Translate

Tuesday, August 24, 2010

ANWAR JANGAN MEMBISU ATAU KURA-KURA DALAM PERAHU!

Dengan gaya dan kepetahan Anwar berkata-kata..Ikan masinpun bisa berenang!

Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), membuat kenyataan bahawa hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan.  Katanya, “PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai. 
 
Tambahnya lagi, sebagai mengeko kata-kata Karpal Singh, bahawa Hudud PAS dan Negara Islam yang diimpikan PAS itu bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan." Beliau berharap PAS akan mempertimbangkan pendiriannya mengenai hukum hudud dan negara Islam. Atau bererti PAS harus lupakan saja niat mereka itu
 
Ikon Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim cuba membisu dan bersikap seperti "kura-kura dalam perahu". Tidak pula kita tahu kalo di belakang dia bagi komen.

Ini semua adalah gara-gara Anwar yang kononnya PEMEGANG REKOD SEBAGAI ORANG  BIASA PERTAMA DAPAT MENYATUKAN DUA  PARTI, PAS-DAP, YANG BERBEDA SEGALA-GALA KECUALI MATLAMAT SATU, MAHU MENJATUHKAN KERAJAAN BN DAN MENDAPAT KUASA.. 

No comments: