Translate

Tuesday, May 24, 2011

PAS tak kisah nawaitu DAP.

DAP punya kehendak, Melayu DAP upah. Ada PAS kisah?
Pendedahan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam, mengenai gerakan sistematik DAP untuk menawan Perak, Melaka dan Negeri Sembilan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti, perlulah dipandang serius oleh orang Melayu.

Bukan sahaja orang Melayu di tiga negeri terbabit malah di seluruh negara perlu berhati-hati dengan gerakan DAP itu.

DAP hanya mencari orang Melayu untuk dijadikan calon pilihan raya semata-mata bagi memastikan sekiranya menang, Menteri Besar atau Ketua Menteri di negeri majoriti Melayu terbabit daripada parti itu. -seterusnya di sini
PAS yang ditinggalkan DAP dalam Barisan Alternatif dahulu seakan lupa sejarah itu. Bagi PAS cerita itu adalah cerita lampau. seolah olah DAP sudah belajar dari kesilapan meninggalkan PAS. Tapi nawaitu DAP tak akan dapat dikikis PAS. 

LKY diberikan thum-up oleh TGNA. PAS seakan berbangga dengan gambar TGNA berikan thumb-up ke atas LKY. LKY seakan diberikan cek kosong yang sudah ditandatangani TGNA. Sebagai saudara kandung kepada PAP singapura, DAP tentunya bangga dengan sikap dagang lalu ditanakkan PAS.

Seruan "over my dead body" oleh KS, PAS sudah tak hirau. Kata-kata pemimpin DAP agar "nawaitu PAS mengujudkan negara Islam" mesti dilupakan dan ditolak jauh-jauh oleh Pakatan Rakyat - PAS sudah tak hirau. PAS sudah sebati dengan ideologi menguburkan parti kebangsaan Melayu, UMNO. Walaupun lawan sebenar PAS ialah BN, UMNO jugalah yang dibalun PAS dan kuncu-kuncunya demi menselarikan perbuatannya itu dengan kehendak DAP.

Dalam keadaan ini membolehkan DAP mudah meyucuk hidung kepimpinan PAS. Dan PAS seakan menghalalkannya. Kepimpinan PAS sudah menjadi "YES SIR" kepada DAP.

Ini adalah dosa politik terbesar DSAI kepada penyokong PAS dan parti itu. DSAI telah berupaya menjinakkan pemimpin PAS sehingga PAS meninggalkan IDEOLOGI perjuangan asal PAS. PAS kini sudah tidak kisah apa sebenarnya nawaitu perjuangan DAP.

No comments: