Translate

Monday, February 7, 2011

DAP ditinggalkan 10 Pemimpin DAP. Sebelum itu PKR "Hilang Kepala"

James Leong Yun Fui, Pengerusi Biro Aduan Awam dan Pulisiti DAP selaku pembantu Khas ADUN (DAP) Sri Tanjung meninggalkan DAP dan menyertai Gerakan. Kelihatan James Leong sedang bersalaman dengan DS Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Barisan Nasional Sabah.


Beberapa hari selepas Parti KeADILan Rakyat Sabah "hilang kepala", satu lagi tamparan baru menimpa pembangkang, Pakatan Rakyat. Kali ini 10 pemimpin DAP di Tawau, Sabah bertindak meninggalkan @ keluar DAP dan menyertai GERAKAN, satu komponen Barisan Nasional.

10 orang pemimpin kanan DAP yang diketuai oleh James Leong Yun Fui, Pengerusi Biro Aduan  Awam dan Publisiti DAP meninggalkan DAP dan bertindak menyertai Gerakan. James Leong juga merupakan pembantu khas kepada ADUN Sri Tanjung, Tawau, Jimmy Wong (DAP), satu-satunya kerusi ADUN DAP di Sabah.

"Kelmarin kita menerima Ketua PKR Sabah dan kini kita menerima pemimpin kanan DAP...Ini adalah menunjukkan bahawa parti pembangkang di Sabah sudah tidak relevant kerana BN adalah (satu komponen) untuk mereka"..-Kata Musa Haji Aman.

Pakatan Rakyat di Sabah sebenarnya sudah kehilangan arah. Rakyat Sabah sudah melihat bahawa Anwar bin Ibrahim yang mengepalai Pembangkang sudah benar-benar "inconsistent" dan hanya sesuai diperalat dan dapat diperalat dan dimanipulasi oleh "kumpulan lain" yang mengenepikan "Kepentingan Nasional".

Pakatan Rakyat kini bolehlah bertanya diri mereka sendiri..."Ada Apa Dengan Buku Jingga?" Benarkah buku Jingga hanyalah janji manis/idea desperado/ atau idea copy-paste dari gagasan terbaharu BN?.

RELATED:
-PERJUANGAN PEMBANGKANG SIA-SIA
-Naib Ketua PKR Keningau, 200 Ahli Sertai UMNO 
-Former PKR leaders, members welcome to join PBS – Henrynus  

Saturday, February 5, 2011

Buku Jingga baru muncul..PKR Sabah pula "Hilang Kepala"

PKR Sabah "Hilang Kepala" ..Titanik PKR semakin Tenggelam.


PKR Sabah yang baru beberapa minggu "tukar kepala" kini "kehilangan kepala lagi". Khabar terbaharu PKR Sabah-Pajuddin Nordin yang dilantik pucuk pimpinan PKR sebagai pengerusi Perhubungan PKR Sabah kini meninggalkan PKR dan menyertai UMNO.

Semalam SL memerhati perbahasan Suara Rakyat mengenai Buku Jingga. Agak pelik kerana buku jingga cuba menasionalkan perkhidmatan yang telah diserahkan kepada pihak swasta, satu gerakan yang tidak biasa dilakukan di negara maju. Ianya cuma dipraktikkan di Negara komunis dimana segala-gala milik kerajaan. konon merakyatkan kekayaan negara. Cubaan untuk membeli hati rakyat dengan "subsidi" tidak lebih dari janji manis sama manisnya dengan janji 16 September.

Asas buku jingga ialah "Kuasa Politik" yang dikemarukkan Pakatan Rakyat. Samada "plagiat"  program kerajaan seperti kata YB Kamalanathan MP Ulu Selangor, PKR cuba mengisi "kehabisan isu" dengan Buku Jingga.

Jika Buku Jingga yang baru seketika dilancarkan benar dan memantapkan PKR, kenapa pengerusi  perhubungan PKR Sabah yang baru dilantik meninggalkan PKR? Jika DSAI benar dengan Buku Jingga ciptaanya, kenapa Ketua perhubungan PKR Sabah yang baru dilantik, Pajuddin Nordin, meninggalkan PKR  lalu menyertai UMNO dan mengatakan bahawa DSAI adalah pemimpin yang amat dan paling "inconsistance?.

RELATED
Ucapan Anwar bercanggah dengan aqidah Islam

Monday, January 31, 2011

PUNCA KEKALAHAN DI TENANG

 Inilah punca utama kekalahan di Tenang. Negara ini tak "tenang" dibuatnya.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang: Mohd Azahar Ibrahim, 39, yang memperoleh 6,699 undi menewaskan calon PAS Normala Sudirman, 38, yang hanya memperoleh 2,992 undi.

Kenapa PAS meletakkan keutamaan kepada pemimpin ini (gambar di atas) yang mencantumkan PAS dengan DAP untuk kepentingan peribadinya? Apa tafsiran PAS terhadap percantuman itu mengikut erti kata yang sebenarnya dengan jawaban dari sanubari yang tulus BUKAN kerana nawaitu politik yang BOCOR!?

Siapa "PENCEMAR IDELOGI PAS" yang nyata?

RELATED:
-PAS SHUT DSAI di Tenang (lebih kurang)

Tuesday, January 25, 2011

PELANCONGAN DI SABAH BANYAK BERGANTUNG KEPADA IBU NEGARA..


"Perjalanan udara pula terhad kepada pelancong yang terbang ke ibu negara, untuk ke Malaysia Timur," katanya pada majlis sambutan operasi pesawat Boeing B737-800 Firefly Sdn Bhd, Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KKIA) di sini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Masidi Manjun. ....Sepenuhnya di sini..

Sunday, January 23, 2011

What is The Opposition Good At?

Datk Shafie Afdal.

"The Opposition is only good at planting (political flags) but we (BN) have succeeded in planting rubber, oil palm trees and building houses and all sorts of infrastructure in developing this country," he said at an Orang Asli community gathering at Kampung Ulu Juaseh here Saturday....selanjutnya di sisni

Thursday, January 13, 2011

PKR Sabah Tukar Kepala lagi...

Thamrin Haji Jaini dan Dr. Jeffry Kitingan: Selepas PRK Batu Sapi, Dr. Jeffrey pula yang meninggalkan PKR. Kenapa BUKAN Thamrin sebagai anak jati Sandakan dan Pengerusi Perhubungan PKR, Sabah?

Bila Thamrin Tidak di Calonkan di PRK Parlimen Batu Sapi Sandakan, nyata dengan jelas, sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah yang berasal dan berakar umbi di Sandakan sudah tidak diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan PKR Malaysia. Kecil hati Thamrin hanya dia dan Tuhan sahaja yang tahu.

Sahabat rapat SL yang berjuang dalam PKR sebagai 'tank-tank" secara diam-diam, tanpa mengumumkannya di media, telahpun awal-awal meninggalkan PKR. Katanya kerana "kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan PKR yang tidak menghargai SUARA AHLI DAN KEHENDAK BAHAGIAN". Puncanya kerana DSAI tetap berdegil mencalonkan Haji Ansari Abdullah di Parliment Batu Sapi.  Kenapa BUKAN Thamrin sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah dan anak jati Sandakan masa itu yang dicalonkan?.

Adakah "suara rakyat biasa" akan didengar oleh pucuk pimpinan PKR jika mereka sendiri mentah-mentah menolak suara ahli parti dan pemimpin mereka di peringkat Bahagian?

Dr. Jeffrey telah membuat keputusan, entah keputusan yang keberapa, mengubah haluan politik meninggalkan PKR diikuti oleh ramai "tank-tank" dalam PKR meninggalkan parti yang mendapat jolokan Parti Kencing Rakyat masa itu.

Pemimpin KDM telah meninggalkan PKR. Pemimpin suku kaum Bajau-Brunei seperti Awang Ahmad Sah  Datuk Haji Ag Sahari telah juga meninggalkan PKR.

Terkini Thamrin Haji Jaini, sebagai Pengerusi Perhubungan Sabah telah pula digantikan pemimpin baru,  Encik Pajudin Nordin, BUKAN Ketua Bahagian, tetapi didokong oleh kemp tertentu. Ramai pemerhati politik menyatakan bahawa Azmin Ali dan Tn. Haji Ansari Abdullah adalah antara individu di belakang tabir penstrukturan ini.

Kempimpinan Thamrin yang didokong oleh Datuk Kong Hong Ming sudah goyah dalam PKR. Apakah suku Kaum Cina yang diketuai Kong Hong Ming akan meninggalkan PKR...? Apakah Pajudin Nordin dapat menyekat mereka yang meninggalkan PKR kali ini? Apa jadi dengan Datuk Kalakau Untol yang kini kehilangan pemimpin KDM dalam PKR? Adakah Kalakau selesa dalam PKR atau semakin kepanasan?

Penstrukturan ini menampakkan lagi "Sistem Kuku Besi"  yang diamalkan pucuk kepimpinan PKR. Jika beberapa ketika yang lalu 30 Pemimpin suku kaum bumiputera KDM meninggalkan PKR dan dikuti beberapa pengikut suku kaum Brunei dan Bajau yang sehaluan dengan Ahmad Sah, apakah pandangan pucuk pimpinan PKR Pusat terhadap pemimpin dan rakyat Bumiputera Sabah? Thamrin dari Bumiputera suku Kaum Suluk dilucutkan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah. 

Apakah Baru Bian sebagai pemimpin bumiputera Sarawak tidak akan diperlaku seperti  pemimpin bumiputera Sabah oleh pucuk pemimpin PKR pusat?  PKR..Janganlah jadi Parti Kepimpinan Rakus-PKR.

RELATED
-Alamak! PKR Sabah Tukar Kepala Lagi..
-Perpecahan inilah Yang PKR Akan Bawa Ke Sarawak.

Thursday, January 6, 2011

Goodbye PKR: 30 Pemimpin KDM-Kadazan Dusun Murut Tinggalkan PKR

PKR yang bernafsu menguasai Sabah sebaiknya kini sudah tahu tinggi rendahnya langit. DSAI dan Kak Wan kini perlu belajar politik Sabah. Bila Jambatan Terbakar..janganlah cuba merentasi jambatan itu....Goodbye PKR dari 30 pemimpin KDM Sabah.

Saturday, January 1, 2011

Jangan Lagi berperangai seperti Binatang pada tahun baru ini..Insaflah.

Tinggalkan segala perangai buruk yang seperti kebinatangan mulai pada tahun ini. Rakyat semakin bijaksana dan semakin mendambakan pembangunan dan kemajuan progresif. Jika kita kehilangan sebuah keamanan terlalu sukar untuk mengembalikannya kendatipun  bermandi darah.

Salam 1MALAYSIA dan Selamat Tahun Baru, 2011, Selamat Maju Jaya.