Translate

Saturday, August 15, 2009

SIAPA KATA DAP SUKA POLIS DAN SPRM?

Dia mungkin tak menyukai Polis dan SPRM. Kenapa?

DAP tidak pernah menyukai Polis dan PSRM. DSAI pernah sekali saya mendengar DSAI memuji polis dalam media apabila diberi permit dan mengawal keadaan. "Cerah masa depannya" kata DSAI. Namun rakan-rakan DSAI dalam DAP tidak menyukai polis. Malah kehadiran lebih ramai polis dalam mana-man function pun sering dipersoal DAP. "Kenapa ada rusuhan kee?" demikian pandangan DAP. Ronnie Liu sendiri pernah membuat kenyataan media bahawa beliau tidak menyukai polis dan SPRM.
.
Agaknya DAP mahu supaya Ketua Polis Negara, Pesuruhjaya SPRM diketuai orang DAP barulah mereka menghormatinya, KPP Imigresen, Gabenor Bank Negara, CEO Kastam dan CEO Pendaftar Pertubuhan diketuai orang DAP, barulah mereka menghormatinya. Apakah intipati dari keengganan DAP menghormati Pihak Keselamatan dan Penguatkuasa Awam. Jika kemahuan DAP menguasai semua institusi sedemikian, apakah segenap rakyat Malaysia sudah bersedia menerimanya?
.
Saya terbaca lapuran media (Al Jazeera) yang mengatakan bahawa Bosnia Hezargovina kemungkinan terterumus ke ambang perang saudara semula kerana perbuatan orang politik yang mengapi-apikan penduduk Croat dan Bosniak dengan isu-isu perkauman yang melampau. Dalam masa yang sama pemimpin politik itu menolak segala tuduhan mengenai peniupan sentiment perkauman itu. Namun dalam diam mereka melakukannya. Secara senyap-senyam mereka meniupnya.

Apakah ini yang juga berlaku di Malaysia apabila orang politik berselindung di sebalik "human right" dan hak. Berselindung di sebagi pertubuhan dan persatuan sukarela atau NGO.
.
Melakukan dan menyuburkan sentiment perkauman untuk kepentingan politik adalah langkah yang dibantah Anwar Ibrahim suatu waktu dulu. Dia menyifatkan (lebihkurang) "perbuatan meniupkan isu perkauman dan politik berasaskan perkauman sekadar memberikan kemenangan buat sementara, namun kekalahannya akan berpanjangan dan kemusnahannya sukar diperbaiki". Kenapa Anwar bersekongkol dengan pihak yang meniupkan sentiment perkauman ini. Anehnya DSAI melemparkan tuduhan bahawa Melayulah yang rasist! UMNOlah yang rasis! Sedangkan BN mencanangkan dan mempraktikkan "bersatu dalam kepelbagaian". Saya lihat kebersamaan Melayu, Cina, India dan Peribumi dalam Barisan Nasional lebih serasi dan ikhlas. Sedang dalam PR mereka saling curiga pada hakikat sebenarnya walaupun cuba menggambarkan dan menayangkan bebersatuan dan kesefahaman mereka. Saya menghormati dan menyanjung kebersatuan orang PAS dalam PAS. Namun, PAS-DAP-PKR terlalu longgar dan jauh dari meyakinkan.
.
Anwar sudah lanjut umur. Kiranya dia terus melaungkan prinsip yang pernah ditentangnya; kiranya dia terus bersekongkol dengan golongan yang rasist ini; sesalnya tak akan sudah kerana besar kemungkinan dia tidak lagi menjadi sebahagian dari pemimpin yang terpaksa melakukan "pembenaan semula jambatan perpaduan nasional" di bumi tercinta ini kelak.
.
Jangan ada di antara kita mengakhiri hayat sebagai penderhaka dan pengkhianat.

6 comments:

Anonymous said...

SLM S.L..APABILA ANUWAR CUBA MEMAINKAN PERANAN SBG BATU API DAN PENDAMAI DLM PAKATAN SEKALI GUS HANYA BAKAL MEMAKAN DIRI SENDIRI. BIARKAN MEREKA TERUS BERPURA DAN BERSANDIWARA..RAKYAT SEMAKIN JELAK..TUNGGU MASA UTK MENYINGKIRKAN MERAKA PD PRU13 NANTI INSYALLAH

Ashley Ahmed said...

Salam,

Mereka nak gantikan polis dengan Kongsi Gelap bila berkuasa.

Anonymous said...

Dengan undang2 seperti ISA dadan peampokn Ordinan (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) Darurat 1969 dan Undang2 Dadah bahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985, Pegawai2 Tinggi di SPRM, PDRM, Kastam, Immigresen tidak perlu takut dengan mana-mana bapak penyangak, perampok atau mafia atau bapa pengedar atau bapa pendanan dadah..

Saya kesal kenapa SPRM tidak menggunakan kekerasan perlu dalam menggunakan kuasa meeka dalam tangkapan itu? Apakah pihak berkuasa menangkap mengikut sayarat dan kehendak saspek darisegi temapat masa dan caranya?

Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

Senjaliza said...
This comment has been removed by the author.
Senjaliza said...

Sdr. Dr. Abdul Rani Kamarudin. Salam dan terima kasih. Saya sependapat dengan Saudara. Saya berpegang kepada konsep "The law is the law". Saranan supa orang politik dikecualikan dari penyiasatan adalah tidak wajat. Barangkali ini tercetus dari ketidak puashatian SPRM kepada orang politik yang mencampuri urusan SPRM. Bagaimanapun kenyataan SPRM tidak pelu dicetuskan. Ia sekadar mendedahkan kelemahan mereka sendiri yg tidak berupaya membendung salahlaku orang politik. Terima kasih sekali lagi. Dan selamat menyambut Ramadhan.

SABAHKITA said...

Salam Ziarah.
Tidak sepatutnya ada pihak yang diletakkan di atas undang-undang. Nobody is above the law. Kita sering didedahkan bahawa orang politik sering menggunakan kuasa politiknya untuk mempengaruhi keputusan. Apakah kita mahu penyalahgunaan kuasa orang politik diteruskan...?. Sepatutnya orang politik berubah dan mengubah keadaan ini untuk menjurus kepada pengasingan kuasa supaya kerajaan yang telus dan berwibawa dapat dijelmakan. Orang politik juga penggubal dasar. Merekalah yang perlu menjadi tauladan dan contoh dalam memastikan kedaulatan undang-undang dipatuhi.