Melihat blog sahabat-sahabat yang mengucap tahniah buat Datuk Salleh atas kemenangannya sebagai Ketua UMNO Bahagian P.169 Kota Belud, tergerak hati saya untuk menulis sepatah dua. Pada beberapa bulan yang lalu, saya telah memberikan sedikit komen mengenai keadaan UMNO Kota Belud. Rata-rata warga UMNO Kota Belud telahpun meluahkan kehendak mereka yang menginginkan Salleh untuk kembali menerajui UMNO Bahagian Kota Belud yang sudah tidak ditadbirurus dengan baik dan tidak mengikut tatasulila dan ketertiban pentadbiran.
Masalah yang menjadi hambatan kepada keinginan warga UMNO Kota Belud ialah keadaan politik memilih "kem" oleh pucuk pimpinan UMNO Negeri. Salleh dan rakan-rakan disingkirkan dari politik negeri dalam PRU12 walaupun ternyata mereka mempunyai karisma dan pengaruh yang kuat di kalangan masyarakat bukan sahaja di Kota Belud dan kawasan mereka, malah segenap pelusuk negeri dan peringkat Nasional. Ramai yang mempersoal tindakan ini, terutama tindakan YAB Pengerusi Perhubungan Negeri yang ternyata membelakangkan pucuk pimpinan UMNO Malaysia dan tidak disenangi oleh pimpinan UMNO Pusat.
Langkah memilih bulu dan "kem" ini ternyata tidak digemari oleh ahli UMNO Sabah. Kerana itu jika diperhatikan kini, ramai pemimpinan akar umbi yang kecundang gara-gara sistem dan amalan "kem". Sebenarnya amalan "kem" ini amat bertentangan sekali dengan amalan demokrasi. Malah ianya menyuntik dan menanam semangat pilih kasih di kalangan sesama ahli UMNO sendiri. Seakan terdapat "boundry" di antara sesama ahli.
Apabila ahli-ahli UMNO kembali kepada "mendemokrasikan UMNO", maka akibatnya para pengamal politik "kem" ini mulai satu persatu tumbang dan kecundang.
Tahniah buat ahli-ahli UMNO yang telah berjaya membaca dengan tepat kehendak rakyat yang ingin demokrasi itu wujud dan subur semula dalam UMNO.
Kembali Menerajui UMNO Kota Belud: Datuk Salleh Tun Said Keruak
Pada kesempatan ini saya Ucapkan SETINGGI-TINGGI TAHNIAH BUAT DATUK SALLEH TUN SAID di atas kemenangannya menerajui semula UMNO Kota Belud.
Saya doakan Salleh akan berjaya membuka lembaran baru bagi menghidupkan "demokrasi dalam UMNO" dan dapat mendekatkan diri dengan masyarakat terutama mereka yang "segan" bertemu beliau dan masyarakat desa yang benar-benar memerlukan pembelaan. Mudah-mudahan perancangan pembangunan dan agenda mengajak masyarakat agar dapat bersama-sama bergiat dalam arus perdana pembangunan, terutama aspek-aspek memajukan ekonomi dan taraf hidup, dapat segera di rancang, direalisasikan dan dijelmakan sebagai satu wadah baru.
Tahniah Datuk dan seluruh anggota AJK Bahagian UMNO P.169 Kota Belud. Sesungguhnya Kota Belud sebagi tempat lahirnya anak sulung UMNO Sabah mesti berusaha dengan gigih membela masyarakat yang memerluka kepimpinan yang dinamik.
2 comments:
Nampaknya Saudari Senjaliza bersemangat kali ini, satelah mendiam kan diri seketika. Ini petanda yang sehat.
Rasa nya ucapan tahniah untuk DSSK kerana berjaya menerajui kembali tampuk pimpinan UMNO bahagian Kota Belud memang tetap pada masa nya.
Dengan harapan kemenangan DSSK, Kota Belud akan merasai serba sedikit satu perubahan yang positif selaras dengan keadaan yang berlaku di Kota Belud masa kini.
Nostalgia akibat perjuangan DSSK untuk mengambil alih tampuk pimpinan UMNO Kota Belud ini terasa juga oleh saya sendiri. Gara-gara mempromosi DSSK, saya telah di kutuk dan di fitnahkan oleh sentoloyo dan kuncu-kuncu nya.
Terasa macam saya pula yang bertanding . Peribadi saya di perkecil-kecil kan. Seakan saya ini ada lah manusia yang terjahat di muka bumi. Sedangkan kan banyak juga jasa saya kepada kawan-kawan dan daerah-daerah yang pernah saya berkhidmat dehulu. Entah apa dosa saya sabenar nya kepada mereka. Namun saya tidak gentar. Itu janji saya.
Tidak apa, saya dah mula mengenali siapa dia. Saya telah mendapat petanda siapa dia di sebalik nik sentoloyo dsn. Saya tahu lah macam mana nak uruskan manusia yang terkutuk ini nanti. Masa akan menentukan. That is that.
Dalam hal ini, saya ucapkan juga berbanyak-banyak terima kasih kepada mu liza, Sabah Kita dan Jomosama , kerana kamu ‘know how to handle him’.
Walau pun saya bukan pejuang UMNO dan kadang-kadang tidak sependapat dengan DSSK dalam beberapa perkara, namun saya tetap menghormati DSSK dalam usaha beliau untuk memperjuangkan bangsa , negeri dan negara dengan stail beliau tersendiri.
Selama tujuh tahun berkhidmat di Kota Belud saya serba sedikit mengenali DSSK. Kekuatan dan mungkin juga kelemahan beliau. Namun selama itu, beliau tidak pernah menggangu kerja-kerja saya disana.
However, ada juga hal-hal negatif yang limparkan kepada DSSK. Namun saya tidak kisah. kerana macam saya, DSSK tidak seteruk itu.
Dalam jarak jauh ada lah lebih banyak positif nya dapat berkawan dan bekerjasama dengan DSSK. Suka atau pun tidak, beliau ada lah seorang yang telah berjaya dan pasti akan terus berjaya lagi; bermula dari tarikh beliau memenangi jawatan ketua UMNO bahagian Kota Belud, Insyaalah.
Salam Hormat dari saya
Salam ziarah :-)
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Post a Comment