Translate

Friday, July 11, 2008

‘ Wallahi Wabilahi Watallahi ’ . Mulai Sekarang Anwar dan PR Shut Up mengenai Soal Altantuya dan Najib?

Picture doctored by senjaliza

Bila Pak Najib bersumpah "‘ Wallahi Wabilahi Watallahi ’ " bahawa beliau tidak mengenali Altantuya, tiada memperkenalkan Altantuya kepada Abdul Razak Banginda di Temasik, tiada dinner di Paris dengan Altantuya maka Pak Nuar perlu "shut up" dengan isu ini. Pak Nuar perlu arah orang-orang PR supaya juga "shut-up" mengenai isu ini. Jangan jadi orang-orangan. Nanti Tok Guru Nik Aziz nanti komen yang berat-berat lagi. Orang PAS bisa pandang serong pada PR. Jadi PR bisa jadi "pertengkaran rakyat". Jangan sekali-kali wabak "hearsay" menjadi epidemik menggila dan menjila-jila macam api di California atau yang membakar rumah para marahen di Tanjung Labian,Lahad Datu, Sabah oleh para agen Jabatan Hutan Negeri Sabah.

Sudah pasti pandangan rakyat kini menghala ke Pak Nuar. Apakah beliau juga berani bersumpah, dan sesungguhnya bersumpah "‘ Wallahi Wabilahi Watallahi " mengenai isunya dengan Saiful? Bahawa Saiful bukan Setiausaha Peribadinya yang dilantiknya tanpa surat perlantikan resmi, tak pernah bersamanya di luar negara dan liwat itu tak pernah berlaku.

Sesungguhnya "surat sumpah" sejak akhir-ahkir ini, bagai menjadi "surat sampah". Sumpah " Wallahi Wabilahi Watallahi" bukan "surat sumpah". Sumpah "Wallahi Wabilahi Watallahi" dicatit para malaikat, tidak bisa dialter oleh para hakim atau IGP dan terus tidak akan terpadam. Samada di dunia atau di akhirat "ganjarannya" pasti ada. Terseleweng aqidah buruk padahnya. Amalan sepanjang zaman mungkin zumud.

Ingatlah "pemberian manusia tidak seindah pemberian Allah SWT. Hukuman Allah tidak terelak seperti hukuman manusia dan hukuman para hakim yang zalim.

No comments: