Translate

Thursday, May 27, 2010

Ekspedisi Saintifik Marin Singkap Perubahan Positif Taman Pulau Sipadan

 

Pulau Sipadan memiliki khazanah alam yang berharga dan menjadi 
antara lima lokasi selam scuba di dunia dan usaha memulihara 
pulau itu diperkukuhkan dengan pewartaan pulau itu sebagai
sebuah taman di bawah Taman-Taman Sabah pada tahun lepas. - 
Foto BERNAMA  Read More

Wednesday, May 26, 2010

Tuduhan Anak Samy Vellu Terhadap Umno Adalah Biadap

 Tuduhan Anak Samy Vellu Terhadap Umno Adalah Biadap - Muhyiddin

MUAR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh S.Vell Paari, anak Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu, kononnya Umno menjadi punca kepada masalah dalam MIC, sebagai sesuatu yang biadap.

Timbalan Perdana Menteri menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan meminta Vell Paari supaya menghentikan tindakan tidak bertanggungjawabnya itu.

"Umno ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan oleh anak Samy Vellu itu. Ia adalah sesuatu yang biadap," katanya ketika ditanya mengenai tuduhan yang dibuat oleh Vell Paari terhadap Umno menerusi sebuah laman web Free Malaysia Today.

Dalam laman web itu, Vell Paari mendakwa Umno menggunakan pendekatan "pembunuhan politik" untuk memecahbelahkan MIC.

Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Di PUTRAJAYA, Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata tuduhan Vell Paari tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ia sangat tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, telah wujud satu trend di kalangan parti komponen BN untuk meletakkan kesalahan kepada pemimpin kerajaan apabila timbul sesuatu masalah dalam parti mereka.

"Mereka cenderung untuk menutup kelemahan serta kesalahan sendiri dengan menyalahkan pemimpin kerajaan yang dipimpin oleh BN. Dalam hal ini pemimpin MIC langsung tidak mahu mengakui kelemahan mereka sebaliknya menuding jari kepada pihak lain," katanya dalam satu kenyataan.Berita Penuh di sini

Wednesday, May 19, 2010

Sabah, Sarawak Will Continue To Be Fixed Deposit For BN - Salleh

Datuk Seri Salleh Said Keruak

KOTA KINABALU, May 18 (Bernama) -- Sabah Umno liaison deputy chief Datuk Seri Salleh Said Keruak said Sabah, along with Sarawak, would continue to be the "fixed deposit" for the Barisan Nasional (BN), and shrugged off any notion that the Sabah BN faced a leadership crisis.

Salleh, who is a former Sabah chief minister, said the DAP victory in the Sibu parliamentary by-election in Sarawak on Sunday should not be used as the basis to claim that Sabah and Sarawak were no longer the "fixed deposit" for the BN.

"It (the outcome of the Sibu by-election) did not reflect the overall support of the people on the ground. It was an isolated case which was largely based on localised issues. I believe they will regret because by voting for the opposition it won't solve their problems, and in the next election they will come back to the BN. Selanjutnya di sini

Sunday, May 16, 2010

Self-Destructive?


"Saya yakin selepas ini akan berlaku penghijrahan beramai-ramai pemimpin PKR...tidak payah tunggu Pilihanraya Umum Ke-13 kerana dalam masa terdekat ini saja parti itu akan hancur"-Zulkifli Noordin: MP Kulim-Bandar Baharu
Sudah lama diperkatakan ramai bahawa PKR adalah parti yang self-destructive. Ramai penyokong dan pesimpati PKR mengaharap agar "PKR, Pls don't be a self dstructive party" ..Namun hakikatnya, PKR lebih menghampiri keadaan dan kenyataan bahawa ianya menjadi parti yang hancur dengan sendirinya.

Bekas pemimpin PKR yang dipecat PKR, YB Zulkifli Noordin lebih faham dan tahu keadaan dalaman PKR. Zul dipecat kerana untuk "please" pihak tertentu. Ini menunjukkan bahawa PKR hanya parti alat pihak tertentu sehingga PKR sanggup memecat pemimpinnya yang sebenar. Bila PKR lemah dwn ternyata lemah selemah-lemahnya apabila kecundang dalam PRK Parliment Hulu Selangor, PKR, dalam diam, semakin dianggap lemah oleh "rakan-rakan pakatan". Ahli Parliment Wangsa Maju, YB Wee Choo Keong membenarkan kenyataan ini dengan meninggalkan PKR.

Persoalannya, Bilakah PKR akan hancur dan bilakah PKR akan ditinggalkan oleh rakan-rakan dalam Pakatan? Apakah PKR masih relevant kepada rakan-rakan dalam Pakatan atau PKR mula dilihat sebagai "liability" dalam Pakatan Rakyat? Siapa faktor utama penyebab kepada kehancuran PKR ini?

Friday, May 14, 2010

Saya Tidak Basuh Dubur Kerana Nak Simpan Bukti-Saiful.

 Saiful Bukhari Azlan

KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak membasuh duburnya selepas kejadian liwat pada 26 Jun 2008 kerana mahu menyimpan bukti.

Mohd Saiful, saksi utama dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu berkata selepas kejadian itu, beliau tidak mandi tetapi hanya membilas badannya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pada pagi hari tersebut, sebelum kejadian, beliau mandi sepenuhnya.

Mohd Saiful berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh Karpal Singh yang mewakili Anwar dan juga mendakwa, beliau pernah diliwat oleh Anwar di dalam dan luar negara iaitu, Hong Kong, Singapura dan Bangkok.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi mengenepikan permohonan Anwar bagi menangguhkan perbicaraan sementara menunggu keputusan rayuan beliau berhubung penolakan permohonannya bagi mendapatkan kenyataan saksi yang dibuat kepada polis.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya berkata keputusan beliau mengenepikan permohonan bagi mendapatkan kenyataan saksi itu semalam bersifat prosedur dan ia tidak boleh dibuat rayuan.

Katanya selain itu pihak pembelaan gagal menunjukkan sebarang keadaan khas bagi membolehkan penangguhan diberikan.

Karpal Singh juga memohon mahkamah supaya pemeriksaan balas seterusnya pada sebelah petang diadakan secara tertutup.

Keterangan Mohd Saiful pada hari keempat beliau diperiksa balas oleh Karpal itu menarik perhatian ramai termasuk Karpal Singh sambil berkata " Ooo.. mahu simpan bukti".

Karpal : Pada 26 Jun 2008, anda tidak mandi langsung?

Mohd Saiful: Pada pagi 26 Jun itu, saya mandi sepenuhnya. Selepas kejadian saya tidak mandi tetapi hanya bilas sahaja.

Karpal: Anus, anda tidak cuci?

Mohd Saiful: Tidak. Mahu simpan bukti.

Kepada soalan Karpal Singh mengapa beliau tidak membuat terus laporan polis pada hari kejadian kerana bukti itu masih baru, Mohd Saiful berkata beliau memang ada peluang berbuat demikian.

Mohd Saiful, bekas pembantu peribadi Anwar itu berkata beliau juga mempunyai peluang untuk membuat laporan polis pada keesokan harinya, pada 27 Jun, tetapi tidak juga berbuat demikian kerana ingin mendapatKAN nasihat terlebih dahulu sebelum membuat laporan polis.

Karpal: Nasihat daripada siapa?

Mohd Saiful: Pakcik saya Tuah (Tuah Mohamad Alip), Mumtaz (Datuk Mumtaz Jaafar), rakan saya Rahimi (Rahimi Osman), saudara Ezam (Mohamed Ezam Mohd Noor) dan guru agama. Selanjutnya

Sibu bakal jadi indikator utama kelemahan Pembangkang.

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan calon BN, Robert Lau Hui Yew bertemu dengan kanak-kanak pra sekolah di tadika Sedidik Mutiara pada majlis Mesra Bersama Pemimpin di Kampung Jeriah, Sibu. - Foto Nik Hariff Hassan
May 14, 2010 12:33 pm

Thursday, May 13, 2010

Sibu bakal milik BN lagi?

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melambai tangan ke arah orang ramai ketika melawat sekitar Pasar Sentral Sibu, hari ini. Turut mengiringi Calon Barisan Nasional Robert Lau Hui Yew (kiri). Lawatan itu adalah sebahagian daripada atur cara lawatan kerja dua hari Perdana Menteri ke Sibu sempena pilihanraya kecil Parlimen Sibu yang akan diadakan Ahad ini. - Foto BERNAMA

Monday, May 3, 2010

MENANG MENANG: PR-Patut Rehat.


NAJIB menikmati minuman kopi bersama (dari kiri) Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang juga Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; calon BN pilihan raya kecil Parlimen Sibu, Robert Lau Hui Yew; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Pengerusi SUPP Bahagian Sibu yang juga Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam negeri, Datuk Seri Wong Soon Koh; Adun Pelawan, Vincent Goh; dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Douglas Unggah Embas ketika melawat Bazar Sungai Merah, di Sibu, semalam.

Menang menang yang dilaungkan di Sibu, Sarawak adalah pertanda bahawa BN kembali menapak dalam hati dan sanubari rakyat Malaysia. Pakatan Rakyat nampaknya semakin Tenat dan Penat. "Pakatan Rakyat, Berehatlah sebelum direhatkan.". Hulu Selangor akan berulang di Sibu..Berehatlah...PR..Kuda tunggangan untuk jadi PM semakin tenat dan penat...PR Patut Rehar atau direhatkan!