Translate

Sunday, June 3, 2012

NA'UJUBILLAH.....ZAHID


 Pengurus Zi Publication Erza Zahid (Anak kepada Zahid Ibrahim, mantan Presiden Parti KITA ingin menyaman JAKIM dan Kementerian dalam Negeri.
Buku yang diharamkan di Malaysia ini sudah lama diharamkan di kebanyakan Negara-Negara Islam. Kenapa Penerbit tega membawanya ke Malaysia?
  1. Buku Allah, Kebebasan & Cinta, setelah dikaji oleh pihak berwajib dalam Negara, telahpun diharamkan. Bagaimanapun, penerbit buku ini dalam edisi Bahasa Malaysia, Zi Publication, Erza Zahid, menegaskan bahawa terdapat kecenderungan bahawa buku ini mempunyai ramai peminat untuk membacanya. Mengikut beliau, "We have seen a significant segment of Malaysians who have shown their support for this book, as well as the issue of protecting the right to free speech and expression. We should be mindful that the restriction on freedom of expression must be the least restrictive means possible to protect a legitimate interest, and must be carefully tailored to effectively protect that interest". 
  2. Irshad Manji sendiri telah diarahkan oleh pihak berkuasa dan imigresen untuk meninggalkan negeri ini sedikit masa lalu semasa cuna mempromosi buku ini di Nega ini kerana percubaannya dianggap menjadi ancaman kepada keharmonian dan aqidah umat Islam dan Islam sebagai agama resmi Malaysia. Pelbagai NGO dan parti politik termasuk PAS mengutuk kegiatan Manji dan mendesak buku ini diharamkan. 
  3. kata Manji "The Malaysian government's ban of Allah, Liberty and Love is not just a disappointment; it is an insult to a new generation of Malaysians. Censorship treats citizens like children. Censorship denies human beings their free will to think for themselves"
  4. Bagi majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam, buku ini adalah insult to Islam. Tetapi bagi Manji nyata bawa dia lebih mengutamakan GENERASI BARU untuk disesatkan aqidah mereka.
  5. Sebahagian buku Allah, Kebebasan dan Cinta ini telahpun dirampas di sebuah kedai buku di Pasaraya yang popular di tanahair...
  6. Persoalannya ialah ADAKAH KELULUSAN PENERBITAN DIKELUARKAN KEPADA PENERBIT...? ADAKAH TAPISAN DILAKUKAN SEBELUM KEBENARAN MENERBIT DILULUSKAN ATAU DIBERIKAN?
  7. Penerbit, sebagai seorang yang beragama Islam, sudah tentu peka terhadap perasaan dan norm orang Islam di Malaysia. Dari awal "komunikasinya" dengan Manji melalui tweeter, dia menyedari bahawa buku ini SEMEMANGNYA KONTROVERSAL. KENAPA penerbit masih "menggagahi" untuk menerbitkannya? TIDAKKAH DIA TAKUT DENGAN AZAB DARI ALLAH SWT? MANAKAH yang lebih utama kepada penerbit, KEUNTUNGAN DAN FREEDOM OF EXPRESSION  atau PERINTAH ALLAH SWT?
  8. Apakah ZAHID IBRAHIM juga senada dengannya kerana "DIAPUN ORANG ISLAM JUGA" seperti karyanya 'SAYAPUN ORANG MELAYU JUGA" ?
  9. Adakah EZRA ZAHID contoh BELIA yang diidamkan DAN  hendak dilahirkan oleh sesetengah political activist (Pembangkang) di negara ini?
NA'UJUBILLAH...




2 comments:

Anonymous said...

"bunga-bunga" penyesatan akidah yg amat berbahaya dan halus sekali..sungguh betapa bahaya sekali cubaan untuk menanam idea/fikiran/galakkan generasi muda melayu islam supaya merasa bebas dan berasa lega untuk berdosa dgn melanggar larangan Allah SWT atas manupulasi sifat Allah SWT Maha Pengasih Maha Penyayang itu sendiri..Allah Maha Mengetahui Maha Bijaksana ternyatalah ini semua gerak halus musuh islam yg nyata dan tak nyata..contoh akhir zaman pabila org islam sendiri yg menjadi ejennya atas nama kemodenan dan kebebasan manusia tanpa perlukan undang2 dan peraturan Tuhan Yg Maha Esa..insaflah dikau dan bertaubatlah dikau pada Allah SWT wahai melayu zaid ibrahim anak beranak dan kasihan sungguh melihat keluarga engkau kerna dididik sebegini rupa berimankan duniawi penuh tipu daya..semoga rahmat Allah SWT sampai pada mu dan keluargamu kerna perbuatan kau anak beranak sungguh muka tak malu manusia yg tiada maruah harga diri berperangai syaitan cuba menghasut mengalakkan manusia lain berbuat dosa..engkau sebagai manusia yg lemah jika nak berdosakan diri/berimankan nafsu duniawi/rosak akidah/ dan sebagainya cukuplah kau seorang tak perlu menghasut manusia yg lain ikut jejak langkah kau..(akhir zaman islam semakin asing dan beruntunglah orang2 yg asing itu-maksud hadis Baginda Saw)
-Bangkit Iman-

Wahidah BME said...

Na'uzubillah