Wajah Kuala Lumpur ini adalah lakaran yang diterjemah kerana kegemilangan kuasa Politik Melayu.
"Orang Melayu ini rakan kongsi yang baik. Dia hanya ambil haknya. Kalau ajak dia makan, dia tak makan lebih-lebih, dia suka beri kita makan dulu walaupun dia yang lebih lapar. Melayu ini beradat dan adat ini yang kami sanjung, adat inilah yang kami suka". Demikianlah pujian bangsa lain terhadap bangsa Melayu.
Di Malaysia, Bangsa Melayu disanjung bangsa lain kerana "adat" BUKAN kerana bangsanya bukan kerana agamanya. Orang melayu digeruni kerana kuasa politiknya, rajanya dan bilangannya. Ini sudah menjadi adat. Bukan juga kerana bangsanya.
Bila gagasan "Malaysian Malaysia" yang cuba mengenepikan hak Bangsa Melayu dalam perlembagaan Malaysia dicanangkan, bangsa yang menggegarkan jalanraya ibu kota ialah bangsa Melayu. Seolah-olah mereka menempikkan suara yang bergema menembusi pelusuk kota dan seluruh dunia cyber..."kita serahhhh!!!". Sedikit demi sedikit, orang Melayu mula mengedurkan adatnya. Orang Melayu tega menyerahkan haknya. Sedikit sedikit lama-lama jadi bukit. Bilakah orang Melayu nak serahkan bangsanya?
Semua tahu terjemahan perkataan "God" dari bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia a.k.a Bahasa Melayu ialah "Tuhan" BUKAN "Allah". Kenapa mesti gunakan perkataan Allah dan tidak menggunakan "Tuhan"?. Para Reverange di Amerika malah di negara luar khasnya Negara Barat yang tidak beragama Islam tidak menggunakan "Allah is the lord". Mereka menolaknya. I doubt, saudara-saudara kita yang menganut agama Kristian di Malaysia akan menukar akidah mereka dengan menerima "Allah is our Lord". So, kenapa perkataan "Allah" mesti digunakan?
Pendakwah dan penegak Islam harus menerima hakikat bahawa bagi bagi penganut agama Kristian dan Bukan Islam "Allah is not Their Lord" pada hakikat yang sebenar-benarnya dalam kontek agama mereka. Walaupun orang Islam berpegang kepada "tali" kalimah "Tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah" tetapi anggapan dan pegangan penganut agama lain selain Islam adalah berbeza.
Penganut agama Kristian juga tidak semestinya menjadi kumpulan yang ghairah dengan pekembangan isu kalimah ini. Mereka juga risau mengenai pegangan atau aqidah generasi mereka. Aqidah asas "Christianity" ialah "Jesus is The Lord". Oleh itu mereka juga risau mengenai penggunaan "Allah". Apakah mereka tidak risau bila generasi mereka mula menerima hakikat bahawa "Allah is The Lord" dan bukan lagi Jesus Christ?
Sejak merdeka, kita berjaya membina negara ini dengan kekuatan perpaduan, harmoni dan semangat toleransi yang hebat. Semangat ini disanjungi negara luar kerana masyarakat Malaysia yang Majmuk hidup rukun dan damai. Negara luar mencemburi kita.
Pergolakan dan pergelutan menguasai politik telah mengubah "landskap negara" BUKAN sekadar "landskap politik negara". Orang Melayu sudah mula terpujuk dan terbujuk setelah godaan demi godaan untuk melonggarkan "adat Melayu"; tergoda untuk menyerahkan hak mereka sendiri. Kini bukan sedikit orang Melayu yang tidak lagi sensitif terhadap agama. Terbukti dengan isu kalimah yang sedang hangat kini. Ada Melayu yang membela dan mempertahankan agar God itu Tuhan. Ada pihak yang membela dan mempertahankan God itu Allah yang mahaesa untuk semua walaupun ramai yang tidak seakidah Islam pada asasnya. Mereka dibolehkan menggunakannya dengan izin dan sokongan golongan tertentu.
Konsep kebenaran menggunakan "Allah" perlu dilihat kesannya yang keliru dan mengelirukan terutama ke atas generasi masa depan. Exclusivitynya kepada Islam tidak sepatunya dipinggirkan atau dianggap sempit dan kurang ilmu oleh sesetengah pihak yang dibayangi agenda peribadi dan agenda organisasi. "Dakwah politik BUKAN Dakwah Islam. Dalam kontek ini sahaja, Melayu sudah berpecah dan menanti untuk diperintah. Apakah Melayu bangga dengan keadaan ini? Bilakah Melayu menyerahkan bangsanya? Bila sampai saat itu, Tanah Melayu ini sudah tidak lagi bertuan.
Related
1. Nik Aziz Tidak Setuju.
2. Isu Kalimah-Elak Rusuhan Natrah
3. Individu yang terlibat dengan kalimah Allah.
The Allah name issue: patronymic nom de Plume or merely ......
4. Gara-gara-majlah-herald-khalid-samad di desak Keluar dari PAS
2 comments:
SLM ZIARAH..KEISTIMEWAAN ORG MELAYU MMG TIADA TANDINGANNYA. TERLALU PERAMAH, TERLALU BAIK, TERLALU BERBUDI PEKERTI, SUKA MEMBERI SAMPAIKAN ADA PIHAK YG AMIK KESEMPATAN DARI KEPERAMAHAN, KEBAIKAN, BUDIPEKERTI, DAN SIFAT TAK LOKEK TU YG MANA AKHIRNYA MEMAKAN DIRI SENDIRI
Salam SL, setuju dengan komen Jeffry,...... Nik Aziz dah buat koner lipat dengan isu ini..... Khalid dan Anwar kena mengucap semula....... berastrafal banyak-banyak..... Haron DIN kata 'kufur' kepada sesiapa yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi.....
Post a Comment