'idola PAS"?

Soalnya jika DSAI yang tidak lagi bermaruah menjadi pilihan PAS, apakah PAS juga sudah membuka pintunya untuk menerima pimpinan yang tidak bermaruah setelah meninggalkan PRINSIP negara Islam....? Apakah halal haram juga tidak lagi diperdulikan PAS asalkan PAS "untung politik"?

BTW..ESKAY kata pelakon dalam video panas itu bukannya mirip Anwar tetapi "memang Anwar"... 

RELATED

4 comments:

Anonymous said...

JOM KITA SATU MALAYSIA DESAK ANWAR LETAK JAWATAN ATAS MASALAH KES MORALNYA..AYUH SEMUA RAKYAT MALAYSIA BANGUN DAN GERAK SUPAYA DIA SERAHKAN DNA DAN LETAK JAWATAN,. NEGARA ISLAM DIMALUKAN SEDEMIKIAN RUPA. DIHINA MALAYSIA GARA-GARA ADE PEMIMPIN YANG JIJIK DAN KEJI DARI SEGI MORALNYA....HABIS ISLAM DIHINA GARA-GARA PAS.

AnaQarbana said...

DSAI hebat....
Jentera Perang sarafnya hebat...
Jentera gerak sarafnya hebat...
Pecacainya hebat...
Isu moral dan kes rayuannya hilang di bawa bayu entah kemana...suksesss...
Tumpuan sekarang kepada "bersih"....PDRM terpaksa fokus kepada "Bersih".....Hebat...seluruh warga Negara Malaysia memokuskan "Bersih"..."BERSIH" boleh dijadikan slogan Nasional menggantikan "1Malaysia"...untuk lbebeh hebat lagi..."BERSIH BOLEH"
Kerajaan BN dan UMNO juga hebat...1Amaran 1Malaysia...

Wake UP! said...

Salam. Pengkhianat negara yang tidak bermaruah dan tidak punya harga diri takkan letak jawatan walaupun video liwatnya pun dipertontonkan kepada umum.

Christina Illustrates said...

Thannks for sharing