Translate

Thursday, November 18, 2010

Silat Anwar VS Silat Zaid: Siapa Tecampak ke Pelacaan?

 Silat Cakar Biawak Tasik!
 Silat Tepis Belalang Rumput Hijau!

PKR Tak Pernah Lantik Zaid Penyelaras Parti, Kata Anwar
BUTTERWORTH, 18 Nov (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Datuk Zaid Ibrahim tidak pernah dilantik sebagai penyelaras parti itu.

"Jika dia mendakwa memegang jawatan itu, itu soal lain, saya tidak mahu berbalah dengannya dalam soal ini (kerana) sehingga hari ini semua mesyuarat parti masih lagi dipengerusikan oleh saya sendiri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis korban di Masjid Tok Kun di Permatang Pauh di sini pada Khamis.

Anwar berkata PKR sudah berulang kali menjelaskan mengenai perkara tetapi media masih menggunakannya.

"Dia juga menggunakan rakan-rakan medianya untuk mempromosikan dirinya sebagai penyelaras PKR tetapi sebulan yang lepas apabila Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali, membuat semakan, tiada lantikan jawatan itu kepadanya," kata Anwar. di sini
Yang selalu puji dan puja dengan kata-kata manis bermadu itu "Playboy" atau "Sweet talker" @ Don Juan. Anwar memuji memuja Zaid seperti menganjungnya ke langit setelah Zaid meninggalkan UMNO. Zaid terkenal dengan "Sayapun Anak Melayu Juga" sebagai langkah pertama diterima DAP sebagai rakan. Konon Zaid bukanlah "ultra Malay" yang menjadi pra syarat Pemimpin Melayu diterima dalam Pakatan Rakyat terutama oleh DAP. Mana-mana pemimpin Melayu yang Murtad Bangsanya datanglah kepada DAP..pasti akan disambut dengan mesra, dengan waspada, dengan ramah oleh DAP.

Kelebihan Zaid ialah dia handpicked oleh DSAI sendiri  untuk menjadi Pengerusi Penaja Parti Pakatan Rakyat dan dipersetujui PKR, DAP dan PAS.

Maka jadilah Zaid bin Ibrahim sebagai Pengerusi Penaja Parti Pakatan Rakyat yang dipersetujui DAP. Bersilatlah Anwar mengatakan bahawa Zaid tidak pernah dilantik sebagai penyelaras parti..Betullllllah tu, tetapi Zaid kini Pengerusi Penaja Pakatan Rakyat vs Anwar DeFacto Leader sahaja.

Pengaruh Anwar dan Zaid sudah dua kali lima....runtuh dan ranap. Rakyat sudah muak dengan kedua-duanya. Anwar biawak tasik VS Zaid Belalang hijau. Bila mereka behentap dengan silat masing-masing. Lidah bercabang dan sipenyamar yang sering mencari rumput menghijau. Bila Anwar VS Zaid...siapa antara mereka yang tercampak ke pelacaan?

RELATED
-Zaid Dah Keluar Tong Taik. Mustapa Kamil bila lagi?
-Gempar-zaid-akan-adakan-sidang-media......

Friday, October 22, 2010

SEMEJA TAPI TAK SEKATA DAN LAIN SELERA..NIAT LAGI TERUK

Semeja tapi tak sekata....terpaksa sengketa..kamu mahu sayapun mahu...

Pakatan rakyat mahu 1 lawan 1 sebab PR mahu jadi boss. Mereka (PR) mahu mereka yang menentukan segala-gala. Siapa yang dipertandingkan, PR mahu supaya keputusan di tangan mereka. Ke hulu ke hilir PKR sebagai kumpulan yang lantang dalam PR mahu dan mewar-warkan bahawa SATU LAWAN SATU dalam PRU13...baru PRK Batu Sapi sudah tidak boleh di atur..Nak bernafsu atur PRU13...Telalak sana terlalak sini mengatakan PRU13 SATU LAWAN SATU...NOW lihatlah sendiri, PRK Parliment Batu Sapi, Sandakan Sabah mereka yang menggelar diri pembangkang sudah berlawanan antara mereka sesama sendiri...lihat di sini

Apakah ini yang disebut pembangkang yang solid bila sesama pembangkang mahu melepaskan pucuk masing-masing. YTL yang terkenal dengan slogan "lawan tetap lawan sudah TIDAK BISA BERPALING kerana AWAL-AWAL LAGI telah mengumumkan akan bertanding PRK Batu Sapi..Kalo SAPP tidak bertanding itu sudah menunjukkan YTL tiba-tiba KECUT dan tidak boleh dipegang cakapnya..

PKR yang merasakan dia adalah BOSS Pembangkang di Sabah tetap mahu mempertahkan statusnya sebagai BOSS Pembangkang walaupun tiada yang mnengiktirafnya sebagai BOSS pembangkang..PKR mesti mau tanding...

Lihatlah bertapa "nafsu politik" tidak akan pernah berubah menjadi "selera rakyat"...Namun rakyat dan perkataan rakyat tetap juga disalaguna..

Jangan Hairan jika rundingan SAPP-Pakatan Rakyat gagal. Rundingan dalaman PKR sendiripun selalu gagal..Oleh itu jika ianya, rundingan "para pembangkang" bertukar menjadi rundingan yang BERJAYA maka PERLU HAIRANLAH KITA....

Monday, October 11, 2010

ARAMAITI: Khalid Tawar Diri Tanding Jawatan Timbalan Presiden PKR

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Ahad menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti yang dijadualkan bulan depan.

Beliau berkata keputusan itu bertujuan memperbetulkan keadaan PKR yang dilihat berada dalam keadaan berpuak-puak, termasuk kewujudan serangan peribadi terhadap sesetengah pemimpin parti berkenaan.

Katanya, keadaan itu perlu diperbetulkan segera jika parti mahu memperoleh kejayaan pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya mahu memastikan keputusan saya ini memberi kesan positif kepada parti. Selanjunya di sini
Masih di tunggu ialah pengesahan Nurul Ezzah Anwar dalam pegelutan merebut Kerusi Timbalan Presiden PKR. Jika itu terjadi...ARAMATI...Tidakkah Jeffry Kitingan menawarkan diri bertanding kerusi itu?

Saturday, October 9, 2010

Batu Sapi, Sabah MP Edmund Chong dies in road accident


KOTA KINABALU: Batu Sapi MP Edmund Chong Ket Wah (pic) of Parti Bersatu Sabah died in a road accident in Kota Kinabalu. He was 54.

He is believed to have been riding a Kawasaki 750 bike along the Sembulan-Tanjung Aru road when he was involved in a crash with an on-coming Mercedez car at about 11.40am Saturday.
His body has been taken to the Queen Elizabeth Hospital here.berita penuh di sini

Friday, October 8, 2010

STRATEGI HALUS ZAID MENAWAN KERUSI TIMBALAN PRESIDEN PKR

Zaid menyedari bahawa Azmin pernah bergeser dengan MB Selangor. Dengan bertindak awal mengumumkan akan menarik diri jika Nurul Ezzah bertanding Kerusi TP, "Anak Emas" pasti tergugat! Pandai Zaid!!-Political move or real one?
Zaid faham sangat bahawa Azmin pernah bergeser dengan MB Selangor. Harapan Azmin bergantung besar kepada sokongan dan pengaruh keluarga DSAI kerana Azmin memang telah serasi dengan gelaran "Anak Emas" DSAI.

Apabila Zaid mengumumkan akan menarik diri dari bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR, jika Nurul Ezzah mengesahkan bertanding TP, dalam pemilihan parti semalam, ini sudah menampakkan bahawa Zaid sudah memulakan strategi untuk menembusi dan mencabar gelaran "Anak Emas" dalam lingkungan Keluarga DSAI.

Bagi DAP, rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat, Zaid memanglah favorite mereka kerana Zaid pernah menyatakan "Sayapun Anak Melayu Juga". Kini barulah PKR sedar bahawa pertembungan dalam perebutan kuasa sentiasa berlaku. "Anak Melayu Juga" VS "Anak Emas"! Jangan nanti Zaid menyatakan bahawa Azmin mesti dipecat dari PKR seperti dia pernah mengsyorkan TS Muhyidin Yassin (kini TPM) dipecat dari UMNO!. Azmin tak menyesal kee menganjung dan menyanjung Zaid dalam PKR?

Kalo MB Selangor tanding Kerusi Timbalan Presiden dan Nurul Ezzah tarik diri, pergelutan kerusi TP itu jadi semakin panas...Siapa tak selamat kedudukannya?

RELATED
- kaum-india-harus-tahu-azmin-seorang yang RASIST
-Anwar-Azmin bakal terjerat oleh Zaid-Khalid
-Lepas Azmin menang, Wan Azizah akan disingkir 
-Timbalan presiden: Nurul respons tawaran Zaid Ahad ini 

Wednesday, October 6, 2010

Flashback..."I am Still A Virgin"..

Apakah Azmin Ali lupa siapa gambar ini? Bukankah wanita yang pernah dituduh PAS, Ahli Pakatan Rakyat kini sebagai "a small hooker" melalui terbitannya adalah saudara kandung Azmin Ali yang menjadi orang pertama menjatuhkan Bossnya, DSAI. . -Anwar Accuser Denies Being 'Small-Time Hooker', Sues Newspaper
'
Kenapa Tun M yang menjadi sasaran Azmin? (Jawabnya: Dia, Azmin, lupa daratan).  Apakah Azmin juga lupa darah daging sendiri? Apakah ini satu pertanda bahawa Azmin terlalu gusar dan goyah dalam menghadapi Zaid Ibrahim yang lebih digemari DAP berbanding Azmin? 

Related:
-HI..RPK @ Raja Petra pun mula benci Pakatan Rakyat..pe Hal Ni Azmin?
-Azmin Perlu Jawab Jika Benar dalam PKR Ramai Gangsters.. 

HUSAM PULA MAIN JOLOK JOLOK...

Galas: PAS Sedia Pilih Orang Asli Calon Di Galas Jika Sesuai - Husam 
KOTA BAHARU, 6 Okt (Bernama) -- PAS sedia memilih calon daripada kalangan Orang Asli untuk bertanding dalam pilihan raya termasuk pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kawasan Galas pada 4 Nov ini, kata Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan Datuk Husam Musa. Selanjutnya....

Kumpulan ini dah tak bole buat decision kee? Husam main jolok-jolok kee..Tak sedar kee dia bahawa keputusan ada di tangan geng-geng ini! Atau Husam nak jack 10 tan masyarakat Orang Asli jer @ mengabui mata mereka dengan kata-kata manis di bibir...kesian husam..kesepian politik menghampirinya..

Saturday, September 18, 2010

72 Wanita PKR Cabang Ipoh Barat Keluar Parti

  IPOH, 17 Sept (Bernama) -- Seramai 72 anggota wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Ipoh Barat pada Jumaat mengumumkan keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti tersebut.
Gambar: Jeffrey Kitingan kena mempertimbangkan antara Pairin dengan Anwar?
Wakil kumpulan itu, Siti Aminah Mansor berkata cabang berkenaan kini menjadi parti perkauman kerana hanya mempunyai anggota daripada satu kaum sahaja.

"Anggota itu juga yang mengisi semua jawatan dalam cabang tersebut dan pemilihan bagi jawatan di peringkat cabang tidak diketahui semua anggota kerana tiada sebarang notis diberikan kepada kami," katanya pada persidangan akhbar di sini.Sepenuhnya di sini
Selepas pemilihan PKR Sabah, berapa pula pemimpin dan ahli PKR akan meninggalkan parti itu dan mengikuti Jejak PKR Perak? Kalo Jeffry Kitingan kena lawan penyokongnya di kawasan tradisinya, sudah pertanda JK perlu meninggalkan PKR. Orang-orang dan penyokong kuat JK diheret ke JK Tatatertib kerana menubuhkan Parti Cinta Sabah. Menafikan pembabitan JK dalam PCS bak mengatakan air laut itu tawar...