Mesyuarat Pemilihan Bahagian UMNO semakin hangat. Di Jelutong 17 cawangan dibubarkan dan 50 orang ahli UMNO mengisyitahrkan meninggaklan UMNO gara-gara mesyuarat cawangan yang kalut, kusut dan kabur. Ini cerita Pulau Pinang namun Sabah tidak kurang hebat.
Pada dasarnya mesyuarat pemilihan bermatlamat untuk memperkuat dan memperkukuh organisasi, tapi dalam konteks pemilihan UMNO, ianya bertujuan untuk memantapkan cengkaman kepimpinan yang ada dan memusnahkan saki baki penentang sebaik mungkin. Matlamat mengukuhkan parti, jauh sekali dari amalan UMNO, khasnya di peringkat bahagian.
Di Sabah di Bahagian Blue Mountain, UMNO Kinabalu, tak banyak karena. Kepimpinan Datuk Masidi Manjun tidak banyak masalah. So, saya tidak banyak berfikir yang berat-berat. Masidi seorang yang berpendidikan, bijak dan mempunyai pengalaman dan ilmu tentang selok belok pentadbiran dan pakar dalam pengurusan kerajaan. Syabas YB Tuan Haji Masidi.
Di Kota Belud, di Kaki Gunung Blue Mountain, Kinabalu, Bahagian UMNO kalut. Ketuanya Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani adalah pemegeng rekod dunia, sebagai pembantu menteri yang paling tidak berpendidikan, tidak ada ilmu dan pengetahuan tentang pengurusan kerajaan. Dia tidak berpendidikan tetapi "pemegang sijil Ijazah Master yang PALSU. Hanya faham sepatah dua patah bahasa Inggeris dan tidak dapat keputusan kredit bahasa Malaysia dalam SRP @ PMR. Namanya Musbah Jamli yang tidak pandai bermuasabah.
Mula bangun dengan projek PPRT yang tidak bina rumah tapi supply beruti papan dan tiang, tapi buat tuntutan rumah lengkap PPRT. Dapat kayu balak dari USO atas sokongan Salleh tapi tipu Uso dan rakan-rakan kongsi terduduk dan hisap jari. Rumah di Hilltop dua unit, di The Peak tempat simpan "pemain simpanan", dan dua unit di Kingfisher. Satu macam Istana dan tempat landing Heli dan yang satu dibeli dari Saidi Suari dengan duit TUNAI; bersebelahan rumahnya saja tempat menyorok barang-barang dari usaha "kabur dan kalut" namun sah dari sumber yang haram. Beunit-unit lagi bakal dimiliki dari SPN-Syarikat Perumahan Negara atas nama proxy. Inilah ketua Bahagian anda. Ketua UMNO yang kalis BPR (buat sementara). Dia jauh berbeza dengan ketua Bahgian saya, Yang Berhormat, Yang Mulia, Datuk Haji Masidi Manjun.
Dari berita yang saya tercium; sayapun macam Sdr. KAW, mana-mana cawangan yang tidak calonkan Ketua bahagian yang ada, Musbah Jamli, akan ditangguh, kemudian disogok dengan RM. Bila tidak mampu juga disogok, dibiarkan gugur macam di jelutong.
Kota Belud perlukan seorang "pemimpin" BUKAN "penempel". Anda semua di Kota Belud adalah pemegang rekod dalam sejarah politik Sabah dri rekod Ketua Menteri, TYT, Menteri Kewangan, Speker DUN Sabah. Kini anda juga pemegang rekod dua Pembantu Menteri. "Pembantu Menteri JKR" dan "Pembantu Menteri Petani". Kota Belud pemegang rekod ketua Pemuda UMNO yang "babau"dan "Penempel Ketua Bahagaian" yang kerdil dan pak turut dan pak tunduk. Kehidupan MJ kini menipu "minyak diesel untuk Nelayan" jual ke Industri. Authoriti diayak-ayaknya.
UMNO Kota Belud akan menjadi UMNO BAHAGIAN YANG MENGHARAP EHSAN kiranya tidak berlaku perubahan. UMNO Bahagian perlukan kepimpinan DINAMIK yang dapat membantu mengukuhkan UMNO Malaysia dalam masa UMNO berhadapan dengan krisis ini. Kiranya anda terus memilih pemimpin yang "sokong membawa rebah", UMNO akan terus lemah dan wajarlah Pakatan Rakyat berbangga dan mendabik dada sebagai peneraju yang serba boleh dan berdepan dengan pemimpin yang kalut. Kiranya keadaan berterusan anda lebih baik berpindah keahlian ke Kinabalu. Besar padang Ranau saya tadahkan dek kecilnya tapak tangan menyambut kedatangan anda dari Hotel Perkasa setelah menikmati udara nyaman di taman Negara Kinabalu, di kaki Blue Mountain. Selamat Datang, Aloha, Mabuhai, Sawadee, Pesorong kam, Ke UMNO Kinabalu. Ponsikou.
Special Thank to KAW and Deep throat for your hand in edition
4 comments:
Saya dengar mesyuarat cawangan UMNO Kota Belud pakar mesyuarat main "silap mata" dan "main bungkus" hasil didikan ketuanya yang kecil tapi nafsu besar. Mana-mana cerita dia paling kaya raya. Gaji tak seberapa, business tak ada, harta dan wang berjuta-juta. Dari mana kalo bukan salahguna kuasa dan rasuah. Petronas mesti kaji minyak diesel bagi persatuan nelayan. Musbah dah kebas. Jual kat kilang@industri.
Dari cerita kawan saya yg pegi KB, kawasan Kadamaian mahukan ada pertandingan sebab ada "habuan" dan boleh tarik harga.Tapi mereka jemu dengan Awad. Di Tempasuk ramai calonkan musbah tapi undi lain-lain. Usukan musbah tak ada orang. Konon setiusaha bahagian bakal dihantar jadi guru besar di karakit atau paitan. Padan muka dia. Zaman kejatuhannya bermula december 2008. BPR menyusul selepas itu.
Br. Jangan risau BPR tetap datang pasal itu SPN projek yang Supernesa, syarikat Masbah. Duit SPN sudah masuk Supernesa terus bayar kontrektor tanpa jutifikasi senang-senang dia makan rasuah. Kerja kontektor ratus ribu sahaja bayar puluhan juta RM. Projek tergendalah. Duit habis. Mana undang-undang kita?. Siapa bilang dia boleh lari. Tunggu kena gari sajalah dan hukuman dari Allah SWT.
ah betulkah???
Post a Comment