Translate

Thursday, July 31, 2008

MINYAK UNTUK NELAYAN DISELEWENGKAN

LKIM dedah 250,000 liter petrol diseleweng
ALOR STAR: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mendedahkan antara 150,000 hingga 250,000 liter diesel dan petrol bersubsidi yang diperuntukkan kepada nelayan di negeri ini diselewengkan setiap bulan.

Pengarah LKIM Kedah, Mohd Noor Had, berkata jumlah itu adalah antara tiga hingga lima peratus daripada keseluruhan lima juta liter diesel dan petrol yang diperuntukkan kerajaan untuk industri itu di Kedah setiap bulan. Beliau berkata, minyak yang diseleweng itu sama ada diseludup ke luar negara atau dijual kepada pihak industri oleh nelayan untuk mencari keuntungan segera. "Walaupun jumlah itu dilihat kecil, ia masih perlu dibendung untuk mengelak kerugian pada pihak kerajaan dan nelayan sendiri," katanya kepada pemberita selepas majlis bersama media di sini, kelmarin.

Beliau berkata, LKIM bersama agensi penguat kuasa lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan terus memantau keadaan itu. Mohd Noor juga berkata dalam tempoh dua bulan lalu, LKIM menyenaraihitamkan 95 nelayan yang didapati menyelewengkan diesel dan petrol subsidi, sekali gus menyebabkan mereka terbabit tidak lagi berpeluang menerima bahan bakar bersubsidi. Katanya, nelayan terbabit terdiri daripada 33 pemegang kad pintar e-petrol dan 62 pemegang kad e-diesel. "Kerajaan memberi insentif ini untuk meringankan beban mereka, tetapi disalah guna hingga tindakan terpaksa diambil.

"Mereka boleh menikmati semula kemudahan subsidi itu jika rayuan diterima, namun ia bergantung kepada bentuk rayuan yang dibuat," katanya. Beliau juga berkata semua nelayan yang disenarai hitam sebelum ini pernah ditahan oleh pihak penguat kuasa KPDNHEP, Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia, Polis Marin dan Unit Pencegah Penyeludupan.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20080730233953/Article/

5 comments:

Anonymous said...

Mantan Menteri Pertanian dan Industri Asasa Tani, YB Datuk Haji Rahim Ismail dilantik sebagai pengerusi LKIM. Pastikan anak peliharaan MUSAng, Musbah Jamli tergari oleh polis atau BPR kerana perbuatan sama. Menipu subsidi minyak dengan memperalat persatuan nelayan. Kouta seluruh sabah dimonopoli oleh Musbah. Sayapun tidak tahu bagaimana UMNO Kota Belud boleh terima orang macam dia. Bikin malu,agama bangsa dan tanahair tapi bernafsu jadi ketua banagian UMNO Kota Belud. Allah SWT akan tunjukkan kepadamu MUSBAH bahawa perbuatan durjana dan terkutuk itu akan mengheretmu ke lembah hina. Insaflah.

Anonymous said...

Satu unit rumah Syarikat Perumahan Negara, Share MUSBAH RM25,000. Tapi share ini dibayar bakal pemilik rumah yakni rakyat kerana kontraktor pemaju sudahpun dikikis Musbah. Sekarang dia bukan lagi Pengerusi Serbanesa SDN BHD. Hantam minyak bersubsidi persatuan Nelayan dan jual pada industri. Ini Petronas "BUTA" ke? Yang terpenting dimana saja diletak, kalau penghisap darah tetap akan menghisap darah dan penipu tetap akan menipu. Itulah MUSBAH. Kenapa BPR tidak pernah siasat MUSBAH. Sebilangan pegawai polis juga melindungi Musbah kerana selalu pinjam kerita mewah Musbah...Yang kesihan rakyat, Petani, Penternak dan Nelayan.

Anonymous said...

Kalau MUSBAH pun nak seleweng ape lagi Nelayan kecik. Podah lah. Ask this criminal and corupt guy to go to hell. I know his Degree is fake one? Just like his boss,MA. I know what he did last time in China.. dia baham china doll with Jason!

Anonymous said...

Khalid Al Walid knows better abt the fake Degree owned by Musbah. Anyway Musbah is NOT a leader. He is a contractors' office boy. Pak Lah MUST get rid of this boy...

Anonymous said...

Once Musbah accused Musa Aman as a person who is responsible for the drain of Yayasan Sabah Money. Now he kiss Musa's ass. Damn MUSABAH.