Translate

Wednesday, June 8, 2011

Nasib Pak Kadok: Naga Menelan PAS.


Naga kini sudah memamah dan bakal menelap PAS dan Ideolginya. Apakah yang menjadi pegangan pendokong hardcore PAS dan Para Ulama?
Gugur dasar negara Islam dikritik
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Jun – Langkah Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggugurkan dasar negara Islam dan menggantikannya dengan negara berkebajikan kini mencetuskan kemarahan ahli akar umbi sehingga menjejaskan keyakinan mereka terhadap Pas.

Mereka yang sebelum ini mendokong perjuangan Pas kerana terpesona dengan hasrat parti itu untuk menubuhkan negara Islam, mula mempersoal dasar baru tersebut secara terbuka kepada pemimpin-pemimpin Pas melalui saluran laman sosial Facebook.
Jika asas perjuangan PAS selama ini ialah Islam dan "Islam the way of life", apakkah yang  bakal terjadi kepada PAS jika PAS mengguggurkan "dasar negara Islam"? Apakah persepsi rakyat terhadap asas perjuangan yang selama ini menjadikan Islam sebagai "scud dan patriot" PAS, yang selama ini dijaja di seluruh pelusuk tanahair malah serata dunia?

Ir. Haji Nizar Jamaluddin, mantan MB Perak pakatan rakyat, pernah mengatakan di dalam sidang DUN Perak bahawa "tidak ada dalam mana-mana manuscript PAS untuk mengujudkan negara Islam" ...Ramai penyokong PAS yang TIDAK happy @ selesa dengan kenyataan itu. Apa sudah jadi kini?. Sudah sebulat suara ker PAS melenyapkan impian Negara Islam dan sistem pemerintahan Islam semata-mata memberikan peluang Naga menelan PAS?

Bila dikatakan PAS itu bukan parti Islam, orang PAS marak menyala. Bila hudud PAS dipertikai orang PAS menyala marahnya. Mana perginya hudud dalam kes Video Sex China doll +  pemilik omega  kurniaan kerabat Saudi yang hangat di pasaran kini? Hai pandikunti omega "bekerja" nak disaksikan 4 orang  lagi ker? atau sekadar helah atau memperjudikan hukum kerana nafsu politik atau video itu boleh disaksikan sejuta manusia?

Apakah ini bermakna bahawa asal ideologi yang  mengenalkan Islam yang hanya bersumber dari Al-Quran dan Hadits (sabda Nabi) kini diubah menjadi atau dicampuri khurafat, syirik, dan bid'ah yang telah banyak menyesatkan rakyat di kalangan orang Islam semata-mata kerana politik?

JAWABLAH SAH ATAU TIDAK!

Sejarah Persatuan Islam Indonesia yang diperalat Komunis perlu menjadi panduan bagi kita semua. GESTAPO INDONESIA dan konfrantasi di Kalabakan perlu dijadikan tauladan.

Jangan sampai nasi jadi bubur, ala sabung menang sorak, ayam terlepas tangan berbau tahi dan  akhirnya kampung tergadai, Pak Kadok belum juga tentu PERGI SYURGA.

1 comment:

anak X-PKR said...

Ada yg bagi alasan negara kebajikan adalah amalan negara Islam....

Hai..ayam dan telur tak tahu ker apa bezanya...

Nak bagi tahu..telor tu keluar dari 'JUBUR" ayam ler..takkan si Nowar tak tau!