Saban tahun Pakatan Pembangkang akan sibuk menyediakan bujet mereka apabila pembentangan bujet oleh kerajaan bakal dibincangan di Parliment Malaysia. Murid-murid sekolah rendahpun tahu bahawa setiap tahun Negara perlu membentangkan bujet dan bujet itu akan dibentangkan oleh Kerajaan BUKAN oleh Pembangkang!.
Ajaibnya, Pakatan Pembangkang mengeluarkan bujetnya untuk dibentang kepada siapa, di mana dan untuk siapa kita semua tidak tahu. Bujet Pakatan Pembangkang ini TIDAK LEBIH dari BUJET ANGAN-ANGAN.
Ajaib bin aneh kerana Bujet pakatan Pembangkang ini konon dapat menyelamatkan 200 billion ringgit wang rakyat. Agaknya Mat Sabu, pengasas al juburi, memiliki keajiban yang sangat ajaib. Berangan-angan sahaja sudah dapat menyelamatkan wang rakyat sebanyak 200 Billion ringgit...!!!. Boleh tahan ilmu dan kepakaran Mat Sabu ini...tetapi nak demo masih belajar dari ambiga!. Britain atau USA barangkali kena belajar dari Mat Sabu untuk mengangkat martabat ekonomi kedua negara ini sehingga memberikan kesan dan limpahan kepada ekonomi global!
Sayangnya bila tiba masanya Bujet Kerajaan juga yang akan dibentangkan di Parliment. Dibahas dan diperhalusi. Manakala bujet Pakatan Pembangkang tetap diketepikan dan menjadi angan-angan. Teringat SL, bila kerajaan sedang dalam rangka melantik Menteri Menteri Kabinet Malaysia, Pakatan Pembangkang juga sebuk menyediakan Barisan Kabinet Bayangan Mereka. OMG.. Bayang-bayanglah Kabinet Pembangkang itu sehingga kini!
Suatu ketika, apabila kerajaan menggerakkan tranformasi ekonomi negara dan NKRA diperkenal, Pakatan Pembangkang pula mengeluarkan "Buku Jingga". Mana Buku Jingga? Hangat-hangat tahi ayam?. Yang jelas ialah mereka yang cuba berusaha mengetengahkan idea Pakatan Pembangkang itu hanyalah sekadar coba menonjolkan diri agar dipilih "jadi calon" PRU 13 nanti.....
Siapa pakar Ekonomi yang dikatakan Mat Sabu? Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor ker?. Songlap Wang Rakyat bolehlah!
Secara professional jika diteliti dengan mendalam, bertolak dari Barisan Kebinet Bayangan, Pakatan Pembangkang, Bujet tahunan Pembangkang dan hinggalah ke Buku Jingga, Pakatan Pembangkang, semuanya adalah ANGAN-ANGAN BELAKA. Nawaitunya hanyalah sekadar cuba mempengaruhi rakyat dan memaklumkan kepada rakyat bahawa Pakatan Pembangkang juga mampu seperti kerajaan. Pada hakikatnya semua gagasan Pakatan Pembangkang itu HANYALAH GIMIK politik yang tidak realistik dan dianggap sebagai percubaan dan usaha membohongi dan mengelirukan rakyat.
2 comments:
Kalo yg ini belanja makin lebih: lihat Al Juburi kata"
"Langkah-langkah tersebut seperti yang terdapat dalam Buku Jingga. Antaranya termasuklah mengadakan skim kifalah bagi ibu tunggal seperti yang dilakukan oleh Kerajaan kelantan yang akan turut dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat lain termasuk Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.
"Selain itu, kita juga akan turut menyediakan subsidi yang akan disalurkan terus kepada rakyat termasuk subsidi petroleum dan lain-lain subsidi sekiranya Pakatan Rakyat diberikan mandat memerintah negara pada pilhanraya umum akan datang," tegas beliau.
Dia ibgat negara ini Negara Olok Olok nak buat Bujet Olok olok.. Dia sokong komunist samalah seperti dia buat Agama olok-olok..
jangan nak tipu rakyatlah...rakyat dah tahu pembangkang sudah ditimpa tsunami ciptaan mereka sendiri..bala dah nak turun...
Post a Comment