Translate

Tuesday, August 4, 2009

Demonstrasi Anti ISA: “The extended consequencies”

Demonstrasi Anti ISA. Benarkah demosntrasi ini untuk menghapuskan ISA? Mereka sudah bersedia disebur air dan gas pemedih mata. Apakah rakyat berterima kasih di atas kerugian yang di alami kerana demonstrasi ini ? Apakah orang politik di belakang tabir demonstrasi ini peduli dengan kerugian yang di alami peniaga dan kerugian peserta?

Bila saya melihat video klip demonstrasi ini melalui paparan para rakan blogger, perkara pertama yang terbayang di kepala saya ialah kaedah dan pendekatan yang dilakukan oleh orang politik Filipina yang memperalat badan NGO untuk menjatuhkan kepimpinan negara mereka. Mendiang Aquino naik kerana demonstrasi, Estrada naik bermula dengan demonstrasi, Geloria Macapagal Aroyo (GMA) juga naik akibat demonstrasi. Bagaimanapun GMA berjaya membendung demo dan "survive" tekanan demonstrasi. Barangkali, inilah titik tolak rakyat Filipina menolak demonstrasi sebagai cara menjatuhkan kerajaan dan akan mula menggunakan process demokrasi melalui pilihanraya BUKAN pilihanraya selepas demonstrasi? Kenapa demikian? Kerana di Filipina, peserta demo mendapat habuan. Maknanya, sebesar mana demo bergantung kepada kesediaan penganjur membelanjaakan Peso. Peso besar pastinya demo besar.

Di Malaysia, demonstrasi yang dilakukan adalah demonstrasi yang bermotifkan politik. Sama seperti di Filipina. Badan-badan NGO, samada berdaftar atau haram diperalat oleh parti siasah untuk mencapai matlamat mereka. Ultimately, untuk mendapat kuasa.

Demonstrasi Bersih, Anti PPSMI dan terakhir Anti ISA oleh GMI kesemuanya adalah "political games" yang diterajui dan didalangi oleh parti-parti politik yang berselindung di sebalik NGO. Hanya orang yang hipokrit menolak kenyataan ini. Paling kurang, putar belit atau ingin "menegaskan" kata-kata yang konon berkarisma namun berjuritan sepanjang jalan ke Sogo, komplek pertama, Jalan Mesjid India dan Mesjid Jamek.

Meraka tidak kisah akan "extended consequencies" dari tindakan mereka berdemo. Mungkin kerana ada fatwa "pegi jahanamlah dengan kerugian kamu selain dari pergi jahanamlah dengan UMNO". Apakah perniagaan "air Mineral, Mask dan tuala kecil dapat menaikan taraf ekonomi negara? Kerana itu sahajalah yang laris masa itu. Atau barangkali di bawa dari rumah atau di sponsor melalui peruntukkan ADUN Pandamaran?

Peniaga-peniaga terpaksa menutup perniagaan mereka Sabtu itu. Pengunjung dari jauh terpaksa melupakan sweet time bersama anak-anak ke komplek membeli belah dan pasaraya, kos operasi mengawal keadaan oleh pihak keselamatan tentunya suatu kerugian besar. Ada pihak yang menganggarnya ratusan juta ringgit. Ini belum diambil kira kos rawatan peserta yang terjatuh, luka dan patah kaki kerana jatuh atau terjun ke tebing sungai. Belum dihitung kos bagi mereka yang bakal menghadapi perbicaraan dimahkamah kerana menyertai perhimpunan haram walaupun niat dimulut "perhimpunan aman".

Pro ISA tidak meneruskan demo kerana patuh arahan ketua meraka. Anti ISA terus berdemo kerana akur kehendak ketua mereka.

Saya tidak percaya bahawa demo itu adalah bagi menjamin kesejahteraan dan masa depan anak-anak bangsa. Tidak juga sebagai kaedah yang dapat menegakkan hak anak bangsa. Kita mempunyai sistem yang dapat digerakkan lebih-lebih lagi apabila pembangkang dapat menjadi sebagai "Check and Balance" di Parliment Malaysia. Demonstrasi itu hanya untuk memenuhi "political desire". Para demonstran pulang dengan lelah namun mereka yang mempunyai "political desire" pulang tidur nenyak dan bermimpi..eemmZZzz ..."pegi jahamanlah dengan lelah kamu .....ZZZzzz" sambil bedengkur, entah liunya melilih atau giginya bergigit!.

Demonstrasi, satu lepas satu, akhirnya, kerajaan yang sah juga yang melakukan tindakan yang dapat merobah keadaan terhadap isu yang dibawa atau dipertikai para demonstran. Kenapa Istana Negara menjadi destinasi?

2 comments:

Anak X-PKR said...

Salam Liza.
Tahnialah I baca sampai habis.

Kalo Benar Demonstrasi dapat membela anak bangsa dan mengangkat martabat mereka..Apakah nasib anak-anak bangsa di Baling telah berada di mercu kejayaan. BUKAN kah di situ bermulanya amarah demonstrasi An War?

Kesihan mereka yang diperalat kerana nafsu serakah politik songsang.

Aman said...

Pada 24hb Mei 1994, semasa merasmikan Mensyuarat Agung Antarabangsa ke 27, Majlis Ekonomi Lembangan Pasifik (PBEC) di Kuala Lumpur,DS Anwar Ibrahim (DSAI) berkata:

“Walaupun keadaan dalam negara sekarang adalah baik, namun tidak dapat dinafikan kemungkinan berlakunya ketegangan. Dalam keadaan seperti itu kebijaksanaan untuk mempertahankan ISA adalah perlu demi keamanan negara. Adalah tidak wajar untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang terbukti berkesan membawa keamanan dan kemakmuran di negara ini.”

Manakala pada 28hb Oktober 1987, Anwar mengulas mengenai penangkapan beberapa pemimpin politik tahun 1987 dengan berkata:

“The goverment’s decision to ban all public rallies showed that it placed national security above the aspirations of certain politicians and political parties…..The government’s actions were carefully planned and placed priority on national interest not that of any particular group. There can be no compromise on national security in a multiracial country like ours.”

ANWAR HARI INI JADI "THE KING OF DOUBLE STANDARD"