Translate

Thursday, July 23, 2009

Sebat: Reda-Hukumlah.

Apakah hukuman meminum arak di dunia ini akan membersikah dia dari hukuman meminum arak di akhirat nanti ?.

Tergerak hati saya melihat wajahnya di dada media. Dia reda dengan sereda-redanya menerima hukuman. Cuma kita yang terfikir bahawa di luar sana masih ramai mereka yang masih menikmati "air kencing syaitan" @ arak. Pergilah ke pub dan puast hiburan. Ramai yang melanggar hukum seperi yang pernah dilanggar model ini. Kenapa mereka masih bebas? Kenapa hukum tidak dikenakan kepada mereka? Apakah hukum hanya dikenakan kepada mereka yang ada di depan mata dan mereka yang di bawah kerdipan spotlight dipersetankan?

Model ini reda menerima hukum. Malah memohon untuk segera dilaksanakan hukum terhadapnya. Bergenang aimata saya di kelopak membaca pengakuannya dan keredaanya. Di luar sana di Ibu Negara barangkali masih terpampang banner demonstrasi mengenai kematian Teo yang masih dalam tanda tanya. Dibunuh pembunuh upahan atau siapa?

Wanita berusia 32 tahun yang dijatuhi hukuman enam kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang Isnin lalu atas kesalahan meminum arak di khalayak ramai di sebuah hotel di Cherating meminta ia dilaksanakan secepat mungkin.

Agaknya kaum wanita lebih akur akan kehendak hukum, manakala lelaki lebih gemar lari dari hukuman? . Lihatlah sekeliling dan bacalah media dan blog. Anda akan dapati sekurang-kurangnya dua individu (M for male) tidak mahu menghadapi keadilan di mahkamah; apatah lagi akur terhadap hukum. Allhuwallam.

6 comments:

Guru said...

"Agaknya kaum wanita lebih akur akan kehendak hukum, manakala lelaki lebih gemar lari dari hukuman?"

-sangat bersetuju....

YANG GAMBI said...

Salam,

Itulah contoh seorang muslimah sejati, menyesali kehilafan diri dan bertaubat kepada Allah....

Ada manusia, menonjolkan diri keapad masyarakat bahawa aku seorang warak, tetapi berputar belit bila melakukan kemungkaran, lari dari perbuatan keji sendiri......

Putra-san said...

Salam SL...

Kalau dia dah insaf dan bertaubat, alhamdulillah..semuga dia diberi petunjuk oleh Allah SWT. InsyaAllah.

PUTERI SENJA said...

Berapa anak muda yang bersedia menerima hukuman seperi yang diterimanya?

Senjaliza said...

Saya tabik dia jika dia pasrah atas hukum Allah SWT.

Senjaliza said...

Terima kasih di atas pandangan saudara semua. Selamat menyambut bulan Ramadhan. Semoga kalian beroleh kemenangan.