Translate

Saturday, June 11, 2011

Negara Kebajikan

Tindakan meroboh Gerai Melayu Di Kedah: INILAH AKTIVITI NEGARA KEBAJIKAN!
Demo Orang Asli menentang rampasan tanah mereka melalui program Ladang Rakyat.
"Hanya RM1 juta hingga RM3 juta sahaja setahun yang dibelanjakan oleh parti itu bagi kebajikan rakyat," kata Timbalan Menteri Kewangan itu kepada pemberita selepas merasmikan Jelujur Pangkalan Cina di sini Jumaat.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu akan menjadikan Malaysia sebagai negara berkebajikan jika diberi peluang memerintah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

Dr Awang Adek berkata berasaskan perkembangan itu cadangan untuk membina sebuah negara berkebajikan hanya satu slogan untuk mengelirukan rakyat apabila gagal dengan slogan membina sebuah negara Islam disebabkan tekanan DAP.
Jika model kerajaan seperti gambar ini yang nak dijadikan gagasan negara, malang sungguh bagi rakyat Malaysia. Gagasan itu pasti bertentangan dengan Wawasan 2020!

Dari sudut politik, Negara Kebajikan menggantikan Negara Islam, pasti melegakan DAP. Sekaligus akan menguatkan gengaman dan cengkaman ke atas PAS dan penguasaan DAP terhadap Pakatan Rakyat. Sudah pasti DAP akan menjadi tunjang dan tulang belakang Pakatan Rakyat. PAS nak menggantikan UMNO, tunjang dan tulang belakang BN, hanyalah momokan dan angan politik yang lesu dan kosong.

Nampaknya strategi DAP "mensilentkan" isu Negara Islam dalam semua resolusi Pakatan Rakyat dan Konvensyen Pakatan Rakyat kini sudah berjaya mencapai matlamatnya. BILAKAH SLOGAN "UNDI DAP SAMA DENGAN UNDI PAS" dimulakan DAP?. Keinginan dan hasrat PAS mengislamkan DAP amat mustahil dicapai...."Over my dead body".... Samalah dengan tuduhan PAS dahulu bahawa "ANWAR IBRAHIM GAGAL MENGISLAMKAN UMNO".

BTW bolehkah OMEGA  mengislamkan UMNO?. Dalam memperjuangkan dan memajukan Islam dan umat, UMNO sudah jauh meninggalkan PAS......lihatlah apa yang berlaku di sekeliling kita kini. Tetapi dalam isu menggunakan Islam sebagi "kenderaan" memajukan politik..PAS lebih terlalu jauh meninggalkan UMNO.

Secara keseluruhan menggantikan Negara Islam dengan Negara Kebajikan satu gagasan memperkecilkan scope Islam kebada scope kecil iaiyu kebajikan. Islam bukan sekadar kebajikan tetapi segala-gala -"Way of Life". Manakala nawaitu perjuangan, dengan menukar gagasan ini, goyah dan diancam roboh seperti mereka merobohkan hasrat dan kepentingan rakyat...

-PJ Hilton

RELATED
Teruknya si nuwar 

2 comments:

anak X PKR.. said...

Inilah Ideologi PAS yang terbaharu dan terkini. Ideologi ini terjadi sejak PAS berpoligami dengan DAP dan Nuar Omega...FREEDOM OF RELIGION dan FREEDOM OF CHOICE katakan!

Diurang nak jadi FREE THINKER ape lu kisah...TAKEBEER!

"Mereka menuduh Umno tidak betul tetapi baru-baru ini mengubah dan menyatakan perjuangan itu tidak ada dalam al-Quran dan yang ada ialah negara berkebajikan,"

ANAK BUKIT HIJAU said...

Salam.

Negara Islam tidak akan diperjuangkan PAS, kerana tidak tercatat di dalam Al-Quran.

PAS pun lebih-lebih lagi tidak langsung disebut di dalam Kitab Suci itu mau pun dalam Hadis Nabi.

Eloklah juga PAS ditinggalkan.