Translate

Sunday, January 3, 2010

ISU KALIMAH.



Dunia persekolahan di luar negara membuka lebih luas minda saya mengenai kebebasan yang kita selalu sebut "freedom". Di luar negara, seperti di USA, perdebatan mengenai agama tidak dianggap dan tidak mencetuskan perbalahan. Bagaimanapun, sejak peristiwa 911 keadaan berubah. Umat Islam banyak menerima tekanan dan layanan buruk di merata dunia. Hijab diharamkan dibeberapa negara. Wanita-wanita Islam yang berpakain hijab sering menjadi mangsa layanan buruk. Seorang peguam, peguam wanita Mesir yang sedang mengandung di tikam sebanyak 18 kali oleh bandit di dalam Mahkamah German hanya kerana mempertahankan haknya memakai hijab dan haknya yang dihina.

Saya pernah menonton video perdebatan antara Jimmy Swaggart dengan Sheikh Ahmaed Deedat (Allahyarham), yang berasal dari Afrika Selatan. Rev. Jimmy Swaggart, adalah pemilik sekolah Evangelist yang terbesar di New Orland, USA. Tajuk debatnya "Bible God's Word?".

Saya masih ingat kata-kata Jimmy Swaggart, lebih kurang: "every good Muslim is a friend of every good Christian and every good Christian is a friend of every good Muslim". Dalam debat itu bagaimanapun amalan polygami dalam Islam menjadi sasaran Jimmy Swegart. Selepas beberapa bulan debat itu Rev. Jimmy Swaggart tertangkap di sebuah budget Motel di Metaire, Louisiana, New Orland bersama seorang pelacur. Dia bersembunyi seketika dan hampir menghancurkan sekolah Evangelistnya. Bagaimanapun akhirnya, dia muncul dengan kenyataan "I have sinned" dan mengakui dosa dan kesalahannya.

Dalam debat Jimmy Swaggart-Ahmad Deedat itu, intipatinya,  kiranya bible itu bukan "God words" bermakna iman dan kepercayaan agama orang Christian menjadi sia-sia. Oleh itu dia mempertahankan Bible dan TERPENTING katanya "Jesus Christ is The Lord". Dia tidak pernah mengiktiraf bahawa "Allah is The Lord" terutama bila dia dicabar oleh Ahmad Deedat untuk mengucap Kalimah jika dia berniat memasuki tanah suci Mekah dan menghadap makam Rasulullah S.A.W. Bagaimanapun, Jimmy Swegart tidak mengucap kalimah dan tetap bertegas. baginya "Jesus Christ is The Lord". Dia tidak akan percaya bahawa "Allah is The Lord".

Kenapa isu perkataan "Allah" harus dijadikan perpecahan ummah? dan BUKANkah "Jesus Christ is the Lord" bagi penganut Agama Kristian? (saya masih perlu belajar dari yang bijak pandai kerana itu lah saya ajukan soalan ini)

Kata seorang professor kelas World Religion saya semasa di Universiti, (BUKAN kata saya) maksudnya begini "kamu hanya mengetahui agama mana agama yang betul di sisi Tuhan bila kamu telah mati. Mereka yang masuk syurga menganut agama betul dan yang masuk nerhaka adalah penganut agama salah. Sayangnya tiada seorangpun yang akan kembali ke bumi ini untuk memberitahu kebenaran itu. Kalaupun "ada" ianya akan dianggap tidak siuman".

Bagi kita Umat Islam, penganut sahaja tidak menentukan kita "ahli syurga". mematuhi Perintah Allah  Subhana Wataallah dengan sebenar-benar patuh sahaja yang menentukan tiket kita ke syurga.


RELATED....
1. isu-kalimah-ALLAH-pencetus-kebangkitan ahli Sufi?
2. Tujuan-tersirat-pihak-gereja-Roman Khatolik 

5 comments:

Frodo Baggins said...

agreed

Sangtawal Sakranta said...

Salam,

sangat setuju dengan pendapat puan.terima kasih atas artikel yang berguna ini.

wassalam

Senjaliza said...

Salam dan Terima kasih Frodo Baggins dan Sangtawal Sakranta.

Saya cuma ingin berkongsi sesuatu yang saya telah lalui. Glad, to hear your respond..God Bless and Happy Bloggong.

gwkolonel said...

* Kenapa pihak gereja Roman Khatolik ingin menggunakan nama Allah tidak lagi "God". Dalam Islam Allah hanya Satu, tidak beranak dan diperanakkan. Manakala dalam Kristian, mereka mempercayai Tuhan mereka beranak, Jesus anak Tuhan. Apakah di Vatican juga menggunakan nama Allah bukan God?. Apakah penganut Kristian Prostetan juga menggunakan nama Allah dalam agama mereka?. Kenapa penganut agama Kristian di negara lain tidak menyebut nama Allah sedangkan nama Allah bukan hanya digunakan oleh umat Islam di Malaysia tetapi diseluruh dunia.

Ternyata edaran majalah Herald Weekly oleh pihak gereja Roman Khatolik yang dibawah kelolaan Tan Sri Murphy Pakiam banyak membelit.. autar seperti nama ketua majalah itu sendiri yang sukar bercakap bahasa mudah.


http://airmata-darah-keringat.blogspot.com

YANG GAMBI said...

Senja Liza, menarik dengan artikel anda...... inilah yang patut diketahui oleh uamta Islam di Malaysia.... Mengapa gereja katholik ini bersungguh hendak menggunakan kalimah 'Allah" dalam penerbitan Herald, inilah niat sebenar merreka untuk memperdayakan umat Islam lebih-lebih lagi golongan muda...

Kawan pernah melihat di Sabah, bagaiman kumpulan pendakyah Kristian ini memggunka remaja untuk menarik golongan remaja muslim menyertai mereka..... hati-hatilah.....