Translate

Thursday, April 21, 2011

PAPA JAHAT, UNCLE GANAS....

Memang teruk kes ini....Papa Jahat, uncle ganas
Budak sekol rupaanya..

Terlalu leka mengkritik kemenangan BN, Pakatan Rakyat lupa kekalahan mereka.

Bapa Promoter DAP sedang melakukan lelongan maruah bumiputera Sarawak..

Kalah 46 dan hanya menang 3 kerusi DUN dalam PRU Sarawak 2011, PKR dan juak-juak pakatan rakyat masih sebok menganalisa memperkecilkan kemenangan lebih 2/3 Barisan Nasional. Dalam kamus pakatan rakyat, mereka masih menang walaupun mereka pada hakikatnya terbujur dan terkujur di Bumi Kenyalang.!. 

DAP boleh berbangga kerana alat ampuh mereka PAS dan PKR yang diketuai "Bapa Promoter DAP", berjaya memainkan peranan mereka sebagai alat meletakkan DAP lebih baik dari kedudukan mereka sebelum ini. Walaupun dengan kemenangan itu, DAP tidak melalak seperti PKR dan PAS. 

Di Sabah pula, Bekas Ketua  PKR Sekong, Sandakan, yang kini menyertai SAPP (dia ini amat menyesal meninggalkan UMNO dan PBS) lebih bersikap realistik dengan mengatakan kekalahan PKR sebagai Kalah. Katanya...PKR the real spoiler

Malang sekali bapa promoter dap menghilangkan diri selepas mengetahui partinya kalah teruk!. Lalu dia berangkat ke luar negara tanpa mengucapkan terima kasih kepada Rakyat Sarawak yang mengundinya  dan pernah menghidangkan "terubuk diasap" dan "otak-otak" di Sarawak.   (lain kali tidaklah kena undi lagi).

Kini kata pengundi Bumiputera Sarawak..."kalo kamik tahu begini,  kamik tidak undi anwar berahim".. dari penyataan Pengundi Bumiputera Sarawak ini, tahulah anda dengan terang lagi bersuluh bahawa gelaran "bapa promoter dap itu ada benar

Tuesday, April 19, 2011

SIAPA LAGI...


Benarkah berita mengatakan bahawa Anwar Ibrahim TIDAK akan kembali ke Malaysia selepas PRU Sarawak dan terus ke Europe? Apakah kerana beliau terlalu takut menghadapi rakyat terutama setelah terbukti bahawa PKR hanya ada NAFSU di Sarawak?

ATAU dia telalu takut menghadapi kes Sodomi II dan Video XXX Plus Jam Omega yang mengaitkan beliau sebagai pelakon?

Kenapa tak ucap terima kasih kepada Sarawak dan Minta Maaf kepada rakyat Sarawak dik terlalu banyak bahasa yang "gayang" ditaburkan di bumi Sarawak dan menyakitkan hati mereka....?

RELATED
Mulut Busuk-Anwar dan Juak-Juak PKR Menipu Tanpa Had dan Batasan  

Anwar: P'raya S'wak - Pakatan tetap berjaya

Anjingpun Tak Nak!
“Walaupun tidak berjaya mendapatkan keputusan yang diingini, namun kita berjaya menanam benih politik murni agar rakyat Sarawak meninggalkan politik perkauman sempit, berani melawan kezaliman yang sekian lama membelenggu mereka sekali gus berusaha memperkukuh amalan demokratik,”

Anwar yang nyata sebagai PROMOTER DAP membuat kenyataan yang diputaralamkan. Rakyat Sarawak tahu siapa sebenarnya yang mengamalkan politik perkauman yang sempit dan siapa yang menzalimi perpaduan rakyat Malaysia. Anwar TIDAK mengamalkan amalan demokrasi, Anwar pengamal fahaman dan style "kuku besi" dalam corak kepimpinannya. Jika tidak, tanya Anwar ke mana perginya Dominique Ng yang menyanggah kemahuan Anwar? Kemana Jeffry Kitingan yang membantah Anwar dan memberi amaran kepada Anwar supaya TIDAK memperkecilkan keupayaan KDM dalam PKR?

Tiada yang lebih kotor politiknya dari mereka yang memahami demokrasi tetapi tidak langsung mengamalkannya. Lihatlah Anwar sebagai role model! PAKAR dan PENGAMAL politik kotor!

Pepatah kegemaran Anwar ialah "PATUH ATAU DISINGKIR". AMALAN DEMOKRASIKAH INI? ATAU sebenarnya ANWAR adalah specis tulen PUTAR ALAM?

PKR kalah teruk di Sarawak. Ini fakta yang terang..ANWAR kata pakatan tetap berjaya walaupun BN membentuk kerajaan dan menang lebih 2/3 kerusi dalam DUN Sarawak. Fakta apa yang Anwar nampak? Fakta yang kalah itu kah yang berjaya.

Terimalah hakikat dan ucapkan Tahniah kepada pemenang seperti amalan sihat di negara-negara maju dan pemimpin yang berdaya maju. Jangan tanamkan semangat Politik Anwar berdaya mundur! ....DAN Politik Anwar TIDAK akan pernah MURNI.

Penduduk Rumah Panjang di Sarawak masih bertanyakan: "Mana Jam Omega mu?" DAN KEJAYAAN BESAR Anwar ialah meruntuhkan jambatan perpaduan kaum yang terbina sejak negara Merdeka dan meruntuhkan ideologi PAS......

DAH LAMA DAH.."Anwar Ibrahim harus bertaubat". Anwar sudah tua..dan masa berdetik terlalu cepat memamah usianya..Bertaubatlah!

Monday, April 18, 2011

UBAH! DAN PERUBAHAN ALA DSAI !.

Ubah DAN berubah!..Jadi hulk! Mana Jam Omega tuu? Dia tak berubah sehingga TETAP menjadi Alat ampuh DAP dalam memperalat PAS.
Semakin hari semakin ketara bahawa perubahan yang ditiupka DSAI melalui REFORMASI semakin luntur dan kabur. Rakyat semakin jelas menyaksikan bahawa perubahan yang diinginkan DSAI melalui tiupan reformasinya hanyalah sekadar retorik kosong. REFORMASI WITHOUT REFORM MEANS NOTHING. Inilah yang lebih jelas. DSAI sendiri TIDAK BERUBAH! ke arah yang baik dan positif.

Ketamakan untuk bertanding BANYAK kerusi dalam PRU Sarawak 2011 hanya membuka tembelang PKR dan kepimpinannya. Kejayaan mereka yang paling besar ialah "MENJATUHKAN DOMINIQUE NG" sehingga hilang wang pertaruhan walaupun sebenarnya Dominique telah merintis jalan untuk PKR bernafas di Sarawak! SOALAN yang perlu di tanya kini ialah BILAKAH ADUN PKR yang baru memenangi kerusi mereka itu masuk DAP?

Sunday, April 17, 2011

PAS: Kalah semua kerusi yang ditandingi dalam PRU Sarawak. Mungkin hanya dapat jadi "alat" bantu DAP menang..

 DAP Di Tetas PAS. Apakah Perjuangan Sebenar PAS hanya sekadar melahirkan dan merealisaikan impian DAP?
Pas nyata tidak mendapat tempat di hati rakyat Sarawak apabila empat lagi calonnya iaitu Nani Sahari yang bertanding di DUN Tanjung Datu; Noraini Hamzah (Muara Tuang); Abang Eddy Allyanni Abang Fauzi (Sadong Jaya) dan Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (Beting Maro) menerima nasib yang sama seperti Adam.
PAS perlu mengkaji semula landasan perjuangannya. Di Sarawak, dalam PRU 2011 yang baru berlalu, PAS kalah dalam semua kerusi yang ditandinginya. DAP sudah pasti tidak merasa apa-apa  kesan dari kekalahan PAS. Memang tidak dinafikan PAS bekerja keras membantu calon-calon DAP untuk meraih kemenangan di kerusi yang ditandingi DAP.

Apakah ini matlamat perjuangan PAS? Apakah berkerjasama dengan DAP ini menguntungkan PAS dan membantu merealisasikan perjuangan PAS?

DAP, semasa berkongsi kem dengan PAS menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dalam kesepakatan "Barisan Alternatif", selepas PRU 11, akhirnya meninggalkan PAS bersendirian dalam Barisan Alternatif kerana mendakwah PAS merugikan DAP dan bersekongkol dengan PAS TIDAK menguntungkan DAP. Lalu DAP mengistyiharkan keluar dari Barisan Alternatif. 

Apakah keuntungan yang PAS perolehi dalam kontek "Ideolog Perjuangan" bersama DAP dalam Pakatan Rakyat.? Untungkah PAS di Sarawak atau sekadar jadi ALAT DAP di mana jua PAS berada?

Tuesday, April 12, 2011

DSAI Sebenarnya Tidak Tahu Apa Yang Terbaik Untuk Sarawak. DSAI Perlu Belajar dari Najib

DSAI tiada visi dan misi atau program pembangunan di Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah. Apa yang DSAI sumbangkan di Negeri-Negeri Tersebut? Bukakah pemimpin PAS lebih selesa bersama Najib? Bukankan PAS selalu diperguna DSAI untuk mengikut telunjuknya dan memenuhi tuntutan dan desire DAP? DSAI harus bertaubat. Dia tak tahu apa yang terbaik untuk negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, mustahil di tahu Sarawak. Nyahkan PKR di Bumi Kenyalang.

Seruan DSAI untuk Sarawak tidak jauh bezanya dengan seruannya di Semenanjung Malaysia. Rampas Puterajaya dan jatuhkan kerajaan Malaysia yang ada. Asasnya kerana DSAI sendiri hendakkan kuasa. Dia mahu jadi Perdana Menteri. Kalo dia baru boleh yang lain tak boleh. Namun "jauh ke beras dekat ke ubi". DSAI semakin jauh tersesat dalam perjalanan menuju Puterajaya.

DSAI kata CM Sarawak sepatutnya tidak bertanding PRU Sarawak 2011 ini dan sepatutnya telah meletakkan jawatan lima tahun lalu. Ini adalah kenyataan seperti terlalu bersifat kuku besi. Stail kepimpinan DSAI inilah yang yang sering menyebabkan dia kehilangan ramai pemimpin PKR seterusnya menentang mereka. DSAI sepatutnya sudah lama meninggalkan politik kerana mahkamah sudah mendapati dia melakukan perbuatan di luar tabiee di sini. Karpal Singh yang mengetuai pembelaan DSAI dari perbuatan di luar tabiee II mengatalkan bahawa DSAI adalah pengamal sex di luar tabiee yang teruk. Jangan gajah di pinggir kelopak mata tak nampak!

Pemimpin yang bergelomang dengan skandal yang terhebat di Malaysia ialah DSAI. Sepatutnya dia sudah BERHENTI BERPOLITIK dan menumpukan usahanya ke arah BERTAUBAT dan insaf dari perbuatannya yang tidak bermoral.

Cara politik DSAI adalah cara politik tidak bermoral. Dia sanggup mengorbankan kemakmuran negara semata-mata kerana balas dendam dari dipecat sebagai TPM. Dia dikeluarkan dari penjara terlebih awal atas kerelaan PM masa itu, Pak Lah, tetapi DSAIlah yang melupakan kebaikan Pak Lah.

Tulah politik kini memenuhi setiap ruang lingkup gerakan politik DSAI. Rakyat Sarawak tahu bahawa PKR adalah alat yang terlalu mudah dipergunakan oleh DAP dan PKR adalah parti yang terlalu mudah dikuburkan oleh DAP. Bagaimana? Antaranya ialah Ketua Pembelaan DSAI yang sebagai Pengerusi DAP berada di puncak yang licin dan mudah tergelincir untuk membunuh karear politik DSAI. DSAI bagai berada dalam bubuh politik DAP. Tersilap langkah  dan melanggar kehendak DAP, DSAI akan dikuburkan DAP.

Apakah keadaan ini menjadikan DSAI sebagai pakar politik dan pembangunan Sarawak. DSAI perlu bertaubat. Dia sudah cukup mendatangkan kemusnahan dalam negara ini. Dia harus bertaubat..Perkataan ini akan di ulang Karpal Sing buat DSAI untuk kali. Tsunami peraliha arah, seterusnya menuju PKR dan DSAI. Pada masa itu DSAI tersungkur baru ial dikembali mecari "root politiknya". Terlambat!

PRU Sarawak ini akan menentukan "penghujung politik DSAI" dan parti keluarganya, PKR, yang lahir kerana DSAI dipecat akibat perbuatannya meliwat pembantu-pembantunya. Dia juga dilihat pada masa itu tidak dapat bersabar dan tidak dapat "tunggu" lalu berusaha menjatuhkan Tun Mahathir dengan bantuan IMF. Apapun alasan DSAI, fakta pengelibatan DSAI dalam melemahkan TUN dan ekonomi Malaysia pada masa itu amat jelas.

DSAI terlalu sebuk dengan AGENDA MERAMPAS PUTRAJAYA. DSAI tidak tahu apa yang terbaik buat Rakyat Sarawak dan Negeri Sarawak. DSAI hanya menjuarai pemberontakan politik melalui kepetahannya  berucap dan kelicikannya bersendiwara. Bayangkan VIDEO SEX dan Jam Omega. Bagaimana DNA dan Sodomi II. Kepetahan dan kerapuh politik dan moral DSAI inilah yang dimanipulate DAP untuk mencapai dan mengambil kesempatan meraih sokongan mereka yang terperdaya dengan dakyah politik DSAI.

Selain dari membatu api rakyat Sarawak dan menanamkan bibit bibit perpecahan antara kaum di Sarawak, DSAI tidak punyai agenda buat Sarawak. Dia hanya mahukan kuasa.  Isunya hanya memburuk-burukkan pemimpin BN dan CM Sarawak. Apa sebenarnya JASA DSAI DI SARAWAK VS JASA CM SARAWAK  KINI? . Isu yang mengancap DSAI boleh diputar belit DSAI untuk mengancam pihak lain..kerana apa..SKIL berpolitik songsang yang DSAI amalkan!

Bila PKR hanyut dan terkubur di Sarawak (most likely), DSAI akan kehilangan tapak dan arah menuju puncak, PUTRAJAYA, dia akan tersingkir. Tersingkir dari arus perdana politik Malaysia. Apakah dia kan mengajak penyoklongnya  untuk mengganas?

Rakyat Sarawak... kita perlu kesinambungan bukan perubahan ke arah kemusnahan.yang dilaungkan oleh petualang negara. Kita perlu TRANFORMASI bukan reformasi jalanan yang menjahanamkan keharmonian rakyat.

RELATED
Pilih Pakatan: Rakyat Sarawak Akan Terima nasib Seperti Penduduk Buah Pala.

OMEGA dan Pelacur.

Identiti pemikik Jam Omega yang dijadikan bahan bukti mengenai skandal video seks bakal diketahui TIDAK lama lagi menurut pihak polis.di sini

Datuk Seri Wan Azizah sudah mengatakan kan bahawa jam Omega Suaminya ada dalam simpanannya. bagaimanapun,  DSAI sudah mengeluarkan kenyataan bahawa Istrinya tak perlu tunjukkan jam tersebut kepada umum. Cukuplah dengan mengatakannya "ada dalam simpanan kami".

DSAI pula pelapurkan kepad pihak polis bahawa Jamnya hilang. Nampaknya SUAMI ISTERIPUN pernyataanya berbeza,

Dikhabarkan DSAI marah dengan kenyataan DS WAWI kerana kenyataan itu MEMATIKAN SILAT DAN TENGGUH TERAJANG Sang Suami.

Bilalah pula identiti "betina, yang dipeluk  tetapi memalingkan muka, dalam video itu di ketahui. ADA TAK media yang nak beli "sory" betina itu?

~by nanna sibu~