Translate

Sunday, July 26, 2009

Anggapan dan Undang-Undang

Dato Mirza Mohammad Taiyab. "Due procsess of the law" sudah dijalankan. Dia bebas dan didapati tidak bersalah. Kenapa ada pihak lain rasa menguap menerima keputusan ini? Apakah fungsi menegakkan undang-undang dan keluhuran perlembagaan sudah bertukar tangan kepada badan siasah yang lain? Tahniah Dato', saya tidak mengenali Dato tetapi "justice" sudah dilaksanakan.
.
Apabila Mirza Mohammad Taiyab, Ex-Tourism Ministry DG acquitted of corruption, ramai yang mengatakan bahawa ini satu lagi titik hitam dalam SPRM terutama bagi mereka yang selalu memandang serong terhadap institusi ini. Seolah-olah SPRM dan mahkamah yang membicarakan kes ini main "u garu belakang I , I garu belakang u". Seolah-olah ada pihak yang lebih ghairah kiranya yang didakwa atau dituduh terus saja dijatuhkan hukum bersalah dan didenda. Manakala "due process of the law" hanyalah formaliti dan akademik atau diketepikan!

Bukankah Mirza telahpun menjalani "due proses of the law" dan didapati tidak bersalah?. Dalam hal ini tiada seorangpun yang perlu mengambil undang-undang di tangannya atau mengguna tafsiran undang-undang rimba.

Kematian Teo Beng Hock juga masih dalam siasatan. Siapa pembunuh, masih dalam siasatan polis. Janganlah hendaknya pembakar lilin mengambil alih peranan dan tanggungjawab polis. Pihak yang pemikirannya memang "anti polis dan anti SPRM" memang mudah melenting dan membuat keputusan di tangannya sendiri. Apakah rakyat Malaysia menghendaki cara dan corak mentaliti seperti ini? Apakah kerana keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang hendak dicemarkan semata-mata kerana prasangka yang melampau?

SPRM sedaya upaya wujud sebagai suruhanjaya yang bebas. Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak sudah bertekad demikian supaya suruhanjaya itu bertindak lebih berkesan. Mencadangkan Najib untuk merevolusikan SPRM juga tidak wajar kerana SPRM semestinya perlu berindak bebas untuk merevolusikan dirinya sendiri dan Najib tidak boleh mempunyai obsolute power atau mencampuri hal ehwal dalaman SPRM. Oleh itu menuduh Najib di sebalik segala tindakan atau hal ehwal SPRM adalah salah, tidak adil dan tidak wajar. Bukankah SPRM ingin diwujudkan bebas dalam ertikata "saparation of power"?

Ada pihak yang mendesak supaya Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kes kematian Teo Beng Hock. Parti-parti Pembangkang dan para pemimpinnya berapi-api mendesak supaya ianya ditubuhkan. OK, Kerajaanpun setuju dan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kematian Teo Beng Hock ditubuhkan. Puas?. TIDAK. Masih ramai yang membuat kesimpulan bahawa Suruhanjaya DiRaja itu tidak akan membuahkan apa-apa hasil! terutama kepada mereka yang sudah menyimpulkan di benaknya bahawa kematian TBH semua adalah angkara SPRM tanpa menamakan pegawai yang menyiasatnya. Jadi, kenapa mendesak berapi-api supaya ianya ditubuhkan? Adakah tugas dan peranan institusi kehakiman negara kini sudah bertukar tangan ke Parti Siasah atau persatuan haram? Mentaliti seperti inilah yang lebih layak menerima gelaran "public enemy of Malaysia".

Kiranya gerakan membakar lilin, demonstrasi mendesak supaya SPRM juga perlu disiasat yang disokong parti pembangkang, di mana letak dan silapnya Pemuda UMNO mendesak dan menyokong SPRM supaya menegakkan kebenaran? Apakah mereka tidak berhak seperti berhaknya pembangkang membakar lilin dan berdemonstrasi?
.
Zahirnya, selagi kita tidak mengakui dan tidak menerima institusi kehakiman sebagai institusi yang berperanan menegakkan undang-undang dan mempertahankan "justice"; dan menjadi kelaziman minda kita untuk menerima "anggapan" dan "prasangka" peribadi sebagai kebenaran, selagi itu keadilan yang hakiki tidak dapat kita terima dan wujud di mahkotanya.

1 comment:

Unknown said...

salam SL,

memang begitulah tanggapan mereka. asal tuduhan, mereka mahu mesti di hukum. semalam dato Ramli Yusuff bekas Pengarah jenayah perdagangan Bukit Aman dan pernah menjadi CPO Sabah dibebas dari tuduhan salah guna kuasa, ada juga puak-puak kata "konspirasi".

bukan senang dan puaskan hati orang-orang yang seperti ini...