Translate

Sunday, September 7, 2008

LESEN UNTUK MELONTARKAN KATA "PEMBOHONG"

YB Dato'Seri Anwar Ibrahim dan Ybhg. Datuk Datin Puan Seri.
DSAI "Tunggu dulu..selewat-lewatnya 16 September, 2008...."

16 September-Hari Malaysia
Bersamaan Tarikh Menentukan Kebenaran Kenyataan DSAI.

Sabah merdeka melalui Malaysia pada 16 September, 1963. Sabah telah meredeka selama 45 tahun setelah bergabung dengan Malaya atau Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura membentuk Malaysia. Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos, 1957. Tarikh 31 Ogos bagaimanapun diangkat sebagai tarikh kemerdekaan Malaysia walaupun banyak di persoalkan sejak akhir-akhir ini setelah sekian lama tidak dipersoal langsung. Malah tarikh itu menjadi tarikh kebanggaan majoriti rakyat Malaysia di segenap pelusuk negara termasuk rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak sejak berpuluh-puluh tahun yang lampau tanpa banyak persoalan.

Selewat-lewatnya 16 Sepember, 2008, adalah tarikh yang telah ditetapkan dan dijanjikan oleh YB. Dato’Seri Anwar Ibrahim sebagai tarikh menerima kemasukan seramai 30 atau lebih Ahli-Ahli Parliment Barisan Nasional untuk “melompat” ke Pakatan Rakyat. Sekaligus membentuk kerajaan baru yang menjadi Harapan Baru Untuk Malaysia. Tarikh hangat ini hanya tinggal kurang dari 9 hari lagi untuk mendapat atau memberi “jawaban” kepada “curiousity” majoriti rakyat Malaysia. Tarikh ini menentukan bahawa DSAI “berbohong” atau bercakap benar.

“Hari ini secara resminya kita ada 82 kerusi parliment”-DSAI.
“yang tak resmi”-Hadirin
“Yang tak resmi..tunggu dulu”..DSAI- diikuti tepukan gemuruh dalam satu perhimpunan selepas PR berjaya menafikan BN 2/3 majoriti kerusi di Parlimen.


Tunggu dulu selewat-lewatnya 16 September 2008. Soalnya, adakah DSAI menjadi “kalis isu moral” sekiranya janjinya tidak menjadi kenyataan?

Penganalisa Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Mohammad Agus Yusof menyatakan bahawa DSAI tidak akan dapat merealisasikan impiannya menjadi PM menjelang tarikh itu. Kemungkinan ianya dapat direalisasikan kemudian kiranya BN gagal mengadakan refomasi yang dapat mengembalikan keyakinan rakyat. Ini sekaligus bermakna sekiranya pucuk pimpinan BN berjaya merekacipta reform yang mampu meyakinkan dan mengembalikan keyakinan rakyat, maka janji DSAI itu akan tinggal janji. Maka benarlah “bahawa janji politik sama seperti tiada janji langsung”.

Bagi saya, DSAI hanya melakukan “hearsay” bahawa seramai 30 MP BN akan melompat ke PR terutama mereka dari Sabah dan Sarawak dan sebahagian dari Semenanjung Malaysia yang kononnya “muak” dengan pucuk pimpinan UMNO khasnya Pak Lah plus menantunya, Khairy Jamaludin, dan Pak Najib. Namun majoriti MP dari Sabah dan Sarawak berkata sebaliknya. Secara lojiknya siapa yang berkata benar? Para empunya diri atau “hearsay”?.

Tarikh 16 September, 2008 bagai memberi kita “lesen” kelak untuk berkata siapa sebenarnya “pembohong”. Seperti tuan-tuan dan puan-puan, saudara saudari yang dihormati sekalian, sayapun tertunggu-tunggu. Kita akan lihat nanti.

Saturday, August 30, 2008

KEBEBASAN MEDIA

Kebebasan Media
Tun Dr. Mahathir Mohamad: chedet.com

1. Selepas pengumuman Barisan Nasional kalah di Permatang Pauh pemberita datang ke Yayasan Kepimpinan Perdana dan mendesak supaya saya adakan satu sidang akhbar.

2. Dalam sidang akhbar itu saya secara terus terang berkata sidang akhbar tidak berguna kerana mereka tidak akan dibenar melaporkan jawapan-jawapan saya melainkan yang boleh diputar supaya ternampak saya menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Kerajaannya.

3. Seperti yang saya jangka laporan yang dibuat berlainan dengan apa yang saya perkatakan.

4. Ditanya berkenaan dengan penurunan harga minyak, saya jawab yang ini ada kaitan dengan Permatang Pauh. Kita patut ada lebih banyak pilihanraya kecil supaya harga minyak dikurangkan lagi.

5. Yang dilapor ialah saya berkata penurunan harga minyak adalah baik untuk rakyat. Itu sahaja.

6. Saya juga ditanya tentang apakah perancangan saya selepas Permatang Pauh. Apakah saya akan kembali ke UMNO?

7. Saya ingatkan mereka bahawa saya keluar UMNO dengan bersyarat. Saya akan mohon kembali ke UMNO jika Dato Seri Abdullah tidak lagi menjadi presidennya, iaitu jika dibenar.

8. Apabila saya kembali saya akan turun padang dan bekerja keras untuk menarik balik bekas-bekas penyokong UMNO dan BN yang telah sokong parti lawan dalam Pilihanraya Umum ke-12.

9. Saya juga jelaskan yang kerja ini memerlukan masa. Kalau kepimpinan bertukar pada Jun 2010, tidak ada masa untuk pulih parti sebelum Pilihanraya Umum ke- 13.
10. Semua ini tidak sedikitpun dilapor dalam mana-mana akhbar atau televisyen. Inikah yang dikatakan kebebasan media yang dijanjikan oleh Dato Seri Abdullah?

READ MORE....
SENJALIZA.
Melupakan pengorbanan dan jasa pemimpin seperti Tun adalah satu yang malang bagi UMNO. Menafikan kebenaran yang Tun katakan adalah sesuatu yang malang buat Negara.

Friday, August 29, 2008

MASIH BERBALAH, MASIH BERPECAH?

Pertandingan dan pemilihan UMNO Bahagian di Sabah masih hangat dan sampai ke tahap berbalah. UMNO yang mencanangkan "Pengukuhan Perpaduan Nasional" dan "merapatkan kesepaduan ahli-ahli" nampaknya tidak menampakkan "Kepimpinan Melalui Tauladan" yang mampu dibanggakan oleh kalangan ahli-ahli. Dari utara negeri Sabah, Pantai Barat, Pedalaman Atas dan Pedalaman Bawah, suara mengkritik, merendah-rendahkan malah menghina sesama pemimpin dalam parti kedengaran semakin lantang di kedai-kedai kopi dan tempat awam.

Khabarnya, hanya beberapa Ketua Bahagian yang tidak mendapat tentangan: Datuk Hajiji Mohd. Noor di Bahagian Tuaran, Datuk Anifah Aman di Kimanis, Datuk Haji Lajim Haji Okin di Beaufort, Datuk Haji Masidi Manjun di Kinabalu dan Datuk Ghapur Haji Salleh di Kalabakan. Pun begitu untuk pertandingan merebut jawatan yang lebih rendah dari ketua bahagian, percakaran terus berlaku. Oleh kerana penamaan calon masih berjalan, pengesahan belum dapat dibuat.

Dalam keadaan UMNO sedang tenat; dalam keadaan UMNO menghadapi saat-saat genting; UMNO Sabah masih kucar-kacir. Di peringkat cawangan berlaku perselisihan dan perbalahan; di peringkat bahagian lebih bercakaran. Tidak perlu kita sembunyikan di bawah permaidani bahawa politik wang berleluasa, janji-janji manis bertaburan para calon menjadi semakin pemurah material dan senyuman buat sementara. Ianya berlaku dan berleluasa.

Pada saat ini, pihak lawan dan musuh UMNO tentunya akan menanguk di air yang keruh. Mereka tentunya "lebih senang" melihat UMNO berpecah. Mereka tentunya akan mengatakan bahawa UMNO adala parti berbalah sesama sendiri dan hidup beresam "survival of the fittest". Sedang UMNO berbalah, mereka tentunya akan "mempromo" dan mendabik dada bahawa mereka adalah "jaguh" perpaduan dan pilihan rakyat yang lebih ideal dan mampu menyatukan pelbagai kaum dan agama dari pelbagai parti; sedang UMNO satu parti, satu ideolgi dan secara majoritinya satu bangsa dan agama; tapi berbalah.

Apakah kerana perbezaan agenda (peribadi?) membawa kepada perebutan kuasa ini? Apakah tanpa memegang jawatan dalam Bahagian sesorang pemimpin atau ahli itu tidak mampu memberikan khidmat dan bakti kepada agama, bangsa dan tanahair?. Apakah kerana pengujudan "camp" dan "team" dalam UMNO Sabah maka UMNO retak menanti belah? Tepuk dada tanya selera..

Pada saat genting dan kritikal bagi UMNO ini, pemimpin UMNO perlu berkorban, menguatkan kesepaduan dan merapatkan barisan pemimpin dan kepimpinannya. Kalau kesedaran ini tidak berlaku, terutama musim ini, UMNO akan gagal dan digagalkan oleh pemimpinnya sendiri. Andainya trend ini terus menjadi amalan, saya khuatir, UMNO akan menjadi parti yang "self destruck". Tunggu dan lihatlah..

Sunday, August 17, 2008

PEMILIHAN UMNO: Politik Wang, Percakaran dan Pengorbanan

"Doa seorang pemimpin yang telah banyak berkorban"
Bahagian i.
UMNO: Dulu, kini dan selamanya.

Selepas PRU 12, UMNO berada pada tahap yang kritikal. Tanpa Sabah, tanpa Sarawak, Kerajaan Persekutuan telahpun jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional di Tanah Melayu sudah pasti jadi pembangkang.

Dalam keadaan kritikal, gagasan Dato Seri Anwar Ibrahim melalui gabungan tiga parti menjadi Pakatan Rakyat, tetap mengancam Barisan Nasional yang terbentuk oleh 14 komponen parti. Congak 140 VS 82 yang digunakan Anwar masih terus menjadi senjata ilusinasi yang mampu melumpukan dan melunturkan semangat sesetengah pemimpin BN. Contoh yang amat ketara ialah Bekas Timbalan Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, bekas Ahli Parlimen Klang; MCA Semporna Division Chief Datuk Thien Kok Poh yang diberitakan telah mengepalai 100 ahli MCA meninggalkan MCA, Dato Fauzi Abdul Rahman yang meninggalkan perjuangannya dalam UMNO dan menyertai keadilan. Dan beberapa lagi yang tidak manis dikenang dan tidak indah menghiasi ruang ini.

Usia Barisan Nasional telah menjangkau 35 tahun setelah mewarisi perjuangan dari Parti Perikatan dalam tahun 1973. Sejak itu UMNO telahpun menjadi tulang belakang Barisan Nasional. Secara tradisi Presiden dan Timbalan Presiden UMNO akan menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Kontrak sosial yang diterima rakyat Malaysia.

Sehingga PRU11, ternyata UMNO unggul, walaupun pernah melalui beberapa siri krisis dalaman. Semuanya berkisar dan bergolak sambil berbaur politik wang, percakaran dan pengorbanan. Dua perkataan yang hodoh, satu sahaja yang indah, namun UMNO masih sebagai tulang belakang Barisan Nasional. Sebagai parti tulang Belakang, ianya menjadi “punching bag”, sasaran cemuhan, dan ancaman apakala sesuatu kepincangan berlaku dalam Barisan Nasional; apabila berlaku penyelewengan dan salah laku seseorang pemimpin tertentu dalam UMNO dan BN, UMNO yang menerima padahnya. Seolah-olah ianya salah UMNO, seolah-olah kita tidak dapat membezakan antara Islam dan Terrorisma. Begitulah anggapan dan tanggapan terhadap UMNO secara am.

“Dulu, Kini dan Selamanya” hampir menjadi slogan yang pudar masakini. UMNO dulu bukanlah UMNO kini dan kewujudanya untuk selamanya menjadi persoalan yang dimomok-momok di dada media massa. Politik Wang, Percakaran dan Pengorbanan semakin menjadi amalan yang normal. Semakin menjadi darah daging dalam UMNO. Malah istilah “membunuh atau dibunuh” semakin menjadi praktis yang dihalalkan dalam UMNO akhir-akhir ini.

Tun Mahathir dan Isa Samad adalah contoh mangsa politik wang, Anwar Ibrahim dan Tengu Razaleigh Hamzah adalah dua individu yang menjadi mangsa percakaran politik dalam UMNO. Manakala Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said adalah antara contoh pemimpin yang menjadi “mangsa” politik kerana “pengorbanan”.


Bahagian ii
Pengorbanan Salleh Said Keruak

PRU 10, dalam rekod, Salleh adalah Ketua Menteri Sabah yang kedua setelah kemasukan UMNO ke Sabah. Dia juga adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah masa itu. Dia terpaksa berkorban mengosongkan jawatan Ketua Menteri kerana Sistem Penggiliran Jawatan Ketua Menteri terpaksa dikuatkuasakan. Bererti dia juga terpaksa selanjutnya mengosongkan Jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah. Pada masa itu, dia masih ADUN N.8-Usukan dan MP. P148 (kini P.169)-Kota Belud. Beliau juga telah berkorban dengan memberi laluan kepada Datuk Japlin Akim, Ketua Pemuda UMNO Sabah, yang mengambil alih DUN.N.8-Usukan dan tinggallah MP-Kota Belud di tangannya.

Selepas PRU 11, Keinginan Salleh untuk membentuk pasukan kepimpinan UMNO Bahagian Kota Belud yang teguh, menyebabkan dia menawarkan Datuk Haji Musbah untuk memangku jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud. Dengan demikian dia dapat menumpukan perhatian penuh ke atas tanggungjawab dan peranannya sebagai Ahli Parlimen. Dalam pemilihan UMNO Bahagian beliau mengotakan katanya dengan berkorban memberi laluan kepada Musbah untuk Menjadi Ketua UMNO Bahagian. Bagainanapun pada masa itu Musbah mendapat tentangan daripada Datuk Haji Yahya Lampong yang ingin mencuri peluang “di padang permainan Musbah” setelah Salleh tidak bertanding seperti dijanjikannya.

PRU 12 menyaksikan satu lagi pengorbanan Salleh. Dia bersama-sama Pandikar Amin Mulia digugurkan sebagai calon BN P.169-Kota Belud dan DUN-N.6-Tempasuk. Pengorbannnya tidak terhenti di situ. Dia dan Pandikar Amin Mulia, juga berkorban, masih mengangkat tangan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan DatukHaji Musbah dan bertekad memenangkan mereka di kawasan yang mereka tandingi, kawasan yang bagai dirampas dari Salleh dan Pandikar. Ternyata, DARD menang Kerusi Parliment P.169-Kota Belud. Musbah juga menang di N.6-Tempasuk.

Pandikar dilantik Speaker; Salleh tidak di lantik apa-apa. Mantan Ketua Menteri, Mantan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Mantan Ahli Parlimen Kota Belud, Mantan ADUN Usukan dan Mantan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu, Datuk Seri Salleh Said Keruak, hanya dilantik semula sebagai Penasihat Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PBPPPM) cawangan Sabah bagi penggal 2008-2010 oleh ahli Jawatankuasa Badan itu. BUKAN juga dilantik Yang Berhormat Senator, tetapi Presiden USBO-United Sabah Bajau Organisation, yang menjadi faktor penentu jatuh bangunnya UMNO di Sabah.

Pengorbanan apa lagi yang mahu dipikulkan di bahu Salleh Tun Said?.

Pemilihan UMNO Bahagian Kota Belud, menjelang Oktober, 2008, ini memperlihatkan ada usaha untuk mengorbankan karier politik Salleh yang telah banyak berkorban. Sesetengah pemerhati politik menyatakan "verdic" mereka bahawa “enough is enough”. UMNO Kota Belud sudah terlalu sarat mengandungkan masalah setelah ketiadaan Salleh untuk memimpinnya. Salleh mesti kembali dan dikembalikan sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Belud.

Majoriti masyarakat Kota Belud merasakan bahawa adalah lebih wajar Musbah membayar hutangnya. Wajar membayar dan mengenang budi atas pengorbanan Salleh. Salleh bertanggungjawab merintis jalan ke puncak bagi Musbah menggapai kedudukannya kini. Sepatutnya Musbah menghampar permaidani dan menabur beras kuning menjemput Salleh menaiki taktha Ketua UMNO Bahagian Kota Belud tanpa ditandingi. Musbah boleh meneruskan jawatanya sebagai ADUN N. Tempasuk dengan aman.

Dengan rasa puas dan bangga, Musbah akan jadi tauladan dan pemimpin contoh yang tahu membalas pengorbanan.Tahu membalas dan mengenang budi. Bukan sahaja di Sabah malah seluruh negara. Namanya akan menjadi sebutan. Semua Bahagian UMNO di Malaysia akan menyebut nama Datuk Haji Musbah bin Haji Jamli, seorang pemimpin UMNO yang tahu menghargai erti pengorbanan yang menjadi pemimpin contoh. Dia adalah ADUN N.6-Tempasuk yang bakal sukar digugat kiranya benar dia juga “berkorban” dan kiranya benar dia tahu menghargai pengorbanan.

Seandainya dia membutakan matanya, memekakkan telinganya dengan meneruskan api penjuangannya, dengan hanya mendengar bisikan suara yang rakus; tanpa memperdulikan erti dan makna sebuah pengorbanan, dia sesungguhnya berhadapan dengan risiko yang maha besar. Kiranya dia membiarkan dirinya diperalat pemimpin tertentu yang tidak ikhlas dalam membela nasib dan masa depan anak-anak dan masyarakat Kota Belud, dia akan menerima natijah dan padahnya.

Rata-rata perwakilan sudah mula bijaksana dan menunjukkan kematangan yang matang. Mereka sudah tidak mampu melayan soal titik-bengik. Kematangan mereka sudah mendesak keinginan naluri mereka untuk sebuah perubahan. Suara mereka sudah mula kedengaran. Wang ringgit bukan lagi menjadi sandaran dan ukuran. Percakaran sudah membosankan. Sudah jelas di hadapan mata mereka. Politik wang dan percakaran akan meninggalkan titik-titik noda yang hitam yang amat sukar untuk dilupakan; sukar dipadam. Pengorbanan jua yang tetap menjadi paksi unggul yang sukar untuk ditumbangkan; sukar untuk dinafikan.

Thursday, August 14, 2008

DSAO VS DSAI-PERTEMBUNGAN PERTAMA: BN - PR

DASO VS DSAI = BN VS PR

Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah, 52, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh (P44), pada 26 Ogos ini.

Memang sudah diduga, BN akan meletakkan calon anak tempatan. Datuk Arif Shah Omar Sah-DASO sah kini sebagai calon BN menentang Dato' Sri Anwar Ibrahim-DSAI. Pertembungan yang amat menarik. DASO, adalah ADUN Seberang Jaya.

Pemerhatian saya akan bermula pagi ini..

FACTS AND FIGURES

P44 PERMATANG PAUH: Parliment Permatang Pauh mempunyai 3 DUN iaitu:
N10 SEBERANG JAYA
N11 PERMATANG PASIR
N12 PENANTI

KEPUTUSAN PRU 12

REF:http://pru12.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=819

Pulau Pinang P44, N10, N11, N12
P44 PERMATANG PAUH
Jumlah Pengundi: 58,449
Peratusan Kaum: M: 68.5% C: 24.79% I: 6.3% B/Sab: % B/Swk: % L: 0.41%
1. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR) (30,338)
2. Datuk Pirdaus Ismail (BN) (16,950)
Majoriti: 13,388
Jumlah undi: 47,398
Peratus mengundi: 81.09%
Undi rosak: 110
Penyandang: Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR)
(Majoriti: 590 undi)

N10 SEBERANG JAYA
Jumlah Pengundi: 22,678
Peratusan Kaum: M: 62.36% C: 23.97% I: 13.13% B/Sab: % B/Swk: % L: 0.54%
1. Datuk Arif Shah Omar Shah (BN) (9,395)
2. Ramli Bulat (PKR) (8,862)
Majoriti: 533
Jumlah undi: 18,479
Peratus mengundi: 81.48%
Undi rosak: 222
Penyandang: Datuk Ariff Shah Omar Shah (BN)
(Majoriti: 4,464 undi)

N11 PERMATANG PASIR
Jumlah Pengundi: 20,350
Peratusan Kaum: M: 72.31% C: 25.94% I: 1.61% B/Sab: % B/Swk: % L: 0.14%
1. Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas) (11,004)
2. Ahmad Sahar Shuib (BN) (5,571)
Majoriti: 5,433
Jumlah undi: 16,802
Peratus mengundi: 82.57%
Undi rosak: 227
Penyandang: Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas)
(Majoriti: 679 undi)

N12 PENANTI
Jumlah Pengundi: 15,421
Peratusan Kaum: M: 72.51% C: 24.32% I: 2.43 % B/Sab: % B/Swk: % L: 0.57%
1. Mohamad Fairus Khairudin (PKR) (7,346)
2. Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (BN) (5,127)
Majoriti: 2,219
Jumlah undi: 12,657
Peratus mengundi: 82.08%
Undi rosak: 184
Penyandang: Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (BN)
(Majoriti: 667 undi)

(akan dikemaskini dari masa ke semasa sehingga keputusan PRaya diperolehi).

Wednesday, August 13, 2008

PERMATANG PAUH DAN JIHAD SAHRIZAT

Tiada kata setulus kata hati. Shahrizat yang tewas di tangan Nurul, Anak dan murid Anwar


YAB Perdana Menteri tidak dapat umumkan calon BN untuk mencabar Anwar di Permatang Pauh serta merta kerana BN belum membuat keputusan yang padu. Permatang Pauh kubu kuat Anwar. BN tidak mahu kalah dengan teruk. Kalau boleh BN mahu rampas kerusi parliment Permatang Pauh bagi menafikan peluang Anwar jadi MP. YAB Dato Najib Tun Razak berpandangan sama dengan PakLah. Mereka lebih realistik.

Pak Lah dan Pak Najib cukup faham natijah kalah menang di Permatang Pauh. Mereka tak berang. Meraka berdua tenang menghadapi kemungkinan, walaupun masih menampakkan kegusaran. Mereka memang menghadapi masalah mengalahkan Anwar. Kalau tak bermasalah, masakan “tempua bersarang rendah’.

Sharizat pula lain gayanya. Dia muncul dengan gerakan “jihad”nya bagi menghadapi Anwar di Permatang pauh. Dia ternyata lebih kuah dari Nasi. Kekalahanya di Lembah Pantai di tangan “anak kandung Anwar” Nurul Ezah, masih segar dalam ingatan ramai. Nurul Ezah baru anak bapa, anak Anwar. Nurul bagai seminggu dua yang lalu menumbangkan Wanita UMNO no.2 itu, kini berangan-angan mengajak wanita di Permatang Pauh berjihad melawan Tok Guru Nurul, bapanya sendiri.. I nak tau; Jihad begitu jihad yang diredhaiNya atau jihad orang yang memalu “gong yang retak sejuta”?.

Kalau si pipit pipit jua,
takkan jadi si burung merba,
kalau tersepit tersepit juga,
takkan pengundi meraba-raba.

The Star melapurkan bahawa menurut Sharizat, Anwar mestilah ditumbangkan kerana Anwar akan membawa kehancuran kepada kestabilan politik dan kemakmuran negara kiranya diberi peluang menjadi Ahli Parliment. Ini pandangan peribadi Shahrizat. Pastinya semua tahu, di Tanah Semenanjung, tanpa mengambil kira BN Sabah dan BN Sarawak; kerajaan Malaysia telah bertukar dan Shahrizat tidak akan berpeluang membayangi Dr. Tan Yin Yin, Menteri yang menggantikan tempat Shahrizat yang kalah di tangan Nurul Ezah...

Kata Anwar, Politik Malaysia tidak stabil dan ekonomi Malaysia kehilangan dayasaing dan akan runtuh kerana ketidakupayaan pemimpin BN, termasuk Shahrizat, dalam mentadbir urus Negara. Anwar melihat isu yang membelenggu negara dari spektrum yang lebih luas berbanding Shahrizat yang baru nak bangkit dan keluar dari aib dikalahkan “baby PKR’, Nurul Ezah.

Agaknya, panggilan jihad itu ditiupkan Sharizat ke arah lain dan lain halatujunya. Ianya kerana “Pemilihan Wanita UMNO di ambang pintu”. Dia “Ketua Wanita UMNO Menanti” yang dijanjikan mahkota oleh DS Rafidah menjelang 2009. Shahrizat hendaklah mengiklankan diri; "hendaklah muncul sebagai perjuang jihad dalam iklan itu". Jadi Inikah intipati semboyan Jihad Shahrizat?..

Sesungguhnya panggilan jihad itu BUKAN mainan politik. Jihad itu menjurus kepada satu intifadah. Kita tidak mampu untuk "menurunkan harga dan ertinya". Tidak juga kerana ada maksud di sebaliknya atau untuk mencapai pangkat dan harta kekayaan dan sebagainya... Allahu Akbar.

Monday, August 11, 2008

MIMPI SENJA

Tapak kaki Adi dan Abi yang terukir di pantai di senja itu ditolehnya. Satu demi satu semakin terpadam. Abi berhenti berjalan dan Adi membiarkanya. Masih bisa berbayang kilaunya dari merahnya senja. Bagai titik intan mengalir di pipi Abi. Adi enggan mengusik keadaannya. Ketika ini sepatutnya mereka riang dan berkejar-kejaran. Senja semakin merah. Rambut Abi sedikit melayang dihembus angin senja yang lembut. Di biarkan sendirian seketika. Mungkin ada sesuatu yang mengusik jiwanya. Abi sering begitu. Di susana tenang , sesuatu sering mengusik jiwanya.

Abi kaku tiba-tiba. Keras dan kaku betukar menjadi patung batu yang semakin merkah dan pecah. Tiba-tiba runtuh bertabutan di dada pantai; terbakar menjadi abu. berasap kelabu. Ombak sekonyong-konyong menjadi buas. Angin juga tiba-tiba mengganas. Abi semakin runtuh dan runtuh lagi. Tapak-tapak semakin hilang. Meraung Adi memanggil Abi. "Abiiiiiii..abbi..abi". Namun Abi masih tetap runtuh dan menjadi abu. Bertebaran ditiup angin yang kian mengganas. Terus bertebaran ditiup angin dan ditelan ombak ganas. Bagai ghaib. Lenyap ditelan senja yang semakin merah. Abi hilang.

Adi meraung tanpa henti. Remuk hatinya. Memanggil Abi. "Abbbiiiii..Aabi..Abi". Namun Abi terus juga hilang. Ghaib dari pandangannya. Abi telah tiada di pantai itu. Yang tinggal Adi. Abi tak mungkin akan bersamanya lagi. Sendirian dia menangisi Abi yang menjadi abu, ditiup angin, ditelan ombak di senja yang hampir ditelan malam itu. Adi memukul bumi. Adi bagai menyembah bumi. Adi melutut di pantai itu. Angin, pantai dan ombak seolah telah menghukumnya. Tiada siapa di sisinya. Hanya omabak yang buas dan angin yang ganas. Dan senjapun hampir tidur di gigi langit. Tidak tergamak Adi berlalu di pantai itu begitu saja.

Ke mana Abi. Tangisan dan esakan Adi tidak terhenti. Tangisannya tangisan sebuah kematian. Lalu dia terbangkit di kamar sepinya membawa tangisannya. Teresak-esak. Pedih, perit. Cintanya pada Abi telah jadi Abu ditiup angin, ditelan laut.

Lalu dicapainya Handphonenya yang di sisi bantalnya “Les... aku bermimpi Les. Aku bermimpikan kepergian kakakmu. Abi. Tujuh purnama aku mencintainya. Tujuh purnama aku menggenggam erat janjinya. Dia telah hilang... dia pergi... dan aku seakan tahu pemergiannya. Tragis. Jalan yang dilaluinya terbena atas batu-batu yang merkah. Bakal runtuh bagai abu seperti dalam mimpiku. Bila-bila jua..."

"Sabarlah Adi. Saya lebih faham..bertapa tujuh purnama itu lama.." kata les, memujuk. Sedang dia juga menangis. "Adi aku juga berdosa sama kamu". Airmata menyirami pagi hari yang telah matang hari itu...ranjang sepi Adi yang sekian lama sepi - basah.

"Sesungguhnya Tuhan lebih tahu apa yang Dia berikan untuk kamu"....

Sunday, August 10, 2008

WHITHER MALAYSIA

.......Yes we should "Cry the Beloved Country" as Alan Payton said of his South Africa of the Apartheid past.

But crying would take us nowhere.
It is time the silent majority stop being silent.
It is time to speak up and be counted.
If we love our country we must not allow crooks and charlatans to rape and steal it from us.
It is ours, this country of many races and religions.
We must stand together, we the concerned Malaysians, and defend our heritage.......
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD.

(We love you Tun..We do..)-Senjaliza

READ MORE.....

http://test.chedet.com/che_det/2008/08/whither-malaysia.html#more