Translate

Tuesday, July 13, 2010

Curi Pasir: MB Selangor Lepas Tangan

MP Kapar dakwa terima 25 aduan kes curi pasir di Selangor



Kawasan melombong pasir seluas 120 hektar yang telah dikorek sebanyak 20 hektar dengan kedalaman 26.6 meter Kawasan itu terletak kira-kira 16.6 meter berhampiran kawasan hutan simpan rekreasi Paya Indah Wetland. -foto BERNAMA

PETALING JAYA: Pendedahan terbaru berhubung skandal kegiatan melombong pasir di Selangor yang semakin tidak terkawal membuktikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 'lepas tangan' serta tidak mengambil langkah proaktif bagi menangani kegiatan berkenaan, kata Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam.

Beliau berkata, aktiviti melombong pasir secara haram tidak akan berleluasa sekiranya Abdul Khalid benar-benar serius membanteras kegiatan berkenaan yang menyebabkan kerajaan negeri kerugian berpuluh-puluh juta ringgit setiap tahun.

"Isu curi pasir di Selangor bukan perkara baru, saya yang mula-mula bangkitkan dulu, tapi masalah ini semakin merebak kerana kerajaan negeri tak mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya.

"Sejak pendedahan yang saya buat dulu, Menteri Besar masih berdiam diri... tak ambil tindakan tegas," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media hari ini yang mendedahkan mengenai kegiatan melombong pasir di kawasan seluas 20 hektar tanah terletak kira-kira 50 meter dari taman rekreasi Paya Indah Wetlands di Dengkil.

Aktiviti yang dipercayai dijalankan di atas tanah milik kerajaan itu berlangsung sejak dua minggu lalu dan dikatakan 10 juta tan metrik pasir dianggarkan bernilai RM220 juta sudah dikorek.Berita Penuh di sini



RELATED
-ADAKAH CURI PASIR INI MENDERMA KE YAYASAN AMAN....YAYASAN AMAN (MILIK PKR) klik di sini
-ADUN BN diusir 

No comments: