Translate

Saturday, August 15, 2009

PAKAR MOTIVASI, ARAK DAN ronnie. Siapa Basi?


Dr Hassan Ali sudah mengubah pendiriannya. Mulanya dia membuat kenyataan bahawa dia sanggup dan bersedia dilucutkan jawatan jika EXCO Kerajaan Tempatan , Penyelidikan dan Pembangunan, ronnie liu, tidak meletakkan jawatan atau dilucut jawatannya bersabit dengan tindakannya mencampuri urusan MPPJ yang merampas arak dari kedai serbaneka di Shah Alam. Bukan sahaja UMNO menyokong tindakan Dr Hassan malah YB PKR Zulkifli Nordin juga menyokong tindakan itu. Bukan sedikit orang Islam dari PAS dan UMNO mengutuk Ronnie.

Setelah pihak media melapurkan isu arak yang ditentang Dr Hassan kerana dianggap menghina dan mengenepikan kepentingan umat Islam sebagai penduduk dominan dan majoriti di Shah Alam, Pakatan Rakyat mula gelisah. Dr Hassan, seorang "pakar motivasi" menjadi tumpuan.

Dr. Hassan bermotivasi dan berhujah bahawa dia tidak akan bertolak ansur terhadap kepentingan Umat Islam dan soal-soal menyentuh soal haram dalam Islam. Dia sanggup kehilangan jawatan kerana Islam, kerana menegakkan soal-soal hukum Islam. Zulkifli Nordin . ADUN PKR Selangor menegaskan hukum Alla SWT yang bermaksud arak sebagai "mother of all evils", atau raja kepada segala kejahatan.

Namun akhirnya apa sudah jadi. Dr. Hassan bagaikan tunduk kepada kemahuan Dajjal. Zulkifli Nordin tidak bersuara. Dr. Hassan pakar motivasi pula menggunakan segala kepakarannya membelitkan kata-kata. Berikut ini puter belit kata-kata itu:-

"...tetapi dalam picture yang lebih besar, dalam gambar yang lebih besar...kalau dibandingkan dengan yang kita tidak bersama dengan yang kita bersama lebih banyak yang kita bersama....""....imporoving our performance kepada yang lebih baik lagi....the strength is already there, and we are gaining strength after strength, after strength after strength.."- Dr Hassan Ali...

Pakar motivasi jenis apa kah Dr ini? Motibasi atau basi ?.

No comments: