Translate

Thursday, March 24, 2011

JAM OMEGA-Isteri mana yang tak boleh cam jam Suami?

Isteri anda takkan tak cam jam anda. Ada Resit tak untuk rujuk No siri jam itu?

Melampau juga amoi tu. Duit sewa perkhidmatan tentu sekali luar biasa. Maklumlah service tentunya "extra". Luar-dalam, atas-bawah, depan-belakang, duduk-berdiri, mesti deliver "first class service" Tetamunya bukan orang sembarangan. Orang first class. Teringat cerpen Aziz Jahpin "Tamunya Seorang Menteri".

Melampau kerana dapat habuan yang banyak. Lelaki hebat. Cuma konon perutnya kelihatan buncit. Tentunya tidak kelihatan buncit dikhalayak ramai kerana ditutupi pakaian yang berjenama mahal. Tailor made barangkali.

Amoi, janganlah pula melampau. Tidak cukupkah dengan bayaran yang istimewa dari perkhidmatan itu. janganlah sampai cuba mencuri JAM OMEGA itu.

Suatu hari nanti pasti isteri tersayang akan mengcam atau mengenali JAM OMEGA milik suaminya. Amoi tak malu kee nanti dikatakan "mencuri" JAM OMEGA milik suaminya.? Opps. Amoi memang tak fahamkah erti malu atau Amoi memang punya perinsip juga bahawa "TETAMU" Amoi memang lebih amoi kenali sebagai tak tahu malu, tidak bermaruah, suka makan luar, main tikam depan-belakang dan sewaktu dengannya. sebab amoi lebih faham setelah bergelumang dalam lumpur dosa dengannya......

Tapi amoi tak faham barangkali, JAM OMEGA itu jam mahal, berjenama dan terperinci produknya. Pastinya ada NOMBOR SIRI...ha ha ha. Amoi terperangkap di sini. Tapi amoi tak perlu risau. Itu memang KERJAYA amoi sedangkan itu hanya KERJA TETAMU amoi. Kerjaya dan kerja memang tak sama. Kerjanya "Curi Makan" kerjaya amoi "cari makan". "Curi makan" dan "cari makan" memang tak sama.

Amoi memang melampau kerana melakukan percubaan mencuri JAM OMEGA milik suami orang yang digelarnya "pilihan". Tapi TETAMU amoi LEBIH MELAMPAU. Lebih melampau kerana tak mengaku PERUTNYA yang kelihatan buncit ketika seutas benang tidak menutupi tubuhnya.

Akan muncul kah amoi membawa 'HARTA" untuk diuji DNAnya nanti? atau amoi juga marahkan tetamu amoi kerana Tetamu amoi itu "main kasar".... Atau Amoi sudah bijak kini kerana menyedari harga amoi telah melambung naik dengan tiba-tiba....Bukan kerana Tsunami di Fukushima, Jepun..Tetapi kerana ada yang ingin tahu KEBENARAN dari PEMBOHONGAN serta KEMUNGKARAN.

SL tak sabar melihat kehebatan amoi dan tetamu amoi...

RELATED:
Wan Azizah Tiada Hasrat Tonton Video.
-EKSLUSIF Video Porno Anwar Ibrahim - Gomo Sudah Menyaksikannya 

Wednesday, March 23, 2011

MORAL WATAK YANG "BUNCIT PERUT" ITU YANG UTAMA.

IKAN BESAR DAH MAKAN PANCING!. BERSEDIALAH UNTUK DILAPAH.
"Pembohong punya manusia.. Bala dah turun"

Kalo tak buka baju memang sukar dilihat samada buncit perut sedikit atau tidak.  Bagaimanapun, soal buncit  perut atau tidak bukan persoalan pokok. Soalnya ialah MORAL PELAKU AGEDAN DALAM VIDEO XXX itu.

Ok Dato T sudah dikenalpasti. Kita boleh tanya Dato T: sejak bila si Buncit Perut itu buat kerja jahanam ini? "Nyanyat" kerana ramai yang percaya dia "umat pilihan" (yang palsu) yang tak sentuh bukan mukhrimnya.

Dalam hal ini siapa pasang wayar dan CCTV itu isu lain. Siapa yang KERJANYA TIDAK BERMORAL DAN "berenang di Laut CINA Selatan" itu bermoral terlalu buruk dan keji. Nak ajak pula orang ramai untuk menipu, membohong dan yang sewaktu dengannya.

Sudah lama diarah BERTAUBAT tak juga TAUBAT TAUBAT...na'ujubillah!. Dah tu peralat dan perguna tok tok guru pula.......benar benar na'ujubillah.

TWEETER BREAK...Gimana ya Pak? Main brek ya!


Emegresen kena tahan passport sibuncit perut ini agar tak lari dari keadilan sebenar...BUKAN KeADILan yang palsu yang mempertahankan ketulinan "manusia pilihan yang palsu"...

Tuesday, March 22, 2011

DSAI Buat Polis Report. KenapaTak Heret Dato T ke Mahkamah?.

Tak Sebuncit perut Pelakon....Dah sukat kee?

DSAI telahpun membuat laporan polis mengenai video sex yang mengaitkan dirinya. Malangnya ramai  pula yang dikatakan dan dituduh DSAI terlibat dalam pembikinan filem tersebut untuk cemar dirinya. Dato T adalah individu yang memain peranan utama mewar-warkan video XXX ini sehingga dibawa ke pengetahuan media supaya ianya MELETOP!. Kenapa tak summon Dato T? Takut ape?

Kenapa setakat ini DSAI ataupun pengikutnya belum menyaman Dato T? Dari pernyataan Dato T, dia seakan orang kepercayaan DSAI yang diarahnya mencari "Jam". yang konon terlupa  dan tertinggal semasa melakukan "agedan" tetapi lain pula yang ditemui. Terrrrrjumpa pula video lucah. Apakah Dato T berpaling tadah? atau diarah membuat-buat perkara bagi modal pilihanraya yang semakin kehabisan @ kering?

Kenapa DSAI tak heret Dato T ke Mahkamah?.. Nak tau juga apa rupa bentuk laporan DSAI ini!

Sehingga kini, kita pun tertanya-tanya; Kenapa DSAI masih tidak berani mengheret Nallakarupan dan Umi Hafildah ke mahkamah!

Tuesday, February 22, 2011

Sedarkan Dia Tentang Tinggi Rendahnya Langit: Jika Nasarudin Hassan Tantawi Tanding Di Kerdau.

Belajar Mengetahui Tinggi Rendahnya Langit..Calonkan anak muda ini di Kerdau!
"Prior to this, Pahang PAS had identified seven potential candidates for the Kerdau seat which included PAS Youth chief Nasruddin Hasan Tantawi and State Pas information chief, Hassanudin Salim."more...

Bila saja ada piliharaya kecil, Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan Tantawi (NHT) ini  muncul bagaikan "tidak ada lelaki lain" baginya. Dia merasakan dirinya bagai "hero" seperi Iskandar Zulkarnaen, si penakluk.

Dari 7 calon yang disenaraikan PAS sebagai bakal calon bertanding di DUN Kedau, Pahang, SL nak melihat ketokohan dan pengaruh NHT ini. Barangkali kita dapat menyedarkan NHT akan tinggi rendahnya langit dalam dunia politik.

PAS-Calonkanlah NHT. Kita nak lihat atau NHT nak lihat sendiri tinggi rendanya langit

Monday, February 7, 2011

BN Merlimau bakal MTD-Menang Tanpa Tanding?

Daripada Kalah Teruk Lebih Baik Tak Tanding di Merlimau. Pepatah Inggeris "Its unwise to fight a losing battle"

Pilihanraya Kecil DUN Merlimau bakal berlangsung. Cakap-cakap yang kedengaran dan berita yang tersebar luas, Barisan Nasional kemungkinan akan tidak menghadapi tentangan dari pembangkang. Ini menunjukkan BN ada tanda-tanda akan mendapat MTD, Menang Tanpa Bertanding.

Pembangkang sudah mengiktiraf bahawa Merlimau adalah KUBU KUAT BN. Atas alasan itu, sebelum mereka dihumiliasi lebih baik undur diri. Agaknya Pembangkang khasnya PAS yang diuar-uarkan akan menghadapi BN di Merlimau telah belajar dari peristiwa MUBARAK di Mesir.....

Atau Pembangkang telah melihat "keberantakan sesama mereka" dalam Pakatan Rakyat akan lebih terserlah jika mereka akan kalah teruk lagi di Merlimau !!!. Sesama mereka akan menyalahkan rakan mereka sendiri. Paling dasyat bila PAS kata kekalahan teruk di PRK Tenang adalah disebabkan oleh ANWAR!

Seperkara lagi yang perlu diawasi dengan Pembangkang khasnya PKR (Parti Kian Reput) ialah "penghinaan" pemimpin mereka terhadap mantan pemimpin yang mereka puja-puja sebelum ini. Lihatlah apa yang terjadi dengan Zaid Ibrahim, Thamrin Haji Zaini, Dr. Jeffry Kitingan, Pajudin Nordin. RPK....Anda pasti tidak lupa dengan YB Zulkifli Nordin yang begitu rapat dengan Keluarga Anwar...ramai lagi yang tak perlu disebutkan di sini....

Yang masih kita perlu tunggu ialah bentuk penghinaan pemimpin PKR kepada pemimpin lain seperti Elizabeth Wong, Tian Chua, Christina Liew dsb  jika mereka meninggalkan PKR nanti......! Gobala tak payah cakappp ler..

OK..Merlimau....BN menang Tanpa Tanding-(True/false)

DAP ditinggalkan 10 Pemimpin DAP. Sebelum itu PKR "Hilang Kepala"

James Leong Yun Fui, Pengerusi Biro Aduan Awam dan Pulisiti DAP selaku pembantu Khas ADUN (DAP) Sri Tanjung meninggalkan DAP dan menyertai Gerakan. Kelihatan James Leong sedang bersalaman dengan DS Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Barisan Nasional Sabah.


Beberapa hari selepas Parti KeADILan Rakyat Sabah "hilang kepala", satu lagi tamparan baru menimpa pembangkang, Pakatan Rakyat. Kali ini 10 pemimpin DAP di Tawau, Sabah bertindak meninggalkan @ keluar DAP dan menyertai GERAKAN, satu komponen Barisan Nasional.

10 orang pemimpin kanan DAP yang diketuai oleh James Leong Yun Fui, Pengerusi Biro Aduan  Awam dan Publisiti DAP meninggalkan DAP dan bertindak menyertai Gerakan. James Leong juga merupakan pembantu khas kepada ADUN Sri Tanjung, Tawau, Jimmy Wong (DAP), satu-satunya kerusi ADUN DAP di Sabah.

"Kelmarin kita menerima Ketua PKR Sabah dan kini kita menerima pemimpin kanan DAP...Ini adalah menunjukkan bahawa parti pembangkang di Sabah sudah tidak relevant kerana BN adalah (satu komponen) untuk mereka"..-Kata Musa Haji Aman.

Pakatan Rakyat di Sabah sebenarnya sudah kehilangan arah. Rakyat Sabah sudah melihat bahawa Anwar bin Ibrahim yang mengepalai Pembangkang sudah benar-benar "inconsistent" dan hanya sesuai diperalat dan dapat diperalat dan dimanipulasi oleh "kumpulan lain" yang mengenepikan "Kepentingan Nasional".

Pakatan Rakyat kini bolehlah bertanya diri mereka sendiri..."Ada Apa Dengan Buku Jingga?" Benarkah buku Jingga hanyalah janji manis/idea desperado/ atau idea copy-paste dari gagasan terbaharu BN?.

RELATED:
-PERJUANGAN PEMBANGKANG SIA-SIA
-Naib Ketua PKR Keningau, 200 Ahli Sertai UMNO 
-Former PKR leaders, members welcome to join PBS – Henrynus