Translate

Friday, September 11, 2009

Memang Tian Chua Ketua Penerangan: Terang dan Bersuluh...SIRI ULANGTAHUN 916-II


Bila saya katakan bahawa Pakatan Rakyat "di hujung tanduk", saya tidak sekadar menuduh dan buang batu sembunyi tangan. Saya begerak dan mendengar hujah yang bernas dari mulut pmimpin. Bukannya alang kepalang pemimpin. Pemimpin yang saya yakini dan percayai sebagai pemimpin. KINI TIAN CHUA MENERIMA KEBENARANNYA...

Kini saya tertarik dengan posting rakan blogger Jentayuabaka. Bukan kerana dia tertarik dengan gambar cipaan saya. Memang kerana paparannya mengenai dunia politik Malaysia amat mencabar, walaupun bukan seperti cetusan larva Krakatua... Ikuti cebisan dari paparannya:

YB Tian Chua menyatakan bahawa beliau tiada masalah jika PAS berniat menubuhkan negara Islam, beliau tiada masalah jika PAS sekadar bercakap mahu melaksanakan Hukum Hudud, tetapi jangan melanggar garisan yang telah dipersetujui mereka.

Persetujuan itu ialah Tidak boleh menubuhkan negara Islam dan tidak boleh melaksanakan Hukum Hudud. Jika sekadar berkempen, menulis, bercakap ya silakan kerana itulah cita-cita parti PAS tetapi bersama Pakatan tidak boleh dilaksanakan dan tidak boleh dibuat.

JIKA dibuat , maka YB Tian Chua menyatakan ketika itu PAS akan ditendang keluar dari Pakatan Rakyat...Jika begitu, nampaknya PAS dipaksa dan terpaksa beretorik sahajalah...Terimakasih kepada YB Tian Chua kerana menjelaskan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat. Sesuailah YB Tian Chua jadi Ketua Penerangan.

Apa kata anda mengenai keberadaan Pakatan Rakyat di hujung tanduk?

6 comments:

YANG GAMBI said...

Salam, memang tidak salah kalau selama ini kawan melebelkan 'puak-puak munafik' kepada pemimpin-pemimpin PAS.

Mereka telah memperbodohkan umat Melayu Islam di Malaysia dengan momokan Islam untuk menempatkan diri mereka di persada kuasa.

Tetapi kemungkaran mereka akhirnya satu persatu dipertontonkan Allah, malangnya sebahagian umat yang sudah terlalu jauh taksyub dengan mereka sudah tidak dapat menerima lagi...

PARPUKARI said...

Mereka ini tak lain dan tak bukan hanya kuat main wayang sahaja!

Anonymous said...

nah ..! inilah tamparan hebat buat pas terutamanya Nik Aziz. Statement yang tidak dapat dinafikan lagi daripada Tian Chua sendiri. Jom kita gegar isu ini.

ababina328 said...

Sebenarnya perjuangan PAS itu betul, ada hajat, ada cita2, ada azam mahu membentuk negara Islam.

Soal ada halangan, itu bukan salah dia lagi.

Memang betullah kata Tian Chua tu, kalau bersama PR, Pas tidak boleh membentuk negara Islam, kalau masih juga, Pas kena keluar dari PR.

Kalau majoriti Pas tak cukup nak bentuk negara Islam, nak buat macam mana.

Nak minta tolong Umno, Umno dah cakap awal-awal yg dia tidak bercita2, tidak berhajat pun nak bentuk negara Islam.

Umno dah menetapkan pendapat bahawa Malaysia tidak boleh dibentuk negara Islam, bahaya untuk negara pelbagai kaum seperti Malaysia kalau dijadikan negara Islam.....itu persepsi Umno.

Habis nak salahkan siapa, Pas memang nak bentuk negara Islam tetapi Umno tak mahu turut serta.....dan kekal dengan pendapatnya.

Maka Pas hanya boleh kekal berada "di alam cita-cita" sahajalah.....

Allah tak larang kita untuk berada "di alam cita-cita"

Yang Allah larang ialah kita tiada langsung cita-cita.....

Salah ke... Pas berpendirian seperti itu.

Senjaliza said...

Soalnya sanggupkah PAS terus-terusan berdakwah dan berbuat janji seperti Negara Islam semata-mata kerana mahukan UNDI sedangkan NIAT lain. Sanggupkah PAS membelakangkan hukum Allah SWT kerana UNDI ini.?

ysnizam said...

"Umno dah menetapkan pendapat bahawa Malaysia tidak boleh dibentuk negara Islam, bahaya untuk negara pelbagai kaum seperti Malaysia kalau dijadikan negara Islam.....itu persepsi Umno."

Daripader ayat diatas nie..
Mintak tolong bagi rujukan sket..
pemimpin umno maner kater camtu..
aku nak tahu gak..
maklumlah aku masih mentah dalam politik nie..!!
Anyway malaysia nie bukan negara islam lah yek...
Macam maner yang dikaterkan negara islam..?