Translate

Monday, March 16, 2009

Kes Elizabeth Wong: kerja jahat Barisan Nasional?.

Siapa yang makan lada, dialah yang rasa pedasnya. Inilah kenyataan yang harus diterima oleh MB Selangor, TS. Khalid Ibrahim, bila terlalu bertangguh-tangguh dalam kes Elizabeth Wong yang gambar bogelnya tersebar meluas di dalam dan di luar negara.

Terkadang hati kecil kita bertanya, kenapa harus TS MB mesti menunggu keputusan Siasatan polis yang selama ini sering diragui integriti mereka oleh pimpinan PR? Apakah ikatan yang tersimpul sehingga "berat hati" TS MB melepaskan EW pergi dan tiada lain pemimpin PKR yang berupaya mengganti kehilangannya?

Dalam kes ini, soal penyebaran gambar bogel adalah soal yang lain. manakal soal moral dan integriti Elizabeth Wong sebagai YB, Pemimpin dan Exco adalah soal yang lain. Soal individu yang menyebarkan foto-foto bogel tersebut juga soal lain, bukan soal pokok, walaupun tidak asing.

Di mata umum, keputusan "menunggu" MB ini ternyata sebagai satu tindakan MB yang "indecesive" terutama dalam soal-soal yang berkaitan dengan maruah dan moraliti yang sudah terang lagi bersuluh.

Walaupun EW telah menyatakan bahawa keputusanya meletakkan jawatan adalah muktamad, TS MB seakan tidak mempercayainya. Apakah precedence dan rekod hendak dicipta oleh kerajaan PR di Selangor? Kerajaan bersih, telus bagaimana?

Umum telah mengetahui bahawa perbuatan EW adalah perbuatan "memakan lada". Dia telah menerima rasa pedasnya. Dalam hal ini, apakah kena-mengena dengan BN sehingga perbuatannya yang bertentangan dengan moral dan norma moraliti pemimpin Malaysia dicampakkan sebagai kerja jahat BN?. Adakah BN yang makan lada? Adakah BN berbogel?

READ MORE...

http://mindaaidc.wordpress.com/2009/03/21/skandal-foto-bogel-memahami-lingkaran-gelap-elizabeth-wong/

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

Saturday, March 14, 2009

"NGAM NDAK NGAM": Siapa Bapa Pengkutuk Malaysia?

Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, Speaker Dewan Rakyat.
"Tok Guru, saya nak berguru untuk menjadi pakar ngam dan ndak ngam"

1. MP Puchong, Gobind Singh Deo, anak kepada Karpal Singh yang pernah mengatakan "Singh is King", akan menghadapi Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul yang digariskan di bawah ini akibat keceluparannya menuduh MP Pekan selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak. Barangkali ini salah satu dari menifestasi "kekecewaan" Gobind kerana Najib bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia menggantikan Pak Lah April ini. Gobind dan PR tetap gerun kerana Najib "keras" dan "tidak Lembik". Najib BUKAN Perdana Menteri "April pool". Najib Perdana Menteri yang keras. Ngamlah.

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:

BAHAWA pada 12 Mac 2009, Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen kawasan Puchong semasa perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendakwa YAB. Timbalan Perdana Menteri, Ahli Parlimen Kawasan Pekan terlibat dalam kes pembunuhan.

BAHAWA Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Puchong juga telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat setelah diperintah keluar Dewan.

DAN BAHAWA kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Puchong adalah merupakan satu dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai Ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.

MAKA INILAH DIPERSETUJUI BAHAWA Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Puchong hendaklah digantung tugas dari jawatannya sebagai Ahli Parlimen selama dua belas (12) bulan dari tarikh keputusan usul ini diluluskan. Dalam masa penggantungan ini Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Puchong tidak akan dibayar kesemua bayaran elaun dan kemudahan sebagai seorang Ahli Parlimen.

2. Perkara di atas bakal diputuskan dan usul ini bakal diluluskan. Namun bagi orang DAP terutamanya, ini "ndak ngam". Keputusan Speaker DUN Perak, V.Sivakumar yang menggantung, bukan satu tetapi enam ADUN BN di Perak itu yang "Ngam" bagi mereka. Malah mereka awal-awal lagi sudah terus-terusan melemparkan tuduhan "undemokratic" dan hukuman "draconian government" terhadap kerajaan berhubung kes Gobind Singh. Andainya mereka rakyat Negara Komunis Ngamlah. Barangkali juga kerana mereka terlalu mengidamkan "Negara Republik" maka Negara yang mengamalkan Demokrasi Berperlembagaan sudah Ndak Ngam dengan selera mereka.

3. "Datuk Siringan Gubat, MP saya, bagaimana, Ngam atau ngam kah itu? Dua jam rehat untuk minum teh tarik dan makan nasi lemak sambal ikan bilis sudah Ngam. Tapi ndak berapa Ngam sebab tiada "Tuhau dan Hinaba".

Perubahan geopolitik Malaysia semakin berkecamuk dengan polimik. "Undermining" dan mempersoal secara berterusan keupayaan dan "credibility" pemimpin semakin menjadi kegemaran. Malah sebilangan rakyat bagai kecanduan mengutuk kepimpinan negara tanpa segan silu dan secara berterusan. Media asing dan negara asing mula menyusupi soal-soal dan hal ehwal dalam negara kita. Anehnya, sebahagian masyarakat kita lebih gemar mempercayai lapuran dan pandangan media dan orang asing dari apa yang sedang terpampang di hadapan mata mereka.

Hatta, kita perlu bertanya, kiranya negara ada Bapa Kemerdekaan, Bapa Pembangunan dan Bapa Perpaduan dan sebagainya; "siapakah yang layak mendapat gelaran "Bapa Pengkutuk Malaysia"?
NOTA:
"Ndak" (slang Sabah) maknanya "tidak"

Tuesday, March 10, 2009

Rekod PRU12-P50 Bukit Gantang, Perak

(KLIK GAMBAR UNTUK SIZE GAMBAR YANG BAIK).

Kawasan Parliment Bukit Gantang meliputi 3 DUN. 2 DUN di menangi PKR manakala 1 DUN dimenangi BN. Rekod ini berguna unuk menganalisa/infer mengenai kemungkinan keputusan Piliharaya Kecil Parliment Bukit Gantang.

Friday, March 6, 2009

BUMIPUTERA ARPATHIED DAN BATANG AIR, SARAWAK.


"Kami Bumiputera. Jangan ganggu guggat hak kami"

Di Johor, Ketua Pembangkang dari DAP menyifatkan dasar bumiputeraism sebagai arpatheid dan Isnin, istilah itu bergema pula di Dewan Rakyat apabila disebut oleh Dr. P. Ramasamy (DAP )Batu Kawan. Dari penyataan ini nyata bahawa DAP dan Pakatan Rakyat memang "anti-bumiputera" atau "tidak menyetujui dan menentang pemberian hak-hak dan keistimewaaan kepada bumiputera.

Sabah dan Sarawak amat sensitif dengan isu "bumiputera" dan "anak Negeri". Bila hak-hak mereka sebagai bumiputera diguggat dan diancam, mereka tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan pasti akan bersatu "menegakkan hak bumiputera"

Dijangkakan PRK di Batang Air, Sarawak akan mengajar dan menghukum calon dari parti atau "suscribe" ideologi anti bumiputeraisme" @ yang anti bumiputera yakni Pakatan Rakyat.

Anak-anak Negeri Bumiputera Sarawak, Iban, Melanau, Lundayeh, Bidayuh, Penan dan sebagainya tidak akan rela hak mereka diganggu gugat dan diancam. Saya juga demikian di Negeri Di Bawah Bayu. Buktikan Anak Bumi Kenyalang, Bumiputera BAHAWA Hak kita adalah hak kita. Kita tidak pernah merampas hak orang lain. Kerana itu kita tidak rela hak kita dirampas.. ingat; AGI IDOP AGI NGELABAN.
read more.............

"Give me a break"...

CECILIA CHEUNG VS ELIZABETH WONG. Spot The differences and similarities.

1. “Give Elizabeth Wong a break”..; Kerajaan Selangorpun sudah bagi Eli “a break” malah telah menyambung cutinya sehingga selesai siasatan polis. Namun skandalnya dan gambar bogelnya masih menghantui masyarakat yang teringin melihat YB berbogel. Memang “pisang goreng panas’ bila YB bogel. Bukan macam artis tertentu yang sudah biasa berbogel dan tersebar gambar bogel pelbagai bentuk dalam media.

Artist Hong Kong Cecila Cheung yang juga gambar skandal sexnya tersebar menyesali dan mengakui kesalahannya sehingga “teradanya” skandal sex itu dan tersebarnya gambar bogel itu. Berbeza dengan kes Eli yang menyalahkan “orang lain” bila terjadinya skandal sex dan tersebarnya gambar bogel itu kepada umum. Cecelia Cheung telah bersuami tetapi Elizabeth Wong masih belum berkahwin walaupun pernah menjalinkan hubungan dengan beberapa teman lelaki.

2. Bila Eli resign, MB Selangor-kerajaan Pakatan Rakyat, tak terima lagi perletakkan jawatanya sebagai ADUN dan EXCO. Barangkali "nak buat catatan dalam Guiness Book of Malaysian Record" sebagai YB yang pertama melakukan skandal dan tersebar gambar bogelnya tetapi masih tetap YB. Apakah PR "menghalalkan YBnya berbogel?. Anehnya di Perak 2 ADUN yang tidak meletakkan jawatan, di “skill” sebagai telahpun meletakkan jawatan mereka. Aneh!!! Yang meletak jawatan tak diterima, yang tak letak jawatan cuba disingkir....

3. Benarkah anda sudah melupakan skandal Eli sehingga PR merasa lega bila kes itu hampir tidak kedengaran? Apakah ini akan tetap menjadi isu hangat sehingga selesai PRK di Sarawak, Kedah dan Perak?
Orang PR bukan main lagi happy bial anda mendiamkan diri mengenai isu gambar bogel YB mereka.....

Tuesday, March 3, 2009

KERA DAN BUNGA


Jangan Berikan Kera Kuntuman ini. Sia-sia.

"Saya tidak akan letak jawatan, saya masih MB, patik mohon sembah derhaka, keputusan saya sebagai Speaker adalah muktamad dan sidang tergempar DUN Perak tidak perlu perkenan Sultan, Pemuda UMNO celaka dan 'bumiputeraisme' atau pemikiran membantu golongan bumiputera yang diamalkan di negeri ini menyamai ideologi apartheid”.

1. Semua penyataan di atas adalah penyataan PAKATAN RAKYAT. Tidak pernah orang politik sebelum ini sebesar kepalanya seperti ini. Nizar tahu dia derhaka tetapi masih memohon untuk menderhaka. Bolehkan perbuatan untuk mencuri dipohon? Perogol memohon untuk merogol? atau hibitionist memohon untuk berbogel? Elizabeth tak memohonpun!!

2. Speaker DUN Perak sudah mula pakai ikut suka. Ini Malaysia. Malaysia ada system (MAS). Sudah tahu orang lain tidak akan terima keputusannya, sekonyong-konyong dia cakap "MUKTAMAD" dan rujuk undang-undang "dari rimba" seolah-olah dia pendakwa dan hakim sekaligus. Pandaikah Speaker tu cakap Bahasa Malaysia?. Perak bukan Nepal yang telah menurunkan rajanya Nanendra. Rakyat Perak masih sayang Sultannya. Menghina Sultanmya maknanya menghina Rakyat Perak. Belum setahun jagung memerintah sudah tumbuh tanduk...!!. Inikah KERAJAAN RAKYAT ATAU PAKATAN RAKYAT?

3. Soal BUMIPUTERA semestinya jangan sentuh langsung. Hak Bumiputera adalah Hak Bumiputera. Bukan Bumiputera tak boleh rebut hak bumiputera. Hak bumiputera cukup-cukup untuk bumiputera. Prinsip "kontrak sosial adalah prinsip pacta sunt servanda. Orang lain yang tidak pandai kenyang dengan haknya tak boleh makan hak bumiputera. Sabah dan Sarawak majoriti bumiputeranya amat sensitif dengan soal "BUMIPUTERA". Amat kental kebumiputeraan Sabah dan Sarawak. Namun tidak menindas. PRK Batang Ai di Sarawak, bumiputera Sarawak akan hilangkan deposit calon pilihanraya yang anti-bumiputera. Semangat Bumiputera Sarawak amat tebal. Pensiangan di Sabah akan hancurkan calon anti-bumiputera. Ini sensitif. Semangat Bumiputera Sabah juga kental sekental semangat bumiputera sarawak..... "AGI IDOP AGI NGELABAN"
.
4. Hi, Aparthied itu bila golongan pendatang dan minoriti memerintah golongan majoriti penduduk asal atau bumiputera kemudian dinafikan hak rakyat ini untuk "self determination". Macam Afrika Selatan dulu. Kalau tak faham jangan cakap. Tanya.
.
Adakah orang India atau Orang Cina tak boleh pakai LRT, tak boleh masuk panggung, tak boleh mengundi dan tak boleh tinggal perumahan mewah. Adakah orang Melayu macam Ku Kluk Klan? Yang saya tahu rakyat Malaysia seiring dan sejalan dan bergaul dengan mesra tanpa mengira bangsa dan ugama.. Cuma sejak akhir-akhir ini hubungan mereka mula mencurigai kerana adanya gerakan pemimpin PR yang menjadi dalang kepada Hindraf. Barangkali mereka yang tersasul atau tergelincir lidah maka terserlah rahsia motif mereka.. "sebenarnya merekalah sendiri yang pro apartheid dan berangan-angan ke arah itu"?.

5. Perbuatan mengapi-apikan isu sensitif seperti bumiputera ini menunjukkan PR anti perpaduan. Mereka cuba merobohkan jambatan perpaduan yang terbina sejak 51 tahun yang lalu. Adalah terlalu sukar membinanya semula dari tulang belulang yang berserakan. Inilah semangat PR yang mesti ditolak rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian. Kalaulah ini sebenarnya wajah PR, nyatalah PRU 12 hanyalah memberikan kera kuntuman mekar. Sia-sia.
.
Kalaulah begini corak dan cara mereka "governing", lambat laun, dengan "Tanduk dua dan serampang tiga, mereka akan membunuh rakyat".

Saturday, February 28, 2009

Betulkah YB bekas teman lelaki Elizabeth?...


1. Soalan ditujukan kepada MP Batu: "Betulkah YB bekas teman lelaki Elizabeth dan sama-sama ke Taiwan memburu MPs BN?... " Now you can smash my head. I have black belt......
2. Apakah Tian Chua anti kebebasan media?
3. Apa yang Tian Chua dan Elizabeth dan lain dapat accoplish di Taiwan ketika itu?
Sekian Terima Kasih.
Yang Menanti Jawaban.
Romandawi
b.p. Anti Pornography
NB.
“We have the numbers already. (merujuk kepada dakwaan Dato Seri Anwar bahawa PR sedia mengambil alih tampuk kerajaan pada 16 September, 2008). We are just going there to have coffee and spend time with........”- Tian Chua (Sekembalinya "memburu" dari Taiwan).

SEMAKIN DEKAT SEMAKIN JAUH














Lim Kit Siang.. Pakar 4F . Semakin dekat dia nampak semakin jauh!

1. Najib semakin dekat manakala Anwar jauh untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dalam keadaan semakin dekat bagi Najib inipun Lim Kit Siang-DAP tetap menyalak dan menggembar gemburkan bahawa Najib terus mengiakan banyak perkara yang sepatutnya ditidakkan. Katanya "“foul is fair and fair is foul". Inilah yang menjadi amalan dan budaya LKS. Dulu bila orang PR berarak ke jalan menuju parliment dan dihalang pihak keselamatan di kata ini menghalang proses menegakkan demokrasi. Perarakan itu beramai-ramai sehingga menutup jalanraya ke Bangunan Parliment. Beberapa hari yang lalu, beberapa ahli pergerakan pemuda, agaknya tak sampai 14 orang, LKS kata mereka ini "...obstructing and menacing Karpal in the discharge of his parliamentary duties...". Agaknya LKS AMATLAH setuju Karpal menyalak dengan perkataan "Singh is king" dan "Celaka". LKS juga barangkali AMAT setuju diadakan Perayaan Hari Jadi di bangunan Parlimen ketika sidang itu sebok membincangkan masalah negara..?
.
2. LKS juga barangkali setuju bila ELI bogel, dibogelkan atau membogelkan diri, terus menjadi YB walaupun skandal dan gambar bogelnya tersebar kepada umum ("skandal" dan "gambar bogel" adalah dua perkara dan isu yang berlainan)?. Semakin dekat Eli melepaskan jawatannya untuk tidak lagi layak jadi YB semakin jauh pandangan LKS untuk Eli kekal YB.

3. Bila Tan Sri Khalid di siasat MACC berkaitan dengan aduan rasuah 46 ekor lembu, LKS kata Pesuruhjaya MACC, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, "main politik" sebab Pesuruhjaya itu mengatakan bahawa cukup keterangan/prima facia untuk mendakwa TS Khalid melakukan rasuah. Semakin dekat kita membenteras rasuah, semakin jauh LKS mahukan kita dari melaksanakan tanggungjawab kita membenteras rasuah. Agaknya LKS guna cabang lidahnya yang lain?.

4. Kata LKS “Foul is fair, fair is foul”, agaknya LKS lah yang memiliki Phd dalam bidang pengajian 4F ini, (“Foul is fair, fair is foul”) kerana dia sebenarnya pakar dalam bidang "putar belit" kerana kelebihanya memiliki lidah bercabang.