Saya pernah terbaca dalam paparan blogger mengenai bayi yang baru lahir ditinggalkan di perhentian bus. Penulis mengaitkan perbuatan itu dengan "ajaran UMNO"!. Semasa Malam ambang merdeka pula, Jawi telah menangkap beberapa ramai pasangan yang kononnya meraikan pesta kemusnahan dan merobek "DARA". Ianya jua dikaitkan dengan gejala yang UMNO galakkan. Hatta jika kanak-kanak bermain mercunpun dan terbakar dan melecur tangannya barangkali juga dilebel sebagai "didikan UMNO"!
Kenapa ini terjadi? Mungkinkan kerana kita kini diberikan hak untuk memiliki ruang media seperti blog maka kita sudah tidak menghiraukan kebenaran. Kita sudah bebas sebebas bebasnya. Lantas pula mempergunakan hak itu untuk mengecam segala-gala yang mungkar dan khilaf adalah berbuatan lawan; lalu kita terus merasakan diri kita berada di pihak yang benar belaka sekaligus mengabui sebarang kebenaran yang tidak berpihak kepada kita?
Demonstrasi Kepala Lembu telah siang-siang dipertanggungjawabkan kepada Kerajaan Barisan Nasioanl. Konon didalangi UMNO. Maka tercetuslah kecaman hebat yang menuduh bahawa ameno dan be end menang rascist dan tidak sensitif dengan isu ugama.
Bila PM DS Najib Tun Razak, Dato Hisamuddin dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas perbuatan mengarak, mengheret, memijak-mijak kepala lembu itu, lantas dan pantas mereka dituduh melakukan perkara "gimmik politik". Malah pemimpin Hindraf yang lari ke England, P Waythamoorthy juga turut menuduh bahawa UMNO mendalangi perarakan. Blog-blog pro Pembangkang pantas macam lipas kudung, menunding jari kononnya UMNOlah dalang sebenar disebalik demonstrasi Kepala Lebu..
SIAPA PENGANJUR?
Satu lapuran yang sahih dan jelas lebih bertanggungjawab mengatakan bahawa Pengerusi Penganjur Demonstrasi itu ialah Pengerusi kumpulan penduduk seksyen 23 Shah Alam Selangor iaitu En Mahyuddin Manap, kini ahli PKR Wangsa Maju. Naib Pengerusi, Ibrahim Sabri adalah penyokong Anwar Ibrahim dan penggiat Reformasi yang pernah keluar masuk lokap. Manakala hamba Allah yang membaca doa di masa perarakan pun adalah ahli PAS yang dipercayai dipanggil penduduk kawasan itu dengan panggilan Amin (BUKAN Pandikar Amin). Apapun, yang penting ialah mereka adalah mewakili penduduk Seksyen 23, Shah Alam Selangor.
Kiranya mengarak kepala lembu tidak termasuk dalam agenda Jawatankuasa penganjur demonstrasi itu, ini juga perlu dan mesti dipertanggungjawabkan kepada penganjur. Apa salah UMNO dalam hal itu. Apakah UMNO telah meluluskan permit ke atas program demonstrasi itu atau telah membiayai kos mendapatkan kepala lembu?.
Agaknya "politik kepala lembu" menjadikan kita hilang pertimbangan. kita seakan menjadi hamba Allah yang kabur melihat gajah di hadapan mata tetapi memiliki visi 2020 dalam merenung kuman di seberang lautan. Ini barangkali tak perlu disangkal bila kita menjadi pengamal "Plitik Kepala Lembu"?.
Persoalan yang tidak kurang penting dirungkai ialah kenapakah tapak itu dipindah dari stapak cadangan asal di seksyen 22 ke seksyen 23? Kenapakah pula demonstrasi itu terjadi? Kenapa strategi musyawarah diabaikan? Apakah suara rakyat Seksyen 23 ini sama seperti suara rakyat Palestine yang sampai ke telinga Kerajaan Israel...?
8 comments:
Pandangan Husam Musa:
Husam menegaskan kegagalan polis berbuat demikian boleh menimbulkan kecurigaan yang lebih besar. Malah membiarkan peristiwa ini berlaku sekaligus menunjukkan kelemahan inteligent polis samada dari sudut kemahiran ataupun sikap yang tidak jitu dalam etika kepolisannya.
TAPI KALO POLIS MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP DEMO ANJURAN PEMBANGKANG BARANGKALI HUSAM AKANN KATA "POLIS BERLAKU ZALIM".. apa ertinya komen Husam itu..
Salam,
Inilah cara mereka menutup isu perpindahan kuil ke seksyen 23. Mereka sebenarnya telah malu dalam isu ini, tetapi telah mendapat isu kepala lembu untuk menutup kelemahannya.
Mungkin 'kepala lembu' ini juga sebahagian agenda mereka untuk menambahkan lagi kebencian kaum India kepada BN.....
Remaja bpeleseran pd malam ambang merdeka pun dikaitkan dgn Umno. Apalah nak jadi dgn Msia ni? Risau nanti org accident di jaraya, Umno jg yg suruh accident!
Akibat beberapa ekor kerbau membawa lumpur, itu lah akibatnya, prsepsi penyamarataan demi memudahkan kerja.
Lembu adalah binatang suci dalam agama Hindu. Demostrasi yang didalangi pemimpin UMNO itu bertujuan menghasut orang Melayu membantah pemindahan kuil berkenaan dan sekali gus membenci kaum India.
Kuil itu berusia lebih 100 setahun. Kerajaan negeri Pakatan Rakyat bercadang memindahkannya dari Seksyen 19 kerana ia terletak hanya 20 meter daripada kawasan perumahan. Tapak baru kuil yang dicadangkan di Seksyen 23 adalah dalam kawasan industri dan terletak lebih 200 meter daripada kawasan perumahan
Salam Kuda Perang,
Pegang baik-baik tali yu nanti terjatuh dari kuda.
Dah tahu penganjurnya siapa..Takkan orang lain jadi dalang? be rational. Jangganlah tanggapan mengajar kita melihat kebenaran itu kabur...
Gunakan kematangan untuk melihat dan menganalisa APA SEBENARNYA PUNCA TERJADINYA DEMONSTRASI ITU?
Punca sebenar ialah kerana kegagalan pihak pemerintah menanagani permasalahan rakyat dan menafikan kehendak rakyat. Pemerintah bagaikan Israel yang memaksakan pembangunan yg ditolak oleh rakyat Palestine tetapi memaksa meneruskannya! Fikir2kanlah.
Saya juga tidak hairan kenapa org Islam PKR, PAS dan BN bersatu dan bersama-sama berdemonstrasi membantah pembenaan KUIL di seksyen 23 Shah Alam. Anda tahu kenapa..?
Menuduh dalang? Bukankah pengerusinya orang PKR dan pembaca doanya orang PAS dan pesertanya penduduk seksyen 23. So BERDOSA menuduh orang lain dalang kecuali kita kini tak perdulu DOSA asalkan kita dapat menuduh..
http://webpanas.blogspot.com/2009/09/pendedahan-dalang-dalang-disebalik-demo.html
Tolong komen sikit senjaliza.
Kah kah kah ...
Semasa penduduk pindah ke Sek 19 pada th 1988 kuil yang dikatakan 150 tahun tidak ada lagi. Yang tinggal hanya bangunan kuil kecil dan usang tiada air dan elektrik disitu.Kuil digunakan penduduk setinggan dekat jln keretapi. Tapak disitu untuk 16 unit rumah teres pkns. Pada th 2000 penduduk dari kawasan lain bergabung dengan setinggan mengaktifkan dan mula besarkan kuil sedikit demi sedikit. Penduduk buat bantahan, pada tahun 2003 kuil diarahkan pindah ke Sek 18. Tetapi kuil tidak pindah dengan pelbagai alasan. Pihak kuil dapat sokongan drp pemimpin dan komuniti mereka. Pada tahun 2005 setinggan dipindahkan. Kuil jadi makin aktif selepas setinggan pindah. Penduduk dari kawasan lain yang ramai datang kesitu. Jun 2006 selepas bekalan air dan elektrik dimasukkan ubahsuai besaran dibuat. Persatuan penduduk buat aduan kepada DYMM Sultan Selangor pada 28/7/2006. 2 Papantanda larangan ceroboh tanah PKNS diletakkan disitu. Pada 27/7/2007 aduan telah dihantar ke BPR dan Biro Pengaduan Awam JPM kerana makin banyak aduan kuil semakin besar. Pada 29/12/2007 makluman drp MBSA kuil akan pindah ke Seksyen 22. Malangnya selepas Mac 2008 PR telah membatalkan pemindahan itu alasan tapak itu jauh kedalam. Pihak kuil pasang bendera PKR dan PAS di papan notis larangan ceroboh. Mereka beritau penduduk, bendera dipasang sebab dua parti sudah sokong tak payah pindah. Gangguan bising semakin teruk. Mereka sering buat keramaian bergendang pada bulan Julai 2008. Pada 26/7/2008 perarakan bawa 3 patung kuda terbang sambil bergendang melalui dihadapan rumah penduduk Islam pada jam 1 pagi. Penduduk tegur bising mereka ugut, selepas polis ronda pergi mereka jerit melayu bodoh. Aduan2 dan perjumpaan dibuat dengan AP dan Adun tetapi tiada perubahan. Pada Disember 2008 ubahsuai besarkan kuil dibuat lagi. Kumpulan samseng 303 sering ganggu kawasan penduduk buat bising dan mabuk. Rumah penduduk diconteng angka 303.Botol arak bersepah dekat kawasan itu. Penduduk mohon bantuan NGO Islam. Pada 8/1/2008 AP bertegang leher dengan NGO menuduh mereka datang buat provokasi didalangi penyokong UMNO. Depan penduduk Islam beliau bela Hindu kuil. Rujuk blog YB Khalid Samad pada 10/1 dan 12/1/2009. NGO dirikan gelanggang untuk mengelakkan kawasan terus diceroboh. Pada 5/5/2009 penduduk hantar aduan kepada MB mohon kuil dipindahkan. 8/5/2009 jawapan Adun kuil setuju pindah dan selesai masa terdekat. Pilihan mereka di Seksyen 23 berdekatan kawasan penduduk majoriti Islam. Penduduk 23 sudah maklum masalah di Seksyen 19 melalui blog2 NGO Islam yang bantu penduduk Januari 2009. Salahkah mereka membantah jika yang hendak dipindahkan itu mengganggu ketenteraman penduduk 19? Mereka menceroboh tanah PKNS di Sek 19 tapi dapat ganti tanah begitu luas untuk buat kuil? Tidakkah masalah yang sama akan berlaku pula kepada mereka? Kenapa YB2 PR terlalu mengikut kehendak pihak kuil? Bila Melayu bawa kepala lembu jadi isu negara?. Tetapi, semasa penduduk mohon bantuan AP masalah gangguan kuil kenapa tidak ada tindakan pun kepada mereka yang ganggu penduduk Islam? Salinan lapuran polis sudah diserah kepada beliau pada 9/8/2008 di Masjid Ubudiah. Pada 21/12/2008, 10 orang penduduk berhampiran mengadu kepada Adun masalah semasa kerana kegiatan di kuil itu. Blog2 pro PAS hanya menyokong YB Khalid tanpa mengetahui masalah sebenar penduduk Islam. Kecewa kerana sikap Pemimpin Islam terlalu bertolak ansur dengan pihak kuil. Kepala lembu buka mata banyak pihak. Dodi. Seksyen 19 Shah Alam.
Post a Comment