Translate

Tuesday, July 28, 2009

Datuk Pahlawan Ramli Yusof Bebas: Ada lagi yang rasa nak menguap?

Datuk Pahlawan Ramli 56 tahun (kiri dan bersongkok) meninggalkan mahkamah Sesyen Kota Kinabalu kelmarin.

Mahkamah Sesyen di sini semalam, melepas dan membebaskan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Pahlawan Ramli Yusoff, atas tuduhan rasuah pecah amanah mengarahkan penggunaa Cessna Caravan CE 208-9M-PSQ milik PDRM untuk membawanya melakukan pengawasan dari udara terhadap lot tanah PT 2003110300 dan PT 2003110332 di Ulu Tungku, Lahad Datu yang mana Syarikat Kinsajaya Sdn Bhd yang dia mempunyai kepentingan pelaburan di dalamnya.

Hakim Supang Lian yang membuat keputusan itu mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Ramli yang juga bekas Pesuruhjaya Polis Sabah.

Sebagai rekod, Ramli Yusof adalah orang yang bertanggungjawab menghalang bekas ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor dari mencederakan dan mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk kepada Dato Seri Anwar Ibrahim semasa DSAI dalam tahanan.
.
Dengan pembebasan ini, sekali lagi "due process of the law" telah dilaksanakan. Selepas ini dan selepas kes Datuk Mirza Mohammad Taiyab, Ex-Tourism Ministry DG acquitted of corruption, masih ada lagikah pihak lain yang rasa nak menguap?

3 comments:

Anonymous said...

Teramat menakjubkan (inherently incredible) bahawa setelah memanggil 75 saksi (bukan satu atau dua saksi), Pendakwa nyata gagal membuktikan setidaknya kes prima facie.Adakah saksi-saksi itu yang dipanggil tidak relevan belaka? Kenapa sehingga begitu ramai saksi-saksi diperlukan?

Persoalannya sekarang,atas dasar apa pada awalnya Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mendakwa Dato Ramli? Apakah untuk saja-saja?

Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
(Pensyarah Kanun Prosedur Jenayah dan Undang2 Keterangan)

Senjaliza said...

Terima kasih atas komen yang bernas ini.

Datuk Pahlawan Ramli ini adalah Mantan CP Sabah. Kes yang dibicarakan ini adalah salah satu dari beberapa pertuduhan ke atas beliau. Inilah yang saya fahami. Selain itu terdapat kes pertuduhan yang lain seperti gagal mengistyiharkan harta dalam syarikat yang diurus adiknya. ALLHUWALLAM.

Anonymous said...

off white outlet
curry shoes
supreme new york
off white outlet
off white hoodie
supreme
supreme outlet
off white
jordan retro
kobe shoes