Translate

Thursday, March 24, 2011

Orang Yang Dibebalkan Oleh Politik Sukar Mempercayai Mata Kepalanya..Apatah Lagi Mempercayai Mata Orang Lain!

Bila anda telah melihatnya dengan mata kepala anda bukankah "seeing is believing". Yang bijaksana tidak akan jadi "bebal politik @ dibebalkan oleh politik"


Mereka yang telah menonton video XXX yang dikatakan melibatkan DSAI sebagai pelaku (bukan pelakon) sudah mengesahkan identiti pelaku itu. Mereka mempercayai mata dan kepala mereka sendiri. Tetapi mereka yang dibebalkan oleh "politik", ada tendensi untuk tidak mempercayai mata kepala mereka sendiri. Ada juga yang semakin bebal dengan membuat kesimpulan bahawa pelaku itu bukanlah Pemimpin Pembangkang Kanan @ Anwar Ibrahim walaupun tiada melihat sendiri dengan mata kepala mereka. video  XXX itu .Inilah yang disebut sudah dibebalkan oleh politik.

Seorang wartawan yang sering mengecam kerajaan, setelah melihat video itu, telah melaporkan dengan tulisan begitu terperinci mengenai utan ruperistiwa dia dijemput hinggalah selesai menonton video itu. Tulisannya memang menggambarkan seakan kita terajak berada di situasinya. Dia, sebagai penulis, memang menulis keadaan sebenar. Dia telah melihat video XXX itu dan mempercayai mata dan kepalanya. Dia TIDAK sanggup menjadi bebal politik. 

Bagaimanapun, dia dimaki hamun oleh mereka yang tidak pernah menontonnya. Mereka yang maki hamun ini "typical bebal dik politik. Typical!

Presiden PKR sendiri melahirkan rasa tidak ingin melihat video itu. Sudah pasti jika video itu menunjukkan keasliannya dan DSAI sebagai individu yang terlibat, kesannya kepada rumahtangganya amat hebat, sehebat Tsunami di Fukushima, Jepun. PKR pula seperti nuclear reactor yang meletup di Fukushima. PKR pasti akan ditinggalkan pensimpatinya dan DAP serta PAS tidak akan mampu untuk bersekongkol dengan parti yang pemimpin utamanya TIDAK bermoral. PAS pastinya tidak akan bersekongkol dengan parti dan pemimpinnya yang tidak bermoral.

Bagaimanapun, alam cyber membolehkan pelayarnya menulis mengikut selera mereka (penulis). Balaci-balaci DSAI sudah awal-awal lagi meolak kenyataan bahawa DSAI adalah "pelaku" dalam video XXX itu. Dalil-dalil lama sudah digunakan. Lalu menganggap bahawa video XXX itu adalah FITNAH III. Mentang-mentang FITNAH I dan FITNAH II mempunyai  pelanggan di pasaran bebal politik maka diletakkan jenama ke atas Video XXX itu FITNAH III. Harapannya, walaupun belum pasti ketulinan video XXX itu, agar berahi  dan kemaruk politik mereka tidak menurun dan masih pula dapat mengangkat muka kepada pencacai segolongan dengan mereka.

Bagaimana jika video itu benar dan didapti bahawa pelakunya ada "pemimpin pujaan hati mereka"?.

Sudah ramai yang awal-awal lagi memnyambung nafas pemimpin ini  yang hampir putus! dengan mengatakan dia buat apa sekalipun tak apa, kami masih tetap sokong.... Tidak benarkah bahawa Politik boleh membebalkan sebilangan manusia? atau 'KALOPUN HITAM..HITAMLAH!!

RELATED:
-Shuib Lazim Yakin Kebenaran Akan Terbongkar 
-KEMPEN JOM KE NERAKA... PAS KATA SEKS ANWAR 'POWER'!! 

2 comments:

Senjaliza said...

Bila Dato T mengatakan saya ada dalam video itu..tentulah dia tahu siap si jahanam yang membaham amoi itu.

Kalo dah bebal politik, mudahkan mereka memahami kenyataan Dato T ini?

anak X-PKR said...

Kalo tanya NIK AH ZIz tentu dia akan menjawab..lebih kurang begini..."ambo tak nampok, somue itu kerja umeno depo memie janane"

Pendirian Nik Aziz sudah menyimpang jauh dari pendekatan hukum. Dia menggunakan pendekatan politik.

Tunggulah bila disakhan oleh SIRIM Malaysia Berhad bahawa pelakon dalam Video XXX yang panas ditunggu di pasaran ialah si PEMBOHONG 2 Nuwar!