Translate

Thursday, April 21, 2011

Terlalu leka mengkritik kemenangan BN, Pakatan Rakyat lupa kekalahan mereka.

Bapa Promoter DAP sedang melakukan lelongan maruah bumiputera Sarawak..

Kalah 46 dan hanya menang 3 kerusi DUN dalam PRU Sarawak 2011, PKR dan juak-juak pakatan rakyat masih sebok menganalisa memperkecilkan kemenangan lebih 2/3 Barisan Nasional. Dalam kamus pakatan rakyat, mereka masih menang walaupun mereka pada hakikatnya terbujur dan terkujur di Bumi Kenyalang.!. 

DAP boleh berbangga kerana alat ampuh mereka PAS dan PKR yang diketuai "Bapa Promoter DAP", berjaya memainkan peranan mereka sebagai alat meletakkan DAP lebih baik dari kedudukan mereka sebelum ini. Walaupun dengan kemenangan itu, DAP tidak melalak seperti PKR dan PAS. 

Di Sabah pula, Bekas Ketua  PKR Sekong, Sandakan, yang kini menyertai SAPP (dia ini amat menyesal meninggalkan UMNO dan PBS) lebih bersikap realistik dengan mengatakan kekalahan PKR sebagai Kalah. Katanya...PKR the real spoiler

Malang sekali bapa promoter dap menghilangkan diri selepas mengetahui partinya kalah teruk!. Lalu dia berangkat ke luar negara tanpa mengucapkan terima kasih kepada Rakyat Sarawak yang mengundinya  dan pernah menghidangkan "terubuk diasap" dan "otak-otak" di Sarawak.   (lain kali tidaklah kena undi lagi).

Kini kata pengundi Bumiputera Sarawak..."kalo kamik tahu begini,  kamik tidak undi anwar berahim".. dari penyataan Pengundi Bumiputera Sarawak ini, tahulah anda dengan terang lagi bersuluh bahawa gelaran "bapa promoter dap itu ada benar

No comments: